Anda di halaman 1dari 15

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

bahasa malaysia

TEMA Kemasyarakatan
TAHUN 4 Cendikiawan
TAJUK Cerianya Tamanku
MASA 8.00 pagi 9.00 pagi
2.2.3 Membaca dan
memahami ayat yang
STANDARD mengandungi perkataan
berimbuhan apitan
PEMBELAJARAN
daripada pelbagai sumber
dengan sebutan yang betul.
Pada akhir pengajaran,
murid dapat
i. Membaca dan menyebut
perkataan berimbuhan
apitan dalam ayat
OBJEKTIF dengan sebutan yang
betul.

ii. Membina ayat dengan


perkataan berimbuhan
apitan dengan betul.
1. Murid-murid
ditunjukkan beberapa
keping gambar orang
sedang bergotong-
royong .
2. Murid-murid dan guru
bersoaljawab
berkaitan dengan
gambar yang
ditunjukkan.
Seterusnya, guru
menghubungkaitkan
gambar dengan tajuk
pelajaran. (Lampiran 1)
AKTIVITI 3. Murid membaca teks
secara senyap dengan
menggunakan teknik
bacaan mentalis.
(Lampiran 2)
4..Murid membaca
dengan sebutan yang
betul pada petikan
yang disediakan secara
kelas dan
berpasangan (mekanis)
serta dibimbing oleh
guru.

4.Murid dibimbing untuk


mengenal pasti dan
menggarisi perkataan
berimbuhan apitan di
dalam petikan.
Contoh : disertai

5.Murid membaca
perkataan berimbuhan
apitan dengan sebutan
yang betul.

6.Murid-murid dipamerkan
beberapa kad ayat dan
meminta murid membaca
kuat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dalam
kumpulan. ( Lampiran 3)
7. Murid- murid membina
ayat secara lisan
dengan menggunakan
perkataan berimbuhan
apitan dengan betul.
( Lampiran 3)

8. Murid membina ayat


secara bertulis dalam
lembaran kerja.
(Lampiran 4)

I THINK : Peta Bulatan


LINUS :membaca perkataan
berimbuhan apitan dengan
bimbingan guru.
PENGISIAN ILMU : Moral, Kajian
KURIKULUM Tempatan
NILAI : Bekerjasama, rajin
EMK : TMK
KB : Menjana idea
BCB :Bacaan intensif
BAHAN BANTU Petikan, Lembaran
BELAJAR kerja,gambar, kad ayat

PENILAIAN Murid dapat membaca


PENGAJARAN dengan sebutan dan
DAN intonasi yang betul.
PEMBELAJARAN
/ PENTAKSIRAN
i)25 daripada 30 orang
murid dapat membaca dan
menyebut perkataan
berimbuhan apitan dalam
REFLEKSI
ayat dengan sebutan yang
betul.
ii) Lima orang murid akan
diberi bimbingan.
iii)Murid yang telah
menguasai diberi latihan
pengayaan.

LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2

Cerianya Tamanku

Pada hari Sabtu lepas, penduduk Taman Golden View telah


mengadakan gotong-royong yang disertai oleh penduduk pelbagai
kaum. Mereka mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan perumahan mereka. Antara alatan yang digunakan ialah
penyapu, parang , kereta sorong, baldi, penyapu lidi, penyapu
longkang, pongkes dan pencakar.

Untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut, penduduk


taman telah sepakat untuk mengadakan kutipan derma. Wang yang
diperoleh akan digunakan untuk membeli peralatan yang diperlukan
dan mengadakan jamuan.

Kaum ibu menyediakan juadah makan tengahari untuk


penduduk taman yang menyertai aktiviti tersebut.Mereka
menyediakan mee jawa, laksa sarawak dan air durian belanda. Para
remaja sibuk membantu ibu bapa masing-masing seperti menarik
dahan-dahan pokok yang dipangkas, membuang sampah dan
membersihkan longkang.

Kini, kawasan taman perumahan mereka kelihatan bersih,


kemas dan ceria.Tidak ada lagi longgokan sampah, air bertakung dan
semak-samun. Gotong-royong telah mengeratkan siraturahim
penduduk Taman Golden View yang selama ini sibuk dengan tugas
masing-masing.
LAMPIRAN 3

KAD AYAT
BACA AYAT BERIKUT DENGAN SEBUTAN
DAN INTONASI YANG BETUL.

KAD 1

Mereka mengadakan gotong-royong


untuk membersihkan kawasan
perumahan mereka.
KAD 2

Wang yang diperoleh akan digunakan


untuk membeli peralatan yang
diperlukan dan mengadakan jamuan.
KAD 3

Kaum ibu menyediakan juadah makan


tengahari untuk penduduk taman yang
menyertai aktiviti tersebut.
KAD 4

Kini, kawasan taman perumahan


mereka kelihatan bersih, kemas dan
ceria.
KAD 5

Gotong-royong telah mengeratkan


siraturahim penduduk Taman Golden
View yang selama ini sibuk dengan
tugas masing-masing.
LAMPIRAN 4

Bina ayat menggunakan perkataan berimbuhan


apitan yang diberi.

1.mengadakan

2.peralatan

3.menyediakan

4.perumahan

5.mengeratkan
Peta bulatan

Bila?

Nilai

Gotong- Di
royong mana?
Mengapa?

Siapa?
AHLI KUMPULAN

KARTINI BT ROSNAH BT
SURAMAN (SK HASSAN (SK
ST JAMES PURUH KARU)
QUOP)
TIBAH AK
BIBIANA AK
SIGAN (SK ST
KAMBENG (SK
FRANCIS
PESANG
XAVIER
BEGU)
SERATAU)

HAJIJAH BT MARTINA AK
JUBLI (SK TAN JAGA (SK
SRI DATUK HJ SIBURAN
MOHAMED). BATU)
SITI ZULAIKHA CHEARY LIMEK
BT ABDULLAH (SK ST DAVID
(SK RANTAU BUMBOK)
PANJANG)

Anda mungkin juga menyukai