Anda di halaman 1dari 2

APA ITU ENJIN CARIAN?

MAKLUMAT MUDAH
MENGENAINYA
written by Ciktom
Salam Sebelum ni ada beberapa blogger bertanyakan cik tom apa itu enjin carian dan apa
kegunaannya? Tak kurang juga yang bertanyakan bagaimana nak blog diorang tersenarai dalam enjin
carian. Contohnya bila taip je nama cik tom di search google akan terus keluar blog cik tom di laman
pertama Search Engine Result Page (SERP). Kalau blog itu kurang mesra atau tak senarai di enjin
carian berkemungkinan apabila search tiada dalam senarai carian atau mungkin di page ke 2,3 dan
seterusnya. Kebiasaannya blog yang mesra enjin carian akan terdapat di laman pertama SERP.

1. Apa Itu Enjin Carian


2. Contoh Enjin Carian
3. Bagaimana Enjin Carian Bekerja?
4. Bagaimana Penghasilan Indeks Berlaku?
5. Daftar URL Website/Blog

Apa Itu Enjin Carian?


Enjin carian adalah laman pengkalan data yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberi maklum
balas terhadap keyword (kata kunci) atau frasa yang dimasukkan ke dalam ruangan yang disediakan.
Maklum balas ini adalah hasil carian. Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP atau bahasa
melayunya hasil muka carian dalam enjin carian.

Contohnya bila cari keyword pada enjin carian resepi kek coklat mudah, entry Resepi Kek Coklat
Moist Moist Kukus Cara Mudah blog cik tom terdapat di first page SERP tapi kedudukan yang ke
9. Namun tak semua enjin carian adalah sama konsepnya. Sesetengah enjin carian hanya akan
mengindeks tajuk nama post sahaja manakala sesetengah lagi akan mengindeks kandungan
sesebuah post entry.

Contoh Enjin Carian


Sebenarnya, terdapat pelbagai contoh enjin carian dalam internet. Antara 3 contoh enjin carian yang
paling banyak digunakan dan disukai oleh ramai kerana mesra pengguna adalah Google, Yahoo dan
Bing.

Bagaimana Enjin Carian Bekerja?


Enjin carian bekerja dengan menghantar crawler (perayap) atau spider (labah-labah) untuk memasuki
senarai laman web yang ada di internet dan mengumpul segala maklumat berbentuk teks yang
terdapat dalam laman web. Perayap ini kemudiannya akan menghantar semula ke pelayan enjin
carian yang akan menyimpan data-data ini dan diproses.
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang
dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan
dan maklumat yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan
diindekskan ke dalam pangkalan data.

Nak mudah faham cuba imagine, seekor labah-labah (spider enjin carian) datang merayap-rayap ke
atas makanan korang (blog). Sudah tentu labah-labah ni akan merayap di segenap makanan dan
makan bahagian makanan disukai (maklumat dan isian blog). Segala makanan ini akan tersimpan ke
dalam perut dan diproses (pelayan enjin carian). Dah siap proses, segala makanan akan dikeluarkan
dalam bentuk najis (apabila saat diperlukan iaitu carian keyword dari enjin carian, segala data ini akan
diperlukan dan tersenarai dalam SERP). Sori najis tue saja nak bagi contoh yang mudah ye.

Bagaimana Penghasilan Indeks Berlaku?


Apabila pelayan menerima maklumat, ia akan membuat indeks berdasarkan sesebuah laman web.
Indeks adalah simpanan enjin carian tentang sesebuah laman web. Korang boleh periksa laman web
sudah diindekkan atau belum dengan menaip URL blog di enjin carian. Contoh yang blog cik tom
taip: www.ciktom.com pada enjin carian dan cari dimana kedudukannya.
Jika ada hasil carian (perkataan berkaitan dengan kandungan laman) bermaksud laman tue sudah
diindekskan dan akan muncul pada SERP. Jika tidak menemui laman web masing-masing pada muka
pertama SERP, jangan bimbang kerana berkemungkinan blog itu ada tersenarai dalam hasil carian
cuma berada di muka belakang iaitu ke 2, 3 dan seterusnya.

Daftar URL Website/ Blog


Jika kita mahu blog diindekskan oleh enjin carian, kita perlulah mendaftarkan alamat blog dalam
senarai enjin carian yang terdapat di internet. Ini bagi memudahkan lagi proses mengindeks blog
korang.

Contohnya, seperti kita nak masuk belajar di mana-mana sekolah atau IPT, kita perlulah mendaftar
segala maklumat mengenai diri kita sendiri terdahulu. Selepas mendaftar, barulah segala maklumat
kita tersenarai dalam rekod IPT tue. Apabila berlaku apa-apa, segala maklumat peribadi mengenai
kita akan senang dicari atau di indeks.

Korang faham tak penerangan yang cik tom sediakan? Kalau ada yang tersalah, sila perbetulkan ye.
Sebab segala penerangan ini diolah dari perkspektif cik tom dari sumber-sumber rujukan yang
berkaitan. Nantikan esok pukul 12.30 pm, cik tom dah set satu entry autopublish; Tutorial Cara Daftar
Blog Pada Enjin Carian.
Sumber: Bagaimana Enjin Carian Bekerja

Anda mungkin juga menyukai