Anda di halaman 1dari 2

Sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi bahawa hutan merupakan khazanah alam yang amat

tinggi nilainya.Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan
negara.Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati
pada waktu ini.Macapada,hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan
masyarakat pada zaman ini.Mereka hanya melakukan sesuatu tindakan berlandaskan hawa nafsu
bukannya berlandaskan fikiran sedangkan mereka mengetahui kesan tindakan mereka terhadap
generasi pada masa hadapan.Oleh sebab itu,semua pihak haruslah berganding bahu bagi
memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Antara kepentingan hutan ialah dapat mengekalkan habitat flora dan fauna.Kepelbagaiaan
sepesis flora dan fauna di hutan menjadikan ekosistem lebih terkawal.Flora dan fauna merupakan
sumber makanan kepada kehidupan kita.Sekiranya flora dan fauna musnah,hidupan haiwan dan
tumbuhan akan terhapus.Di samping itu,huta merupakan sumber makanan kepada hidupan
liar.Sekiranya haiwan kehilangan sumber makanan,kita juga akan kehilangan makanan kerana
sumber protien kita ialah daging binatang yang terdapat dalam hutan.Hal ini kerana,tumbuhan yang
terdapat dalam hutan seperti senduduk,pokok kapal terbang dan sebagainya menjadi sumber
makanan haiwan.Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada flora dan fauna.Tanpa
habitat yang seimbang,proses tumbesaran pastinya kan terjejas.

selain itu,menjadi kawasan tadahan air.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan
dalam rutin harian kita.Sekirannya hutan semakin pupus,kita akan kehilangan kawasan tadahan
air.Kwasan hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan
air.Akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air.Air akan mengalir ke permukaan sungai-sungai
utama.Dengan itu,ia dapat memastikan bekalan air di negara kita tidak terputu sepanjang
tahun.Aktiviti pembalakan harus dikawal agar kita tidak kehilangan kawasan tadahan air yang amat
berkualiti.Sekiranya kawasan tadahan ini tidak dijaga,ia akan mengakibatkan banjir kilat secara tidak
langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia.

selanjutnya,menjadi sumber bahan perubatan tradisional. Kita sering mendengar di kaca


televisian tentang Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.Dua herba ini antara beribu jenis tumbuhan yang
dapat merawat penyakit melalui perubatan tradisional.Disebabkan khasiatnya yang tinggi,pokok ini
mendapat permintaan yang menggalakkan.Tambahan pula,pokok ini selamat digunakan kerana tiada
bahan kimia yang berbahaya.Ubat anti-malaria dan kuini kebanyakan daripada tumbuhan hutan
tropika yang mengandungi nilai perubatan terutama daropada bahagian batang,akar serta
pucuknya.Pemakanan bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuhan yang berbeza mengikut sifat
penyakit yang di ubati.Pada orang asli tongkat ali digunakan bahagian kulit akar mengubati demam
cacar.

Disamping itu,menjadi sumber pendapatan negara.Hal ini kerana pihak kerajaan menubuhkan
kawasan eko-pelancongan.Lazimnya,terdapat air sungai yang mengalir jernih dan air terjun yang
menderu.keindaha ini akan menjadi daya tarikan yang mampu memikat hati pengunjunguntuk
bertandang ke sini.Misalnya,Taman Negara Pahang amat sesuai bagi pelancong asing mahupun
domestik untuk melapangkan fikiran.Kata orang ''jauh perjalanan,luas pemandangan''.Hutan juga
dapat menjana pendatan melalui kegiatan eksport kayu-kayan belian yang berharga mendapat
pasaran yang tinggi di persada antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara
meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi
dengan negara lain.

Selain itu,hutan juga dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi.Hali ini kerana hanya
hutan sahaja yang boleh menjalankan proses fotosintesis.Proses fotosintesis amat penting dalam
kehidupan masyarakat dalam memastikan purata suhu di negara kita tidak meningkat kerana kesan
rumah hijau boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat.Sekiranya hutan
ditebang,bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan dan menyebabkan peratus karbon dioksida
bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Natijahnya,kita akan mengalami El-Nini
sedangkan kedudukan negara kita terletak di garisan khatulistiwa.Secara faktanya,negara kita
mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun tetapi kenapa kita ingin negara kita
mengalami kemarau yang berpanjangan.Oleh yang demikian masyarakat yang bersikap materialistik
hendaklah mengikis sikap tamak dalam sanubari mereka itu kerana anjakan paradigma.
Kesimpulanya,semua pihak haruslah berganding bahu dalam memastikan pemeliharaan dan
pemuliharaan hutan. Hargailah hutan kerana hutan merupakn khazanah yang amat bernilai.Oleh
sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang kaya dengan hutan dan
dikelilingi dengan hutan malar hijau.Marilah kita memelihara hutan di negara ini sebelum terlambat
kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi .

617 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai