Anda di halaman 1dari 3

Contoh Pendahuluan Jenis Peribahasa

Soalan:
Peribahasa jiran sepakat membawa berkat sangat tepat digunakan sebelum ini oleh ma
syarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat. Bagi mereka yang ti
nggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha unt
uk terus memupuknya.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kala
ngan masyarakat.
Jiran sepakat membawa berkat . Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mend
alam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep keji
ranan bukan di sisi paling utama. Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang t
idak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah musibah s
ekalipun. Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan b
ahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh p
enjenayah. Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah ba
rang pasti pelbagai faedah diperoleh. Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa
yang terungkap di awal perenggan ini.
Contoh Pendahuluan Jenis Iklan
Soalan:
Iklan merupakan alat yang digunakan oleh pengeluar barangan untuk memperkenalkan
barangan atau perkhidmatan baru di pasaran. Iklan juga digunakan untuk melarisk
an jualan sesuatu barangan. Melalui iklan, pihak pengeluar berharap pengguna dap
at dipengaruhi untuk membeli sesuatu barangan.
Berikan pendapat anda tentang sejauh mana iklan mengelirukan pengguna.
Pesona membangkitkan tarikan
Tarikan menyerlahkan personaliti
Personaliti menampilkan keanggunan
Keanggunan ialah kuasa.
Kata-kata indah ini merupakan bahasa iklan yang dikeluarkan oleh Syarikat Celcom
untuk mempromosikan barangan keluarannya. Bahasa indahnya begitu mempesonakan p
embaca, malah lebih jauh lagi amat berkuasa untuk mempengaruhi para pengguna aga
r menggunakan barangan yang diiklankan. Bagaimanapun, tidak semua kata-kata yang
indah itu menggambarkan keadaan sebenar barangan yang diklankan. Jika kenyataan
ini benar, maka gambaran itu menepati kata-kata indah khabar daripada rupa .
Contoh Pendahuluan Jenis Definisi
Soalan:
Amalan membaca seharusnya bermula di rumah.Anda bersetuju dengan pendapat di ata
s.Huraikan pendapat anda itu.
Membaca sering didefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau
tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Di samping itu, memba
ca juga meliputi pengucapan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan
tanda, dan lain-lain lagi secara lisan, sama ada dengan kuat atau sebaliknya. D
i Malaysia, membaca belum lagi dianggap menjadi amalan dalam kehidupan sebahagia
n besar rakyat negara ini. Bagi golongan pelajar, membaca hanya menjadi rutin ba
gi tujuan mentelaah, manakala bagi golongan yang sudah melepasi dunia pelajar, m
ereka hanya membaca bahan bacaan ringan, bukan bahan ilmiah yang menambahkan ilm
u. Justeru, membaca wajar dijadikan amalan dan perlu dibentuk sejak kecil kerana
kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya . Sesuai dengan peribahasa ter
sebut, maka amalan membaca seharusnya bermula di rumah.
Contoh Pendahuluan Jenis Pantun
Soalan:
Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu
Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei ya
ng ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat .
Tulis esei anda itu selengkapnya.
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah b
usuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu
untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pu
la dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi maka
nan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kera
t di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa b
erjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tamba
han pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros
ialah sahabat syaitan.
Contoh pendahuluan jenis seni kata lagu
Soalan:
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertan
ian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.
Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara
untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.
Burung yang berkicau
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malay
sia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu ter
sebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh l
agi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung trad
isional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khu
susnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaima
napun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan d
i negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan
yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat dipe
rlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah pro
aktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?
Contoh Pendahuluan Jenis Cerita
Soalan:
Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberap
a buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat
bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia dalam meringankan beban yang dita
nggung oleh mangsa bencana tersebut.
Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahre
ja Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegan
g kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja
. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu m
engaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melant
iknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Mar
idjan sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengiku
t-pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalann
ya, apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunu
ng Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam m
eringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di sampin
g bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan?
Contoh pendahuluan jenis kata-kata pembesar
Soalan:
Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil
lagi, seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Hal ini bert
epatan dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu
yang maju dan berdaya saing.
Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negara
ini.
Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-mas
ing. Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah m
enukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu.
Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pa
saran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampi
lan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, n
ilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik p
andai sering menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lan
taran amalan membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala il
mu dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan ba
gi memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.
Contoh Pendahuluan Jenis Statistik
Soalan:
Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. S
etiap hari, ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan mener
usi media massa.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan j
alan raya di negara ini.
Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah ber
laku di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kep
ada 25 kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tid
ak puas hati beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan
berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselam
atan. Para pengguna dianggap tidak menghargai diri sehingga sanggup menggadai ny
awa semata-mata kerana berhasrat untuk tiba di destinasi masing-masing dengan ce
pat. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bag
i mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar
Soalan:
Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Be
rbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkut
an moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna.
Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini.
Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif . Demikian tajuk berita yang terpapar d
i muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan te
rsebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Us
ahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi B
erjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan s
istem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, teta
pi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksek
utif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. S
elain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di nega
ra ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai