Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Hj Awang Jamil Bin AG Puteh,

Yang diPertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kepayan, diiringi,
Yang Berusaha Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kepayan,
barisan Guru Penolong Kanan dan semua guru SK.Kepayan. Berikan tepukan yang
gemuruh untuk para pendidik kita.

(Setelah pegawai perasmi dan barisan pentadbir berada di kerusi VIP)

Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku,


Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah.

(Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah)


Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil Bin AG Puteh, Yang diPertua Persatuan
Ibubapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Kepayan Yang Berusaha Puan Sabariah Hj
Haris, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kepayan,

Yang dihormati Puan Norlianah Tantu, Penolong Kanan Kurikulum,


Puan Rokiah Hj Abdul Ghani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Mursidi bin Endera, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Jumisa Hj Nusu, Penolong Kanan Petang
Puan Siti Rahmah Hassan, Penyelaras Sambutan Hari Guru SK.Kepayan, 2017
Guru-guru, AJK PIBG, para ibubapa, seterusnya yang dikasihi murid-murid sekalian.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk
kita sama-sama berkumpul di Dewan Jame Alip ini bagi meraikan Sambutan Hari Guru
peringkat sekolah bagi tahun 2017.

Selasih mekar di tengah desa


Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar
cikgu..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad
serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan
sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
BACAAN BACAAN DOA
Hadirin dan hadirat sekalian,

Senyum cikgu, senyum tersirat


menabur jasa, mencurah bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh Al Fadhil Ustaz Jafri bin Mohd Noor. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Jafri bin
Mohd Noor atas bacaan doa itu tadi.

Ya Allah, kau berilah rahmat


kepada guru yang kami sayangi
semoga hidupnya sentiasa selamat
harum jasanya mekar mewangi

(Ucapan Wakil Murid)


Sidang Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini kita mulakan
dengan menjemput adik _____________________________, wakil murid SK.Kepayan,
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan wakil murid sebentar tadi.

Kain batik cantik berseri


Dibawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
Keikhlasan guru menyentuh jiwa

(Perutusan Hari Guru)


Seterusnya, majlis menjemput Puan Sabariah Hj Haris, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kepayan untuk membacakan teks Perutusan Hari Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sabariah Hj Haris atas ucapan sebentar tadi.
(Ucapan Perasmi)
Hadirin sekalian, seterusnya majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Awang Jamil bin AG Puteh, Yang diPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Kepayan,
2017.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Awang
Jamil bin Ag Puteh atas ucapan perasmian sebentar tadi.

(Gimik Perasmian)

(Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian Kami Guru Malaysia, 1 Agenda 1 Impian dan Guru
Pembina Negara Bangsa)

Pegang kaca harus beringat


Mimbang terluka susah nanti
Ikrar dibaca penuh semangat
Janji terpateri disudut hati

Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian lagu Kami
Guru Malaysia, 1 Agenda 1 Impian dan Guru Pembina Negara Bangsa. Untuk itu dijemput
semua guru naik ke atas pentas. Demikianlah tadi bacaan ikrar dan nyayian beberapa
buah lagu daripada guru-guru yang kita sayangi.

Anda mungkin juga menyukai