Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU 2017


PERINGKAT SEKOLAH

SJK (T) ENGGOR

ANJURAN
KELAB GURU

TARIKH
16 MEI 2017
2

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun bagi mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang
tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya
mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru
pada tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Kerjaya suci dan murni seorang guru
sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam
agama Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas
kedua ibu bapa.
Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Kelab Guru SJK(T) Enggor
turut tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun
2017.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2017 adalah untuk meraikan dan
membalas jasa guru-guru SJK(T) Enggor di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di
antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SJK(T) Enggor sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei
2017.
3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik
pelajar-pelajar SJK(T) Enggor.
3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahin antara guru dan pelajar
SJK(T) Enggor.
3

3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan pelajar .

4.0 TEMA

Guru Pembina Negara Bangsa

5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

Tarikh : 16 Mei 2017


Hari : Selasa
Masa : 7.45 pg 1.00 t/hari
Tempat : Dataran Perhimpunan SJK(T) Enggor

6.0 ANJURAN

Kelab Guru SJK(T) Enggor

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn.Porchelvee A/P Velu

Naib Pengerusi 1 : Pn.Leena Christy A/P Antronisamy

Naib Pengerusi 2 : Pn.Sumathi A/P Muniandy

Naib Pengerusi 3 : Pn.Rajan A/L Palaniappan

Setiausaha : Pn. Leena Christy A/P Antronisamy

Bendahari : Pn.Pushpa Latha A/P Nanchappa Kavender

AJK : Semua guru SJK(T) Enggor

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI MAJLIS : Pn.Nanthini a/p Superamanim


PERSIAPAN DEWAN : En.Rajan a/l Palaniappan,
En.Azahar
4

PERSEMBAHAN : Semua Guru Kelas


Pn.Kharani binti Mat Rabariee
JAMUAN : Pn.Sumathi a/p Muniandy
Pn.Leena Christy a/p Antronisamy
PERMAINAN : Pn.Kumutha Malar a/p Chandran
Pn. Kanageswary a/p Seger
BUKU PROGRAM : Pn.Tavasselini a/p Seger
KAD JEMPUTAN : Pn.Tavasselini a/p Seger
JURUGAMBAR : En.Rajan a/l Palaniappan

8.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pg : Warga SJK(T) Enggor Berkumpul di Dataran Perhimpunan

8.05 pg : Nyanyian

i. Lagu Negaraku
ii. Lagu Negeri Perak
iii. Lagu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan

8.20 pg : Bacaan Doa

8.25 pg :Ucapan Wakil Pelajar

Ucapan Wakil Guru

8.40 pg :Bacaan perutusan

i. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (GK Hem)


ii Menteri Pendidikan Malaysai

9.00 pg :Pelancaran Hari Guru Peringkat Sekolah ( Guru Besar )

9.15 pg :Bacaan Ikrar ( semua guru SJK(T) Enggor)


: Nyayian Lagu Kami Guru Malaysia

9.30 pg :Penyampaian Kad Ucapan dan Cenderamata


5

9.45 pg :Persembahan
i.Guru
ii.Pelajar

10.30 pg : Acara Permaianan ( Murid dan guru)

11.30pg : Gift Exchange antara guru

12.00 tgh : Jamuan / Bersurai

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Pendapatan RM 200.00 Makanan RM 200.00

Jumlah RM 200.00 Jumlah RM 200.00

*Sumber pendapatan : sumbangan daripada guru-guru SJK(T) Enggor

10.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017 SJK(T) Enggor ini dapat
mencapai objektif terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga
SJK(T) Enggor. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan
kerjasama yang padu dari semua pihak.

Disediakan oleh,

.. ..
(LEENA CHRISTY A/P ANTRONISAMY)
Penyelaras Sambutan Hari Guru
SJK(T) Enggor.

Disahkan oleh,

(PORCHELVEE A/P VELU)


6

Guru Besar,
SJK(T) Enggor.

Anda mungkin juga menyukai