Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

MARY, SIBU

MINIT MESYUARAT DISIPLIN BIL 1/ (2017)

Tarikh : 14 Januari 2017 (Isnin)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK ST.MARY

Pengerusi : En. Richard Anok Jalom

Naib Pengerusi :Pn. Zainab bT Hamid

Kehadiran(Bilangan) : 17 Orang
1. En. Richard Anok Jalom (GB)
2. Pn. Zainab bT Hamid (PK Hem)
3. Pn . Cornillia Bt Apin (PK1)
4. En.Roslan Putit (PKKK)
5. En.Nicholas Gamul (Ketua Guru Displin)
6. En.Andy kong Sin Yu (Pen. Guru Displin)
7. Cik Ling Tung Sieng (Setiausaha)
7. Pn. Nancy Juna (Guru kelas Tahun 1A)
8. Pn. Norolhidayah Bt Zaidi (Guru kelas Tahun 1B)
9. Pn.Nur Syafiqah Abdullah (Guru kelas Tahun 2)
10. Pn. Hanita (Guru kelas Tahun 3A)
11. Pn. Dorita Mowe(Guru kelas Tahun 3B)
12. En.Mohd Akmal (Guru kelas Tahun 4B)
13. Pn kiu Kai ling (Guru kelas Tahun 4A)
14. Cik Ling tung Sieng (Guru kelas Tahun 5A)
15. Pn. Beatrice Cynthia (Guru kelas Tahun 5A)
16. Pn.Yong Wei huei(Guru kelas Tahun 6A)
17. Cik Khadijah Taha (Guru kelas Tahun 6B)

Turut Hadir (Jika ada) : -

1.0 ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalu-
alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana
disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula
dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada
disiplin murid sepenuhnya.
1.3 Beliau menyatakan guru adalah rol model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri. Segala
tindakan guru menjadi contoh kepada murid.
Tindakan : Makluman semua ahli

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Pengesahan Minit Mesyuarat
Cadangan: Pn.Kiu Kai Ling
Sokongan: Cik Khadijah Taha

3.0 Perkara Berbangkit


Tiada perkara berbangkit.

3.1 PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

3.1 Lantikan Pengawas Sesi 2017


3.2 Murid tahap 2 yang terpilih akan dipilih untuk menjalani sesi percubaan selama
sebulan sebelum dilantik menjadi pengawas sesi 2017.
3.2 Kriteria pengawas dipilih berdasarkan tingkahlaku serta pencapaian akademik
yang disyorkan oleh guru kelas masing-masing.

Tindakan : Lembaga Displin Sekolah


4.0 Pemantauan Murid Lewat
4.1.1 Buku Log Disiplin dikendalikan oleh pengawas dan juga pengawal
keselamatan.
4.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap murid
yang datang lambat dengan melakukan kerja amal

Tindakan : Pengawas dan guru disiplin

5.0 Pemantauan Disiplin Semasa Pengajaran dan Pembelajaran


5.1.1 Buku Log Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran masih diguna pakai pada
tahun ini. Buku tersebut akan diserahkan kepada guru kelas untuk diambil
tindakan.
5.1.2 Guru dikehendaki mencatat sebarang salah laku disiplin murid di dalam kelas
berserta tindakan yang diambil.

Tindakan : Guru disiplin dan semua guru


6.0 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah
6.1.1 Pn. Zainab Bt Hamid meminta kepada guru-guru agar mengenal pasti mana-
mana murid yang melakukan kesalahan disiplin berulang kali supaya dihantar ke
Unit Bimbingan dan kaunseling.
6.1.2 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga juga perlu diberikan.

Tindakan : Guru disiplin dan guru kaunseling

7.0 Pemantauan Kes Ponteng Sekolah


7.1.1 Guru yang bertanggungjawab membuat analisis kehadiran bulanan sekolah
hendaklah mengenal pasti murid ponteng.
7.1.2 Tindakan nasihat, amaran, kaunseling dan pemberitahuan ibu bapa / penjaga
perlu diambil terhadap murid yang kerap kali ponteng sekolah, atau ponteng
berturut.
Tindakan : Guru Disiplin

8.0 SSDM
8.1 Rekod disiplin murid perlu dimasukkan ke laman web SSDM online . Analisis disiplin
tersebut perlu dicetak setiap bulan.
Tindakan : Guru Disiplin

9.0 PENGHANTARAN REKOD KEHADIRAN MURID


9.1 Guru-guru kelas ataupun guru mata pelajaran waktu pertama perlulah menghantar
rekod kehadiran kelas setiap hari sebelum 8.30 pagi
9.2 Rekod kehadiran perlu dimasukkan ke web APDM setiap hari selewat-lewatnya 8.30
pagi.

Tindakan : Guru kelas dan guru mata pelajaran pertama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(LING TUNG SIENG) (ZAINAB BT HAMID)


Setiausaha, PK Hem
Lembaga Displin Sk St. Mary
Sk St. Mary

Anda mungkin juga menyukai