Anda di halaman 1dari 1

Perkhidmatan audilogis, jurupulih pertuturan dan penterjemah kepada bermasalah pendengaran.

Audiologis ialah professional yang bertauliah yang terlibat dalam pencegahan , pengenalpastian,
penilaian dan pengurusan individu-individu yang mengalami masalah pendengaran. Kelazimannya
pakar audiologis ini bekerja di hospital atau pusat perubatan, sekolah, industri, Pusat intervensi
awal, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Universiti dan juga di Pusat Audiologi persendirian.

Bidang tugas dan peranan seorang audiologis antaranya ialah memberikan perkhidmatan saringan
pendengaran pada neonat, bayi dan kanak-kanak. Pakar audiologi akan mendiagnosis masalah
pendengaran pada kanak-kanak dan mengenal pasti kehilangan pendengaran kanak-kanak pada
setiap peringkat yang berbeza. Ini termasuk mendiagnosis serta ujian pendengaran ke atas bayi yang
baru dilahirkan serta kanak-kanak. Audiologis akan membekalkan terapi pendengaran serta
memakaikan alat bantu pendengaran yang sesuai dengan kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran.

Anda mungkin juga menyukai