Anda di halaman 1dari 7

HARI SUKAN NEGARA 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 1


JALAN MIDAH 11, TAMAN MIDAH
56000, CHERAS
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH
2017

TEMPAT :
SK TAMAN MIDAH

TARIKH / HARI :
14 OKTOBER 2017 (Sabtu)

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SKTM
HARI SUKAN NEGARA 2017

1.0 PENGENALAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara akan disambut pada
Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara yang akan
diadakan pada tahun ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan menjadikan sukan sebagai satu
budaya hidup yang dijangka mampu menarik penyertaan rakyat Malaysia di seluruh negara.
Pelbagai aktiviti sukan dan riadah harus diadakan untuk setiap lapisan masyarakat. Hari Sukan
Negara juga merupakan satu agenda penting bagi rakyat Malaysia untuk membina asas ke arah
negara bersukan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.

2.0 MATLAMAT

Melalui program Hari Sukan Negara yang dilaksanakan di peringkat sekolah ini akan
merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan dan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa
mengamalkan sukan dan riadah sebagai satu budaya hidup. Program ini juga diharapkan dapat
memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah yang terlibat bahawa gaya hidup sihat
dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini yang menjadi penyebab
kepada penyakit jantung, kencing manis dan juga darah tinggi.

Generasi kini semakin melupakan permainan tradisional. Hal ini disebabkan kurangnya
pendedahan yang diberikan kepada mereka, di samping wujudnya permainan interaktif yang
mudah diperoleh melalui hujung jari sahaja. Perkara tersebut secara tidak langsung
mengundang pelbagai risiko yang akan memudaratkan masa depan generasi Y. Justeru, karnival
ini diadakan bagi membantu generasi Y mengenali dan memahami keseronokan bermain
pelbagai permainan tradisional yang dapat membantu mereka kekal sihat dan cergas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan murid dan guru aktif dalam aktiviti sukan dengan tujuan melahirkan

warga sekolah yang cerdas.


HARI SUKAN NEGARA 2017

3.2 Menanam dan memupuk kesedaran secara mendalam kepada murid dan guru bahawa
sukan sebagai unsur menjana kesihatan secara berterusan dan menjadikan sukan
sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

3.4 Membantu murid mengenali jenis-jenis permainan tradisional yang mudah dimainkan di
pelbagai kawasan.

3.3 Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluas pergaulan dan memupuk interaksi yang
sihat di kalangan warga sekolah kearah melahirkan satu bangsa dan negara yang teguh
melalui aktiviti sukan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Warga SK Taman Midah (1)


4.2 PIBG
4.3 Ibu bapa / Penjaga

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 14 Oktober 2017 (Sabtu)

Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Taman Midah (1)

Masa : 7.30 pagi 11.30 petang

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Perbincangan bersama GPK Kokurikulum dan Guru Besar .


6.2 Menyediakan kertas kerja.
6.3 Mengadakan mesyuarat dan taklimat.
6.4 Membentuk AJK beserta tugasan masing-masing.
6.5 Menghantar surat makluman dan jemputan kepada murid-murid yang terlibat.
6.6 Menjemput AJK dan YDP PIBG.
6.7 Pelaksanaan program.
HARI SUKAN NEGARA 2017

7.0 JAWATANKUASA INDUK

CARTA ORGANISASI
Penasihat : Puan Juriah Bt. Abd Jalil (Guru Besar)
Pengerusi : Encik Hairmee Bin Md.Noor (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi : Puan Jumawati Binti Othman (GPK Tadbir dan Kurikulum)
Puan Zurina Bt Abd Halim (GPK Hal Ehwal Murid)
Puan Norhaslinda Bt Baharudin (GPK Petang)

Setiausaha : Encik Mahadi Bin Taha

Pen. Setiausaha : Encik Bakri Bin Ibrahim

JAWATANKUASA KERJA

Pendaftaran
Pn. Nor Hani Bt. Hashim (K)
Cik Aida Sakira
Cik Shahrul Malihah Bt. Alang Ahmad
Pn. Siti Zunaidah Bt. Ismail
Pn. Fauziah Bt. Ibrahim
Pn. Norshila Bt. Shafie

Juruacara
Pn. Suzilawati Bt. Ibrahim

Bacaan Doa
Ustaz Mohd Anuar B. Ismail

Senamrobik / Zumba
En. Amirul Asyraf Bin Baharuddin (K)
En. Mohd Awadie Bin Zakaria
En. Mohd Irwan Bin Miskob
Pn. YM Raja Nur Salma Bt. Raja Abu Bakar
Pn. Siti Norsuhaila Bt. Suhimi

Buku Program/Dokumentasi
Cik Nur Izyan Asilah Bt. Jafni (K)
Cik Nor Hidayah

Hadiah / Cenderamata
Pn. Junaida Bt. Ismail (K)
Pn. Siti Fatimah Azura Bt. Md. Yusuf
Pn. Siti Noraida Bt Abd Ghani
HARI SUKAN NEGARA 2017

Siaraya
En. Mohd Basri Bin Tan

Jurugambar
En. Rusti Bin Lenah

Banner/Banting
En. Syaiful Reedza B. Zulkifli

Penyediaan Tempat & Peralatan


En. Bakri Bin Ibrahim (K)
En. Mohd Syakir B. Sawal (Ketua B.Tampar)
En. Sazali Bin Mohamad (Ketua Dogeball)
Cik Aida Sakira (Ketua Baling Tin)
En. Mahadi Bin Taha
Cik Hemimah Bt. Mohamad

PENYELARAS PERMAINAN
STESEN 1 (BOLA TAMPAR)
En. Mohd Syakir B. Sawal (K)
En. Mohd Awadie Bin Zakaria
Pn. Nurmilia Bt Mohd Amin
Pn. Farah Hazeelah Bt Md Syukor
Pn. Fariza Bt. Eali
En. Mohd Syafie Bin Ismail

STESEN 2 (BALING TIN)


Cik Aida Sakira (K)
En. Zulkifli Bin Embong
Pn. Cik Norhayati bt Dahalan
Pn. Yuslina Bt. Yunus

STESEN 3 (DOGEBALL)
En. Mohd Sazali Bin Mohamad (K)
En. Syaiful Reedza Bin Zulkifli
En. Mohd Abu Bakar Bin Abu Seman
En. Mohd Redzuan Bin Mohd Azhar
Cik Hemimah Bt. Mohamad

Keselamatan/Kecemasan
Pn. Kogilah Bt. Subramaniam (K)
Pn. Hanum Bt. Mohd Subri

Disiplin/Kebersihan
En. Noor Affandy Bin Abd Aziz (K)
En. Faizol Bin Ismail
En. Asrul Nizam Bin Mamat
HARI SUKAN NEGARA 2017

Makanan /Minuman
Pn. Nur Adlina Bt. Adnan (K)
Pn. Rohaya Bt. Kassim
Pn. Hasmanita Bt. Omar
Pn. Norsyazrina Bt. Othman

8.0 TENTATIF

14 Oktober 2017 (Sabtu)

7.30 pagi : Pendaftaran


8.00 pagi : Nyanyian Negaraku
Nyanyian Lagu Wilayah
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmi

Senamrobik / Zumba
Permainanan
- Bola Tampar
- Baling Tin
- Dogeball

11.30 pagi : Penyampaian Hadiah, Jamuan Ringan & Bersurai

9.0 KEWANGAN

ANGGARAN PERBELANJAAN :

Bil Butiran Kos Jumlah ( RM )

1. Hadiah 9 x RM 50.00 RM 450.00

2. Makanan 350 x RM 1.50 RM 525.00

JUMLAH RM 975.00
HARI SUKAN NEGARA 2017

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang
disasarkan. Selain itu, seluruh warga sekolah dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti
sukan dan permainan yang telah dirancang, di samping dapat menyemaikan semangat untuk
membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.
Pelaksanaan sambutan Hari Sukan Negara di peringkat sekolah mampu melahirkan modal insan
yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhir sekali, sambutan Hari Sukan Negara ini penting untuk membina asas sebuah Negara
yang menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................. .....................................
(MAHADI BIN TAHA) (EN. HAIRMEE B. MOHD NOOR)
SETIAUSAHA PROGRAM GPK KOKURIKULUM

Disahkan oleh,

..........................
(PN. JURIAH BT. ABD JALIL)
GURU BESAR SKTM

Anda mungkin juga menyukai