Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH KEMUNCULAN KERETA

Sejarah penciptaan kereta dimulakan oleh orang Itali yang mana mereka dari dulu
lagi mencari alternatif untuk bergerak ke sesuatu tempat dengan mudah, cepat, dan
menjimatkan masa serta tenaga.Guido Da vigevano (1335) memulakan penciptaan
kereta dan diikuti oleh Vanturio dengan rekaan yang sama. Seterusnya Leonardo Da
Vinci meneruskan penciptaan dengan rekabentuk yang lebih menarik dan
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti stering yang lebih efisyen, dan roda belakang
yang mempunyai mekanisma yang berbeza antara satu sama lain. Pada 1712, enjin
berkuasa stim yang pertama telah dicipta oleh Thomas Newcomen dan diikuti pula
oleh James Watt (1765) dengan enjim stim yang lebih baik dari Thomas.

Dan pada akhirnya pada tahun 1769, Nicholas Joseph Cugnot telah berjaya mencipta
kereta yang menggunakan tenaga sendiri. Pada tahun 1803,perkembangan
pembuatan kereta banyak berlaku di England. Mereka mula belajar menggunakan
kereta tanpa landasan.Seterusnya Etenne Lenior (1860) mencipta enjin menggunakan
gas yang pertama di Paris. Enjin tersebut mempunyai setengah kuasa kuda. Pada
tahun 1868, Siegfried Marcus mencipta kereta berkuasa gas dan mempamerkannya di
Vienna Exihibition pada tahun 1873. Kereta berkuasa gas kedua telah direka oleh
Strassen Wagen menggunakan 3/4 kuasa kuda dan berkuasa kira-kira 600 r.p.m.

Kereta stim yang lebih baik telah dihasilkan oleh Dr. J.W. Carhart (profesor fizik di
Wisconsim State University), dan J.I. Case Company telah mencipta kereta stim.Pada
September1893, kereta oleh Charles dan Frank Duryea (adik-beradik) telah mencipta
kereta berkuasa gasolin yang pertama di Amerika. Kereta tersebut mula bergerak di
jalan raya pada 21 September 1893 di Springfield MA. Kereta ini dilengkapi dengan
empat kuasa kuda, dan enjin gasolin satu silinder.

Henry Ford pula telah mereka kereta yang lebih baik dari yang sebelumnya dan
kereta tersebut mula bergerak pada 1893. Pada akhir tahun tersebut, Ford telah
menjual kereta pertamanya yang dipanggil Quadracycle dengan harga $200 dan
menggunakan wang tersebut untuk membuat kereta yang lain.

Ransom Eli Olds telah memulakan penciptaan kereta berkuasa petrol yang pertama
dan mula bergerak pada 1896. Selepas itu, syarikat Curved Dash Oldsmobile telah
mengeluarkan kereta berenjin petrol satu silinder yang lebih baik. Syarikat tersebut
menjual keretanya dengan harga $650 seunit. Penjualan kereta tersebut telah
meningkat dari tahun ke setahun. Rolls Royce Silver Ghost (1906) merupakan kereta
yang paling canggih sekitar tahun tersebut. Ia mempunyai enjin enam silinder dan
pengeluarannya kekal sehingga tahun 1925.
Begitulah seterusnya, pengeluaran kereta mula meningkat dengan penambahan
teknologi yang terbaru dan lebih canggih, sehinggalah sekarang kita dapat melihat
sendiri kereta-kereta yang cantik dan berteknologi tinggi bergerak diatas jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai