Anda di halaman 1dari 2

CERITA GAJAH

Dalam suatu negeri terdapat sekumpulan orang buta. Mereka mendengar berita satu
sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama seekor haiwan ajaib
bernama gajah. Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum
pernah melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum
pernah dengar.

Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ke tempat itu. Salah seorang berkata,
"Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara meraba."

Perwaklilan yang dilantik terus ke tempat itu. Sebaik saja sampai, masing-masing
terus memainkan peranan. Ada yang terpegang kaki gajah, ada yang terpegang
gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.

Setelah puas meraba, mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan
pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui
bentuk gajah ajaib itu.

Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar, kesat
tapi lembut pada sentuhan. Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang
gajah pada gading. Dia mengatakan gajah tidak kesat, tidak lembut dan jauh sekali
dari berbentuk seperti tiang seperti yang dilaporkan oleh orang pertama tu,
sebaliknya katanya gajah keras dan licin dan hanya sebesar galah saja.

Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga.
Dia bersetuju dengan pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut
tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah. Dia menegaskan bahawa
gajah itu kesat, lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal
sebesar dulang.

Orang-orang buta lain yang ingin mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu
melopong kebingungan.
Moral:

* Naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka untuk menyelidik
* Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara
syumul dan terperinci
* Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu
persepsi/sudut saja
* Penguasaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga
melalui 'brainstorming'
* Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut
pandangannya
* Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global
* Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
* Maklumat yang diperolehi secara 'second-hand' belum dapat dipastikan kesahihan;
jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.

Anda mungkin juga menyukai