Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN MENGATUR FORMAT JAWI

Oleh Munsyi Jawi

BANYAK-BANYAK soalan yang ditanya oleh peserta dalam bengkel Jawi

ialah bagaimana mengatur format komputer dalam Jawi. Ada yang pandai

menaip, aksara Jawi pula tidak mesra pengguna. Namun rata-ratanya

ramai yang tidak sedar bahawa komputer mereka sebenarnya boleh

diformatkan berasaskan format Arab. Hanya dengan memuat turun aksara

Jawi, kita sudah mampu menaip Jawi.

Pada minggu ini, Munsyi Jawi akan membantu para pembaca

mengatur komputer masing-masing dengan format Jawi yang betul. Aturan

komputer ini lebih mudah jika mengguna pakai perisian windows terutama

versi windows 7 dan ke atas. Semoga ilmu Jawi yang dipelajari selama ini

dapat dipraktikkan.

Langkah pertama, klik butang mula di sebelah kiri komputer. Menu ini

akan memaparkan menu program berupa data peribadi, dokumen,

muzik, komputer, peranti dan lain-lain seperti paparan di bawah.


Langkah kedua, klik butang Panel Kawalan. Menu ini akan

memaparkan konsol pengendali yang sedia ada dalam komputer seperti

paparan di bawah. Klik butang Menu Kawasan dan Bahasa untuk

menambah paparan bahasa dalam komputer seperti paparan di bawah.

Langkah ketiga, apabila kita menekan butang Menu Kawasan dan

Bahasa butang ini akan memaparkan konsul baharu iaitu Format,

Lokasi, Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa dan Panel Tadbir. Klik butang
Papan Kekunci dan Bahasa-bahasa untuk menambah bahasa dan

papan kekunci baharu seperti paparan di bawah.

Langkah keempat, apabila kita menekan butang Papan Kekunci dan

Bahasa-bahasa, arahan baharu akan muncul iaitu Ubah Papan

Kekunci. Menu ini akan memaparkan konsul baharu iaitu Teks Servis

dan Input Bahasa seperti paparan di bawah. Klik butang tambah

untuk menambah bahasa lain selain bahasa Inggeris.


SAMBUNGAN PANDUAN MENGATUR FORMAT JAWI

Oleh Munsyi Jawi

Setelah kita mempelajari langkah pertama hingga keempat panduan

mengatur format Jawi dalam komputer Windows pada minggu lepas,

minggu ini kita akan menyambung langkah seterusnya.

Langkah kelima, apabila kita menekan butang tambah, konsul

baharu iaitu Tambah Input Bahasa akan muncul seperti paparan di

bawah. Klik butang Arab (Arab Saudi) dan tandakan Bahasa Arab

101untuk menambah bahasa dan papan kekunci baharu seperti

paparan di bawah.

Langkah keenam. Setelah menandakan Bahasa Arab 101, jangan lupa

klik ok dan tambah di sebelah bawah kanan menu Teks Servis dan

Input Bahasa seperti paparan di bawah. Jika kita menggunakan perisian

windows xp, arahan pengesahan untuk menukar format komputer dari

kanan ke kiri akan keluar. Setengah-setengah komputer akan meminta

CD untuk diformatkan.
Langkah ketujuh. Untuk mengetahui komputer kita sudah berjaya

diformat atau tidak, sila lihat bahagian Toolbars iaitu di sebelah bawah

palang skrin komputer terdapat palang bahasa EN seperti paparan di

bawah.

Langkah kelapan. Pastikan menu EN ditukar kepada menu AR di palang

bawah skrin komputer kita diubah kepada bahasa Arab terlebih dahulu.

Selamat mencuba!
SAMBUNGAN PANDUAN MENGATUR FORMAT JAWI

Oleh Munsyi Jawi

Setelah kita mempelajari langkah pertama hingga kelapan panduan

mengatur format Jawi dalam komputer Windows pada minggu lepas,

minggu ini kita akan menyambung langkah seterusnya.

Langkah kesembilan, ialah langkah penaipan. Ada beberapa

tatacara sebelum penaipan dapat dilakukan seperti yang berikut:

i. Oleh sebab papan kekunci kita didatangkan dengan huruf rumi,

kita boleh menggunakan Papan Kekunci Maya yang sedia ada.

Selain itu, kita boleh membeli pelekat huruf untuk ditampal di

atas kekuncinya. Kaedah yang terbaik ialah menukar terus

kepada Papan Kekunci Jawi yang baharu yang ada dijual.


ii. Jika kita menggunakan Papan Kekunci Maya, pastikan menu

EN di palang bawah skrin komputer kita diubah kepada AR iaitu

menu bahasa Arab terlebih dahulu seperti paparan yang berikut.

Apabila butang AR dipilih, automatik, papan kekunci maya akan

bertukar kepada aksara Jawi seperti paparan yang berikut. Huruf

gubalan Melayu ca, nga, pa, ga, va dan nya boleh dimuat

turun di http://www.jawiware.org/keyboard-untuk-jawi

iii. Jika huruf gubalan Melayu ca, nga, pa, ga, va dan nya

tidak ada pada papan kekunci, huruf-huruf tersebut boleh


dimasukkan dengan memilih menu insert dan pilih simbol

seperti paparan berikut.

iv. Satu perkara penting, apabila kita memulakan untuk menulis di

paparan Word, pastikan kita sudah mengubah arah aksara Jawi

dari kanan ke kiri seperti paparan yang berikut:

v. Pada pandangan penulis, jenis aksara yang terbaik, mudah

dibaca ialah jenis Sakkal Majalla bersaiz 18-20 seperti paparan

yang berikut:
Sehingga bertemu lagi pada Klinik Jawi akan datang, selamat mencuba!

Semarak Jawi, semarak Jati Diri.

Anda mungkin juga menyukai