Anda di halaman 1dari 6

.

Rabiah Basri atau lebih dikenali sebagai Rabiah al-Adwiyah atau Rabiatul Adawiyah adalah antara
salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam. Beliau telah meninggalkan segala-galanya
yang bersifat duniawi dan mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada Allah .

Rabiatul Adawiyah telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Mempunyai empat orang
adik beradik. Kelahirannya telah diliputi bermacam-macam cerita yang pelik.Pada malam beliau
dilahirkan, di rumahnya tidak mempunyai apa-apa bahkan minyak untuk menyalakan lampu pun
tiada. Malahan sehelai kain untuk membalut dirinya apabila dilahirkan kelak juga tidak ada.

Ibu Rabiah meminta ayahnya supaya meminjam pelita minyak daripada jiran mereka. Ini merupakan
cubaan bagi si ayah yang malang itu.

Sebelum itu ayahnya telah berjanji kepada Allah untuk tidak meminta pertolongan dari
sesiapa. Oleh kerana keadaan terdesak maka ayahnya pun terpaksa pergi juga ke rumah jirannya.

Sebaik saja tiba di rumah jirannya, ayahnya terus mengetuk pintu rumah jirannya itu. Malangnya
tiada jawapan pun dari dalam rumah itu. ayahnya berasa lega dan mengucap syukur kepada Allah
kerana tidak ingkar pada janjinya. Kemudian ayahnya pun pulang ke rumahnya dan terus
tidur dipembaringan.

Pada malam itu ayahnya bermimpi bertemu Nabi Muhammad . Dalam mimpinya itu Nabi
Muhammad telah memberikan tanda kepadanya dengan menyatakan bahawa anaknya yang
bakal dilahirkan itu telah ditakdirkan akan menduduki tempat paling tinggi di sisi Allah .

Tidak berapa lama selepas Rabiatul Adawiyah dilahirkan kedua-dua ibu bapanya telah meninggal
dunia, manakala ketiga-tiga orang kakaknya turut meninggal dunia akibat kelaparan yang melanda
Basra ketika itu. Rabiatul kemudiannya dipelihara oleh seorang lelaki yang kejam.

Seterusnya Rabiah telah dijual sebagai hamba dengan harga yang rendah kepada majikan yang
sangat bengis. Dalam usia yang masih muda, beliau telah menghabiskan waktunya dengan
melaksanakan segala perintah tuannya. Manakala sebelah malamnya beliau sentiasa berdoa ke
hadrat IIiahi.

Pada suatu malam, majikannya telah melihat tanda kebesaran rohani Rabiatul Adawiyahiaitu ketika
Rabiah berdoa kepada Allah katanya:

Ya Allah! Dikau telah menjadikan aku budak belian seorang manusia sehingga aku terpaksa
mengabadikan diriku kepadanya. Seandainya aku bebas, pasti aku akan persembahkan seluruh
waktu dalam hidupku ini untuk berdoa kepada-Mu.

Tiba-tiba sebaik saja Beliau selesai berdoa, ternampak satu cahaya mendekati kepalanya. Melihat
kejadian itu majikannya menjadi terlalu takut. Keesokan harinya Rabiah telah dimerdekakan.

Memperhambakan Diri

Setelah dibebaskan, Rabiatul Adawiyah pergi ke tempat-tempat sunyi untuk menjalani hidup
dengan bertawaduk kepada Tuhan. Akhirnya beliau sampai ke sebuah pondok berdekatan Kota
Basra. Di situ beliau hidup seperti bertapa. Segulung tikar, sebuah kendi diperbuat daripada tanah,
seketul batu bata. Semuanya itu merupakan harta yang dimilikinya.
Di pondok itu keseluruhan waktunya digunakan untuk mengabdikan diri berdoa. Pada suatu hari
beliau telah didatangi oleh sekumpulan orang bertujuan untuk meminangnya. Orang ramai itu
adalah wakil kepada Gabenor Basra. Oleh kerana Rabiah terlalu sibuk mengabadikan dirinya kepada
Allah maka beliaupun menolak pinangan itu dengan baik.

Pada masa yang lain, Sufian Suri seorang soleh dan dihormati datang menemui Rabiah. Sebaik saja
Beliau sampai, Rabiah terus berdoa: Ya Allah! Tuhan Yang Maha Kuasa, daku mohon harta
duniawi dariMu.

Mendengar isi doa itu, Rabiah pun menangis. Lantas Sufian Suri pun bertanya kenapa beliau
menangis, maka Rabiah pun berkata : Harta itu sesungguhnya didapati setelah meninggalkan
segala yang bersifat duniawi ini, dan aku melihat anda hanya mencarinya di dunia ini saja.

Empat Puluh Dinar

Menurut satu riwayat, ada seorang insan telah mengirim wang sebanyak empat puluh dinar kepada
Rabiah, lantas beliau pun menangis sambil mengangkat tangannya berdoa : Dikau tahu Ya Allah!
Aku tidak pernah meminta harta dunia dari Mu, meskipun Dikau pencipta dunia ini. Lalu
bagaimana aku dapat menerima wang dari seseorang, sedangkan wang itu sesungguhnya bukan
kepunyaannya.

Setiap kali Rabiah mengajar muridnya beliau sentiasa menasihati mereka agar jangan menunjukkan
perbuatan baik itu kepada sesiapa pun, malahan mereka diharuskan menutup perbuatan baik itu
sebagaimana mereka menutupi perbuatan jahat mereka.

Segala penyakit datangnya adalah atas kehendak Allah kerana itu Rabiah selalu
menghadapinya dengan hati yang tabah dan berani. Rasa sakit yang bagaimanapun tidak pernah
mengganggunya. Beliau seringkali tidak menyedari ada bahagian tubuhnya yang terluka sampai
beliau diberitahu oleh orang lain.

Suatu hari Rabiatul Adawiyah telah terlanggar pokok yang menyebabkan kepalanya berdarah,
kemudian seseorang telah bertanya : Apakah anda tidak berasa sakit?.

Jawab Rabiah, Aku dengan seluruh jiwa ragaku mengabdikan diri kepada Allah
. Aku berhubung erat dengan-Nya, aku disibukkan-Nya dengan hal-hal lain daripada
apa yang kamu rasakan, jawabnya lembut.

Semasa hayatnya, banyak keajaiban telah dikaitkan dengan Rabiah. Antaranya, beliau mendapat
makanan daripada tetamunya melalui jalan yang pelik-pelik. Diriwayatkan bahawa, ketika beliau
sedang menghadapi sakaratul maut, Rabiah meminta teman-temannya meninggalkan beliau seorang
diri. Kemudian beliau mempersilakan para utusan Allah datang kepadanya.

Sewaktu teman-temannya berjalan keluar mereka terdengar Rabiah mengucapkan syahadah, dan
ada pula suara yang menjawab: Jiwa, tenanglah, kembalilah kepada Tuhanmu, legalah,
kembalilah kepada Tuhanmu, legalah hatimu pada-Nya, ini akan memberikan kepuasan
kepadanya.

Di antara doa-doa yang tercatat berasal dari Rabiah ialah doa yang dipanjatkannya pada waktu
malam di atas bumbung rumahnya, katanya: OhTuhanku! Bintang-bintang bersinar
bergemerlapan, manusia sudah tidur nyenyak dan raja-raja telah menutup pintunya, tiap orang
bercinta sedang asyik dengan kesayangannya dan di sinilah aku bersendirian bersamaMu.
Manakala doa lainnya : Ya Allah! Apabila aku menyembahMu kerana takutkan neraka, bakarlah
diriku di dalamnya. Bila aku menyembahMu kerana mengharapkan syurga jauhkan aku dari sana.
Namun jika aku menyembah Mu hanya keranaMu, maka janganlah Dikau tutup keindahan
abadiMu.

Rabiatul Adawiyah telah meninggal dunia di Basra pada tahun 801 Masihi. Beliau telah dimakamkan
di rumah tempat beliau tinggal. Ketika jenazahnya diusung ke perkuburan, orang-orang soleh, para
sufi dan orang-orang Islam turut mengiringinya dalam jumlah yang luar biasa ramainya.

Cintailah Allah kerana Dia mencintai kita, tunaikanlah perintah Allah kerana
Dia akan mengadili kita, buatlah sesuatu yang dituntut semata-mata kerana Allah sebab
yang akan menilai setiap amal adalah Allah .

Apabila kita rapat dengan Allah maka sudah semestinya kita akan menjadi orang
kesayangan Allah dan semua makhluknya, dan pada hari pengadilan nanti sudah tentu
Allah tidak akan memberatkan pertanyaan ke atas hamba-Nya yang sangat takut kepada-
Nya.

Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada fahaman-fahaman Yahudi, Nasrani dan fahaman-fahaman


karut yang dapat menyesatkan kami, dan selamatkanlah kamu semua di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya akhirat itulaah tempat kami dann tujuan hidup kami.

SUMAYYAH

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan
Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan
mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada
menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu.
Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa
yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu
rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu
akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami, kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil
menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah
diseksa oleh kita, kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita
sebagai tuhan mereka, tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang
diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah
ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari
padang pasir.
Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar
Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang
dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di
kota Mekah ini sebagai tuhan kamu, Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir,
Sumayyah dan Amar.

Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami, balas
Yasir dengan tenang.

Saya beriman dengan Allah sahaja, kata Sumayyah pula.

Berani kamu melawan kata-kata saya, api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan
kata-kata Sumayyah itu tadi.

Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu, Abu Jahal
dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah
mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari
tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar
keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya.
Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga
Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima
berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-
tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini, sindir
Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

Tiada tuhan melainkan Allah, kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai
baju panas.

Letakkan batu besar ke atas badan Yasir, arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata
Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang
sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah
tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia
gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu
tiba! Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi
Muhammad kepada ajaran berhala.

Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,. Hati
Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.
Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya! Abu Jahal mengambil tombak dari tangan
kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

Allahu Akbar. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat
tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah
adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita
pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

AINUL MARDHIAH

Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari yang paling cantik di surga yang Alloh ciptakan untuk
sesiapa yang mati syahid berjuang di jalan Alloh. Secara bahasa Ainul Mardhiah berarti mata yang
diridhai. Atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keridhaan di hati.

Kisah Ainul Mardhiah diceriterakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi yang dalam bahasa saya
seperti ini:

Ketika pagi hari di bulan Ramadhan, Nabi sedang memberikan targhib (semangat untuk berjihad)
kepada pasukan Islam. Nabi pun bersabda, Sesungguhnya orang yang mati syahid karena berjihad
di jalan Alloh, maka Alloh akan menganugerahkannya Ainul Mardhiah, bidadari paling cantik di
surga. Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun,
karena malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam
mengenai Ainul Mardhiah.

Waktu Zuhur sebentar lagi, sesuai sunah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak
sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan
sampai bermimpi.

Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi
sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat
sebelumnya.

Ia pun bertanya kepada wanita tersebut, Di manakah ini?.


Inilah surga., jawab wanita itu.
Kemudian sahabat ini bertanya lagi, Apakah Anda Ainul Mardhiah?.
Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau Anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiah, dia sedang
berada di bawah pohon yang rindang itu.

Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita
pertama yang ia lihat.
Apakah Anda Ainul Mardhiah?
Bukan saya ini penjaganya. Kalau Anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya.

Lalu sahabat ini pun pergi ke singgasana tersebut dan sampailah ke suatu mahligai. Didapatinya
seorang wanita yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya yang sedang mengelap-
ngelap perhiasan. Sahabat ini pun memberanikan diri untuk bertanya.

Apakah Anda Ainul Mardhiah?


Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Saya penjaganya di mahligai ini. Jika Anda ingin menemuinya,
temuilah ia di mahligai itu.
Pemuda itu pun beranjak dan sampailah ke mahligai yang ditunjukkan. Didapatinya seorang wanita
yang kecantikannya berlipat-lipat dari wanita sebelumnya dan sangat pemalu. Pemuda itu pun
bertanya.

Apakah Anda Ainul Mardhiah?


Ya, benar saya Ainul Mardhiah, ujarnya pelan dengan malu-malu.

Pemuda itu pun mendekat, tetapi Ainul Mardhiah menghindar dan berkata, Maaf, Anda bukan
seseorang yang mati syahid.

Seketika itu juga pemuda itu terbangun dari mimpinya. Dia pun menceritakan ceritanya ini kepada
seorang sahabat kepercayaannya yang dimohonkan untuk merahasiakannya sampai ia mati syahid.

Komando jihad pun menggelora. Sahabat ini pun dengan semangatnya berjihad untuk dapat
bertemu dengan Ainul Mardhiah. Ia pun akhirnya menemui syahid.

Di petang hari ketika buka puasa, sahabat kepercayaan ini menceritakan mimpi sahabat yang mati
syahid ini kepada Nabi. Nabi pun membenarkan mimpi sahabat muda ini dan Nabi bersabda,
Sekarang ia bahagia bersama Ainul Mardhiah.

Agungnya Ainul Mardhiah ini pun menginspirasi tim nasyid UNIC untuk menciptakan lagu khusus
dengan judul Ainul Mardhiah dengan lirik yang sangat menyentuh berikut ini.

Anda mungkin juga menyukai