Anda di halaman 1dari 1

Bahagian C Karangan

Suasana berkelah di tepi sungai


Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga telah pergi
berkelah di tepi sungai. Nama sungai itu adalah Sungai Congkak.
Saya dan keluarga telah mengambil tempat betul-betul di tepi sungai
supaya mudah untuk mandi-manda.
Setelah sampai, ayah telah memasang khemah untuk saya dan
adik bermain. Saya dan adik pula membantu ibu mengangkat
barang-barang makanan dan minuman. Ramai orang yang telah
sampai lebih awal daripada kami. Mereka sedang seronok mandi
bersama-sama keluarga mereka. Cuaca pada hari itu sungguh baik
sekali.
Selepas siap meletakkan barang-barang kami, saya, ayah dan
adik pergi ke tepi sungai untuk mandi bersama-sama. Air sungai terasa
sungguh sejuk tetapi kami sekeluarga mandi dengan gembira.
Suasana sungguh meriah, kedengaran suara pengunjung-
pengunjung keriangan bersama-sama keluarga masing-masing. Ada
yang bermain dan bergurau-gurau semasa berada di dalam air. Ada
yang membuat susunan batu.
Saya sungguh gembira kerana dapat bersama-sama berkelah
dengan keluarga saya. Kami berharap selepas ini kami dapat
berkelah di kawasan pantai pula.

Anda mungkin juga menyukai