Anda di halaman 1dari 4

Para hadirin yang saya hormati sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya para hadirin dapat

mengambil tempat masing-masing.

Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat
mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak
mengganggu majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih

__________________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan saya ucapkan kepada

Yang berbahagia Prof Datu Dr Ali bin Baba ,Pengarah Kampus Kesihatan,Universiti Sains Malaysia .

Yang Berusaha Dr Ali bin Baba,Timbalan Pengarah Pusat Islam.Universiti Sains Malaysia.

Saudara Ali bin Baba ,Pengarah Majlis Perwakilan Pelajar ,Universiti Sains Malaysia ,Kampus
Kesihatan.

Saudara Ali bin Baba,Pengarah Rakan Masjid,Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.

Serta hadirin dan hadirat ,ahlan wa sahlan saya ucapkan.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian


Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismilah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah,
Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Khatam Al-Quran , Peringkat Universiti Sains Malaysia ,Kampus Kesihatan ini.

Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini merupakan langsungan daripada
program tadarus Al-Quran yang melibatkan semua mahasiswa mahasiswi pusat pengajian sains
perubatan,pergigian dan kesihatan.Malah,ini adalah julung kali majlis khatam Al-Quran dibuat
bersama dengan Majlis Ambang kemerdekaan.

semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan
seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam
melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan
memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal
soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar

Surah al-Isra':9

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah,

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,

Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,

Angkat doa jari sepuluh,

Doa minta biar selamat.


Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan saudara Ali bin Baba untuk memimpin
bacaan doa.

(baca doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Ali bin Baba di atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya,majlis di teruskan dengan bacaan khatam Al-Quran yang akan di imamkan oleh Saudara
Ali bin Baba.

(baca alquran baca doa khatam Al-Quran)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Bunga melur bunga kenanga

Cantik disusun penyeri anjung

Al-Quran bagaikan intan permata

Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri

Mekar disirami si embun pagi

Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri

Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah. Dengan Bacaan Khatam Al Quran sebentar tadi maka berakhirlah majlis kita pada
petang ini .

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada semua jemputan dan hadirin
sekalian kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini.
Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama membaca Surah

Al-Asr.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Anda mungkin juga menyukai