Anda di halaman 1dari 2

1.

Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan

yang disediakan pada kulit dalam buku teks.

2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik

sahaja. Denda RM1 dikenakan untuk setiap buku yang gagal dibalut.

3. Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah

meja, kantin atau di tempat awam lain . Buku tersebut akan

dirampas dan pelajar perlu menebusnya dengan denda RM1 untuk

setiap buku.

4. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan muka surat buku.

Jangan rosakkan barkod buku!

5. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan

nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa

peminjaman buku pada awal tahun.

6. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan

dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang

atau buku.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda RM1.

7. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke

semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.


1. Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan

BOSS dan kemudahan yang disediakan.

2. Kemudahan komputer hendaklah di awasi oleh guru dan penggunaan

persendirian hendaklah direkodkan. Sebarang cetakan

persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.

3. Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas.

4. Penggunaan bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan

jika ada urusan segera dan mesti diiringi guru.Penggunaan bilik

selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih

dahulu kepada guru serta direkodkan.

5. Pastikan alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup

sebelum meninggalkan BOSS.

6. Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.

7. Letak semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah

digunakan di tempat asal.

8. Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat

kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.

9. Pulangkan kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.

Anda mungkin juga menyukai