Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KURSUS TANAMAN HIDROPONIK


“INTERMEDIATE LEVEL”
-From Zero to Hero-

TARIKH:
21 Mac 2020 (Sabtu)

MASA:
8:30 pagi hingga 12.30 tengahari

TEMPAT:
Dewan Orang Ramai, Parit 10 Gambut

ANJURAN:
Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM)
1.0 PENDAHULUAN

Hidroponik merupakan kaedah menanam pokok dengan menyediakan hampir keseluruhan


keperluan nutrien dengan cara melarutkannya kedalam air dan diberikan kepada akar pokok.
Tujuan hidroponik ialah untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu
tersedia dan boleh diserap akar-akar pokok terus melalui air.

Sasaran utama kursus Kursus Tanaman Hidroponik “Intermediate Level” adalah untuk
melahirkan lebih ramai lagi pengusaha tanaman hidroponik ini bagi memperbanyakan
bekalan sayuran segar organik yang selamat untuk dimakan dan dijual. Ianya bukan sahaja
boleh dimakan sendiri malah boleh dijual di pasaran dengan harga yang tinggi dan
berpatutan. Sasaran utama adalah pada penduduk sekitar pekan Sabak Bernam dan Sungai
Besar bagi yang berminat untuk mendalami ilmu tanaman hidroponik ini dengan lebih jelas
dan praktikal. Kursus ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada semua peserta
yang terlibat dan berjaya membantu mereka-mereka yang serius untuk mengubah kehidupan
sekarang supaya lebih berjaya dan mendapat pendapatan yang menguntungkan pada masa
akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi kefahaman teori dan latihan praktikal cara tanaman hidroponik kepada peserta
pada skala kecil dan besar.
2.2 Menunjukan kaedah semaian benih sehingga proses tanaman hidroponik dilakukan
dengan cara yang betul dan selamat
2.3 Melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya dalam bidang pertanian terutama
menggunkan kaedah hidroponik terkini.
2.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara PIKOM peserta dan mewujudkan rangkaian
hubungan kerja antara peserta, penceramah dan masyarakat sekeliling.
2.5 Mempromosi secara meluas kaedah terbaik tanaman hidroponik terkini dan berjaya.

3.0 ANJURAN
Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM)

4.0 SASARAN
30 peserta terdiri daripada penduduk sekitar pekan Sabak Bernam dan Sungai Besar

5.0 TARIKH & TEMPAT


Sabtu : 21 Mac 2020
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Balai Raya , Parit 10 Gambut

1.0 PAKEJ DITAWARKAN

Yuran:
Pakej A: RM100
(sijil, makan, set mini hidroponik, anak pokok, baja AB dan buku manual panduan
hidroponik)

Pakej B: RM130
(sijil, makan, set mini hidroponik, anak pokok, Baja AB, EC meter dan buku manual
panduan hidroponik)

7.0 TENTATIF PROGRAM


Masa Aktiviti

8.30 pagi Pendaftaran dan sarapan pagi

9.00 pagi Pengenalan Tanaman Hidroponik dan cara menguruskannya

Cara pemasangan set hidroponik, cara semaian benih dan


10.00 pagi
kaedah menguji kandungan baja yang tepat

Sesi penyerahan sijil dan cenderahati kepada peserta


12.00 tengahari
Makan tengahari

12.30 tengahari Sesi bergambar dan bersurai


8.0 ANGGARAN DAN KOS

Bil Item Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1. Elaun penceramah 1 300.00 300.00


2. Upah kertas kerja 1 100.00 100.00
3. Elaun pengacara 1 40.00 40.00
4. Pendaftaran 1 30.00 30.00
5. Hebahan 1 30.00 30.00
6. Teknikal 1 30.00 30.00
7. Persiapan tempat 2 30.00 60.00
8. Sijil 40 3.00 120.00
9. Nota 30 2.00 60.00
Kit DIY Besen + penutup +
10. 30 5.00 150.00
pot mesh
Anak pokok-4 pokok setiap
11. 120 3.00 360.00
peserta
12. Baja AB 30 3.00 90.00
13. Sarapan pagi 40 4.00 160.00
14. Makanan tengahari 40 6.00 240.00
15. Cenderahati penceramah 1 30.00 30.00
JUMLAH KESELURUHAN 1800.00

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Bil Jawatankuasa Nama Pegawai


1. Penaung Mohamad Zamri B Jamil
2. Penasihat Program Mohd Faiz bin Heamzah
3. Pengarah Program Ahmad Zhafri bin Md Noor
4. Timb.Pengarah Program Noorlaili binti Suhood
5. Setiausaha Mohd Aminuddin bin Mohd Salleh
6. Bendahari Faizal Adi Bin Idris
7. Jawatankuasa Pengurusan Majlis Norazlinawati binti Mohd Salleh
8. Jawatankuasa Pendaftaran Nasir bin Noor Abdullh
9. Jawatankuasa Teknikal Abdul Halim bin Suhaimi
10. Jawatankuasa Persiapan Tempat Nazirul Helmi bin Suhaimi
& Persediaan Kit
11. Jawatankuasa Sijil & Cenderahati Mohammad Haris bin Baharudin
12. Jawatankuasa Makanan Mohammad Rafei bin Hashim

10.00 IMPAK AKTIVITI

10.1 Impak kepada peserta


i. Peluang untuk menambah ilmu pengetahuan tanaman hidroponik
dengan lebih jelas
ii. Mempraktikan cara semaian benih sehingga proses tanaman
hidroponik
iii. Meningkatkan keyakinan peserta untuk serius menanam secara organik
iv. Memupuk budaya usahawan antara peserta
v. Mewujudkan rangkaian kerja antara peserta

10.2 Impak kepada penduduk


i. Menjana pendapatan sampingan kepada penduduk setempat
ii. Kearah mewujudkan “One Stop Centre” untuk tanaman
hidroponik bagi penduduk kampung setempat

11.00 PENUTUP & HARAPAN


Adalah diharapkan semua peserta program dapat mempraktikan ilmu dan cara tanaman
terbaik bagi menghasilkan tanaman organik yang selamat untuk di makan dan dijual.
Diharapkan juga, peserta tanaman hidroponik akan lebih berjaya dan mendapat pendapatan
baru pada masa akan datang.
Disediakan oleh;

…………………………………….
(AHMAD ZHAFRI BIN MD NOOR)
Setiausaha,
Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM)

Disemak oleh:

……………………………………..
(MOHAMAD ZAMRI B JAMIL)
Pengerusi,
Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM)

Anda mungkin juga menyukai