Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PEMBINAAN GELANGGANG

Raional
Petanque boleh dianggap sejenis permainan yang mudah dipelajari dan
murah perbelanjaannya, sebagaimana sedia maklum, antara permainan yang
pernah dimainkan atau dilihat semasa kecil sesorang adalah guli, permainan
petanque boleh diibaratkan sebagai permainan guli orang dewasa, oleh yang
demikian ianya mudah untuk dimainkan. Badminton juga mudah untuk dimainkan
pada peringkat permulaan, tetapi menjadi lebih teknikal dan memerlukan
perbelanjaan lebih besar untuk menjadi seorang yang professional, berbanding
sukan petanque yang boleh dimainkan pada semua jenis permukaan kecuali simen
dan tar serta tidak terikat dengan gangguan angin. Dari segi bilangan pemain pula
sukan petanque boleh dimainkan secara perseorangan, bergu dan bertiga
Akhirnya, mudah-mudahan sukan petanque menjadi sukan yang paling
digemari dalam kalangan masyarakat seluruhnya.

1. Menentukan arah dan lokasi


1.1 Pembinaan gelanggang petanque hendaklah di atas permukaan yang
mendatar dan lebih tinggi dari aras laut.
1.2 Untuk menentukan arah jalur gelanggang hendaklah dalam anggaran
90 darjah dari arah matahari naik dan turun.

2. Spasifikasi lapisan permukaan


Untuk mendapat sebuah gelanggang yang berkualiti tinggi lapisan
gelanggang adalah seperti rajah 1

Quary dust (2)

Batu

Kasaran

Rajah 1
2.1 Ketebalan quary dust tidak melebihi 2
2.2 Ketebalan batu bergantung kepada permukaan, untuk
mendapatkan level permukaan (ketebalan cadangan 2 3 inci)
2.3 Ketebalan kasaran bergantung kepada permukaan untuk mendapatkan
level permukaan

3. Keluasan kawasan permainan (1 gelanggang)


Keluasan minima satu gelanggang adalah 4m x 15m, walau bagaimana pun
tembok sekitar gelanggang biasanya diperlukan untuk mengelak bola tersasar
jauh, rajah 2 menunjukkan 1 gelanggang permainan berserta tembok

6.6m 4m

17.6 m
Rajah 2
Panduan
Tembok (Batu curve / konkrit)
Tali plastic (tidak melebihi 5mm)

4. Cadangan bilangan gelanggang paling optimum


Bilangan sekumpulan gelanggang paling sesuai adalah 4 gelanggang (rujuk
rajah 3), kesesuaian adalah berdasarkan pekara-pekara berikut
4.1 Sesuai dengan sistem pertandingan
4.2 Bilangan yang mencukupi dengan lampu limpah dengan ketinggian 30
dapat menerangi keseluruh kawasan mengikut pandangan biasa.
4.3 Menepati peraturan keluasan minima gelanggang.

18.6 m
17.6 m

Rajah 3

5. Spasifikasi tambahan
5.1 Outlet air keluar
5.2 Tambahan ketinggian 2 di bahagian tengah setiap gelanggang

6. Kos
Kos pembinaan bagi satu gelanggang
6.1 Quary dust (5 tan x RM40) RM 200.00
6.2 Batu (7 tan x RM50) RM 350.00
6.3 Kasaran (10 tan x RM50) RM 500.00
JUMLAH RM1050.00
Harga di atas adalah harga pembelian secara terus dari Quary dengan kadar
sekurang-kurangnya 5 tan.

7. Penyesuaian Pembinaan Berdasarkan Permukaan asas


7.1 Rumput
Sekiranya permukaan asas berumput, pembinaan hendaklah mengikut
spesifikasi lapisan permukaan di atas, (belanja agak besar). Untuk
penjimatan, buang rumput sehingga tinggal lapisan tanah, kemudian letak
batu dan diikuti quary dust, atau boleh terus letak quary dust.

7.2 Tanah
Sekiranya permukaan tanah keras, letak batu dan diikuti quary dust
atau boleh terus letak quary dust mana yang lebih sesuai

7.3 Batu
Sekiranya permukaan asas berbatu, boleh terus letak quary dust.

Semua lapisan yang dimaksudkan hendaklah mengikut ketebalan yang telah


ditetapkan.

8. Anggaran Perbelanjaan 4 gelanggang


8.1 Quary dust (20 tan x RM40) RM 800.00
8.2 Batu (30 tan x RM50) RM1 500.00
8.3 Kasaran (40 tan x RM50) RM2 000.00
8.4 Tembok (batu curve 2) RM 600.00
JUMLAH RM4 900.00

Kos boleh dijimatkan berdasarkan permukaan asas

Disediakan oleh
RAHMAT ATAN

Anda mungkin juga menyukai