Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI - SAINS

PENDAHULUAN
Pada 06 Julai 2017 saya telah menjalankan pengajaran mata pelajaran Sains tahun 3.
Standard kandungan yang saya pilih ialah menganalisis pengetahuan tentang tindakan
magnet. Saya telah menggunakan pelbagai jenis bentuk magnet, magnet yang dibalutkan
dengan kertas warna, klip kertas, kad imbas, gambar magnet dan tanah liat sebagai bahan
bantu belajar dalam pengajaran tersebut. Saya mendapati beberapa kekuatan dan
kelemahan pengajaran tersebut.

KEKUATAN
Proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur.
Murid-murid memberikan kerjasama yang padu serta melaksanakan setiap aktiviti yang
dirancangkan untuk proses pengajaran dan pembeljaran dengan baik. Murid-murid aktif dan
bersemangat bagi mempelajari isi pelajaran hari ini iaitu magnet. Objektif pengajaran yang
dirancang dapat dicapai melalui menilai hasil kerja dan penglibatan murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, perancangan persediaan untuk sesi
pengajaran pada hari ini menjadikan murid-murid teruja dan seronok untuk mengikuti PdP.
Hal ini demikian, murid-murid juga dpat melibat diri secara tidak langsung dalam
pertunjukkan bagi topik magnet.

KELEMAHAN
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang kali pertama kepada saya ini tidak mencukupi
masa untuk menghabiskan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, saya telah
mula mendesakkan murid-murid untuk menghantarkan lembaran kerja yang saya edarkan.
Kelewatan ini juga mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya gesa-
gesakan sehingga murid tiada masa untuk menghubungkaitkan pelajaran dengan latihan
yang disediakan. Saya juga terpaksa berkelam kabut untuk mengemaskan barang-barang
PdP sebelum guru mata pelajaran seterusnya masuk ke dalam bilik darjah ini. Secara
keseluruhan saya mendapati bahawa saya tidak dapat kelas. Walaupun murid-murid
melaksanakan semuanya dengan betul namun mereka mengeluarkan bunyi bising semasa
membuat aktiviti berpasangan serta aktiviti kumpulan.

1
REFLEKSI - SAINS

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu.
Saya perlu peka dengan kehendak murid-murid sebelum menyediakan bahan bantu
mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya harus memperbanyakkan bahan
bantu mengajar yang kreatif dan inovasi bagi memberi rangsangan kepada murid-murid
untuk memberi respons sekali gus menarik perhatian dan tumpuan mereka. Selain itu,
penggunaan bahan bantu mengajar dapat mengurangkan penerangan guru. Akhir sekali,
saya perlu sentiasa melihat masa dan mematuhi rancangan masa yang telah saya tetapkan.
Perkara ini akan mengurangkan saya memberi penenrangan yang mengambil masa yang
lama. Oleh itu, saya juga sentiasa peka terhadap pengurusan masa kerana ia
mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai