Anda di halaman 1dari 4

Latihan Topikal KHB ERT Tingkatan 1 Bab 1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan

Jawab semua soalan dibawah:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi bengkel?


A Sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara pelajar dengan guru
B Sistem tugasan yang menyenaraikan tugas pelajar dan pembantu bengkel
C Cara-cara mengemas kini keadaan di dalam bengkel
D Sistem menyimpan alatan dengan kemas dan teratur

2. Pelajar yang dilantik sebagai ketua di bengkel dipanggil


A ketua bengkel
B ketua kelas
C formen
D pengawas bengkel

3. Apakah tujuan struktur organisasi bengkel?


A Membina nilai-nilai negatif kepada pelajar
B Memudahkan kemalangan berlaku di bengkel
C Memastikan bengkel dalam keadaan berselerak
D Memastikan kelengkapan bengkel sentiasa teratur

4. Apakah tugas utama formen di dalam bengkel?


A Memastikan pelajar menjalankan tugas mengikut jadual tugasan
B Memastikan pelajar tidak membuat bising
C Membuka dan menutup tingkap dan pintu bengkel
D Membersihkan lantai yang kotor

5. Susun langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api dengan betul.


I Keluarkan pin picu
II Tekan tuas rapat kepada pemegang supaya bahan pemadam dapat disemburkan
III Halakan muncung pemancut ke dasar api
IV Pegang alat pemadam api secara menegak
A I, II, III, IV
B I, IV, III, II
C III, IV, I, II
D II, III, IV, I

6. Antara berikut, yang manakah tidak termasuk dalam peraturan keselamatan diri?
A Memastikan alatan disimpan pada panel yang betul
B Dilarang bermain, makan dan minum semasa di dalam bengkel
C Memakai apron semasa melakukan kerja amali
D Mendapatkan kebenaran untuk menggunakan alatan elektrik

7. Jika kawan kamu terkena kejutan elektrik, langkah pertama yang perlu diambil ialah
A memberi rawatan kecemasan
B memberitahu guru
C mengalihkan kawan dengan bahan penebat
D menelefon ambulans

1
Latihan Topikal KHB ERT Tingkatan 1 Bab 1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan
8. Etika kerja yang manakah tidak sesuai diamalkan di bengkel?
A Menepati waktu
B Amanah
C Membuat kerja sambil lewa
D Patuh pada peraturan

9. Mengapakah pelajar perlu mengamalkan etika dan budaya kerja sejak di bangku sekolah?
A Supaya mereka dapat mendisiplinkan diri sewaktu memasuki alam pekerjaan
B Supaya mereka boleh mendapat ganjaran yang lebih tinggi
C Supaya mereka tidak ditipu oleh majikan
D Supaya mereka senang mendapat kerja

10. Semasa melakukan kerja menggerudi, apakah alat perlindungan yang perlu digunakan?
A Sarung tangan
B Penutup telinga
C Gogal
D Mask

11. Antara berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk mencuci luka?
A Antiseptik
B Antibiotik
C Air sabun
D Antibodi

12. Antara berikut, keadaan yang manakah boleh menyebabkan kejutan elektrik?
I Mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang kering
II Memakai kasut bertapak getah yang kering
III Menggunakan alatan elektrik di lantai yang basah
IV Menyambung beberapa peralatan ke satu soket elektrik
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
13. Apakah etika kerja yang harus diamalkan oleh pelajar semasa di bengkel?
A Melakukan sebarang tugas walaupun tidak terdapat dalam jadual bertugas
B Menyimpan alatan tangan dan bahan yang berlebihan tanpa pengetahuan guru
C Mematuhi peraturan yang diamalkan oleh sekolah
D Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan diri sendiri

14. Etika kerja adalah merangkumi


I bertanggungjawab
II menepati waktu
III peradaban
IV bekerjasama
A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

15. Antara berikut, yang manakah bukan contoh budaya kerja yang baik?
A Meninggalkan bengkel sebaik sahaja habis kerja tanpa membersihkan bengkel
B Formen yang bertanggungjawab memeriksa peralatan

2
Latihan Topikal KHB ERT Tingkatan 1 Bab 1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan
C Beratur ketika memasuki bengkel
D Mengucap salam kepada guru sebelum memulakan kerja

16. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya kerja?


A Amalan budaya seperti kreatif dan inovatif
B Cara peradaban yang diamalkan oleh semua pekerja di organisasi
C Disiplin dan sikap individu terhadap kerja
D Amalan kekeluargaan yang dipupuk antara guru, rakan dan anggota masyarakat

17. Langkah keselamatan yang harus diamalkan semasa menggunakan alatan elektrik adalah
A tidak menggunakan alatan elektrik yang wayarnya sudah rosak
B meletakkan beberapa beban pada satu soket
C membersihkan tangan sebelum menggunakan alatan elektrik
D membuka suis dan membuat penyesuaian

18. Lengkapkan struktur organisasi bengkel seperti di bawah:

19. Senaraikan lima faktor utama reka bentuk.

i. .
ii. .
iii. .
iv. .
v. .

3
Latihan Topikal KHB ERT Tingkatan 1 Bab 1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan

20. Lengkapkan jadual berikut:

Anda mungkin juga menyukai