Anda di halaman 1dari 2

TEKS JURUACARA KURSUS KEPIMPINAN

Agenda Perkara
1. 8.00 pagi Pendaftaran peserta kursus
2. 8.10 pagi Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Kata alu-aluan
Yang berusaha, En. Jalal b. Hj. A. Aziz ,Guru Besar SKTS,
Yang berbahagia, En Mohd Rizal b. Abd Rahim, Pensyarah Politeknik
Sultan Idris Shah, Selangor selaku penceramah jemputan,
Yang dihormati, barisan guru penolong kanan SKTS,
En. Zahid b. Hj Ibrahim , GPK 1,
Pn Juliana bt Mohamad, GPK HEM,
Encik Azhar Bin Hj. Ahmad, GPK Kokurikulum,
guru-guru, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini,
kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi menjayakan
Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pengerusi
Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Beruniform, Ketua dan
Penolong Kelas bagi Tahun 2015.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor.

3. 8.15 pagi Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,marilah kita memanjatkan
Bacaan doa doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan al- Fadhil Ustaz Zool Husshani b. Hassyim untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan


doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini akan lebih diberkati
dan dirahmati Allah s.w.t.

4. 8.20 pagi Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar SK Tenaga Sepakat.
Ucapan GB Untuk itu, majlis menjemput En. Jalal b. Hj A.Aziz, Guru Besar SK
Tenaga Sepakat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jalal b. Hj A.Aziz, atas kesudian


memberikan ucapan sebentar tadi.
5. 8.30 pagi Hadirin sekalian,
Ceramah Kepimpinan Pada pagi ini kita berasa amat bertuah kerana sekolah kita dikunjungi
1 oleh seorang penceramah jemputan yang didatangkan khas dari Negeri
Selangor. Sebelum meneruskan sesi ceramah, izinkan saya
memperkenalkan serba sedikit mengenai penceramah jemputan kita
pada pagi ini.

Majlis diteruskan dengan slot ceramah yang akan disampaikan oleh


seorang penceramah yang didatangkan khas dari negeri Selangor.
Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan biodata penceramah
jemputan terlebih dahulu.
6. 10.30 pagi Majlis kini berhenti rehat seketika.
Rehat Majlis menjemput Guru Besar / YDP PIBG / GPK untuk mengiringi
penceramah jemputan ke ____________ untuk menjamu selera.
Sementara murid-murid diminta ke ___________.
Majlis akan disambung semula pada pukul ___________.
Selamat menjamu selera.

7. 11.00 pagi Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita
Ceramah Kepimpinan berkumpul di dalam dewan yang telah dihias indah, bagi menjayakan
2 Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pengerusi
Kelab & Persatuan, Sukan & Permainan, Badan Beruniform, Ketua dan
Penolong Kelas bagi Tahun 2015. Oleh itu, saya menjemput Encik Rizal
b Abd Rahim selaku penceramah jemputan untuk menyampaikan
Ceramah Kepimpinan bagi sesi kedua. Dipersilakan.

8. Penyampaian Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda
cenderamata kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada
En. Mohd Rizal b. Abd Rahim selaku penceramah jemputan pada kali
ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha En. Jalal b. Hj.
A.Aziz, Guru Besar SK Tenaga Sepakat bagi menyampaikan
cenderamata.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jalal b. Hj. A.Aziz atas kesudian
menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
9. 12.00 tgh hari Bukan lebah sebarang lebah,
Penutup Lebah bersarang di rumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Majlis dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua


warga SK Tenaga Sepakat yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan Kursus Kepimpinan Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber, Pengerusi Kelab & Persatuan, Sukan &
Permainan, Badan Beruniform, Ketua dan Penolong Kelas bagi Tahun
2015.
Untuk itu saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa memohon maaf
sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perjalanan majlis pada
hari ini sama ada secara langsung atau tidak sengaja.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.

Anda mungkin juga menyukai