Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI JADI
MURID PRASEKOLAH 2017
(Januari - Julai)

TARIKH :
27 JULAI 2017
(KHAMIS)

MASA :
11.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT:
DEWAN MAKAN PRASEKOLAH,
SK BAGAN SERAI
KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN HARI JADI
MURID PRASEKOLAH (JANUARI JULAI) 2017

1.0 PENDAHULUAN

Program Sambutan Hari Jadi murid prasekolah merupakan aktiviti tahunan di Prasekolah
SK Bagan Serai. Program ini bertujuan memberi penghargaan kepada murid murid
prasekolah yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka yang ke-6 dan ke-5 pada
bulan Januari sehingga Julai. Program ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan dan
kasih sayang kepada murid-murid prasekolah serta sekaligus menjadi penyuntik
semangat untuk mereka terus berusaha mencapai cita-cita.

2.0 RASIONAL

1. Memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah


2. Menjalinkan hubungan baik antara guru dan ibu bapa

3.0 OBJEKTIF

1. Menjalinkan hubungan erat di antara murid-murid prasekolah, guru dan PPM.


2. Memberi kefahaman kepada murid tentang konsep umur dan angka.
3. Memberi pendedahan kepada murid prasekolah suasana sambutan hari lahir.
4. Membina kekuatan dan keyakinan murid dengan dorongan dan sokongan dari guru-
guru.

4.0 PERINCIAN PROGRAM

Tarikh : 27 Julai 2017


Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Makan Prasekolah, SK Bagan Serai
5.0 KUMPULAN SASARAN

1) Orang murid prasekolah yang menyambut hari jadi pada bulan Januari - Julai
2) Murid prasekolah yang lain
3) Guru prasekolah
4) PPM Prasekolah

6.0 TENTATIF PROGRAM

Aturcara Majlis
10.45 - Murid-murid berkumpul di Dewan Makan
11.00 - Kata aluan guru prasekolah
11.10 - Bacaan doa
11.15 - Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi
Acara memotong kek dan jamuan makan
11.45 - Penyampaian hadiah hari jadi kepada murid
12.00 - Majlis bersurai

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Fatimah binti Hashim


Pengerusi : En. Shahidan bin Yusof
Setiausaha : Pn. Anis Ayuni binti Mohmad
Bendahari : Pn. Nor Azlina binti Ahmad

Senarai Ahli Jawatankuasa Kerja:


Persiapan Tempat : Pn. Nor Azlina binti Ahmad
Persiapan Makanan dan Minuman : Pn. Norizewana binti Safion Amin
: Pn. Noor Asimah binti Ismail
Jemputan : Pn. Nor Azlina binti Ahmad
: Pn. Anis Ayuni binti Mohmad
Kebersihan : Semua guru, PPM dan murid prasekolah
Fotografi dan Dokumentasi : Pn. Anis Ayuni binti Mohmad
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA /
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH CATATAN
UNIT
Sumbangan
1. Kek hari jadi 2 RM 50.00 RM 100.00
ibu bapa

JUMLAH KESELURUHAN RM100.00

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ringgit
Sahaja). Pembiayaan program ini ialah daripada sumbangan ibu bapa prasekolah.

9.0 PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya Prasekolah SK Bagan Serai,
berharap murid-murid akan berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan yang
diberikan kepada mereka. Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang
tahu menghargai dan mensyukuri nikmat yang diberikan kepada mereka serta tahu
berterima kasih kepada orang lain.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:

.. .
Anis Ayuni binti Mohmad Pn. Fatimah binti Hashim
Guru Prasekolah, Guru Besar,
SK Bagan Serai. SK Bagan Serai.

Anda mungkin juga menyukai