Anda di halaman 1dari 1

Teks Petikan

Gerai Manakah Yang Tercantik


salam,murid-murid hari ini cikgu akan memaparkan satu teks petikan supaya murid-murid
membacanya dan membuat latihan berpandukan teks petikan.

Teks Petikan
Gerai manakah yang tercantik.

Pada hari Ahad yang lepas ,Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri telah mengadakan satu program
iaitu Hari kantin Sekolah bertempat di Dataran Perhimpunan Sekolah tersebut.Banyak gerai-
gerai yang didirikan untuk menjual bermacam-macam jenis barang .Gerai-gerai itu juga akan
dipertandingkan untuk kategori gerai cantik.
Ada gerai menjual pakaian,gerai buah-buahan ,gerai minuman ,gerai kuih-muih serta gerai
cenderahati.Di gerai menjual pakaian terdapat pakaian yang murah-murah harganya sertabaru-
baru belaka.Gerai menjual buah-buah pula ada menjual bermacam-macam jenis buah
yang manis,masam serta lazat.Ada buah tembikai,oren,mangga,jambu,belimbing,pisang dan lain-
lain lagi.Gerai menjual makanan pula menjual berbagai-bagai jenis kuih-muih yang sedap-
sedap belaka seperti donat,karipap,mee,burger,sosej dan lain-lain lagi.
Gerai minuman tetap menjadi tumpuan pada hari cuaca yang sangat panas ini.Ada air
oren,mangga,jambu dan juga air tebu.Gerai cenderahati juga menjadi tumpuan kerana ia menjual
bermacam-macam jenis cenderahati yang berbagai bentuk.Ada yang
berbentukpanjang,bujur ,bulat serta berbentuk ikan dan bunga.
Semua gerai-gerai dihias cantik dan bewarna-warni.Gerai cenderahati memenangi tempat
pertama kerana berlatar belakangkan warna pink dan putih serta digantung dengan bermacam-
macam belon bewarna warni besar dan kecil.
Dihujung sekali terdapat gerai karaoke bagi sesiapa yang mempunyai suara yang merdudan
berminat digalakkan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan sepanjang hari kantin
tersebut.
Program Hari Kantin berakhir pada jam 7 petang.Semua pelajar pulang dengan
perasaangembira walaupun terasa amat penat dan letih.

Anda mungkin juga menyukai