Anda di halaman 1dari 4

Gambar di bawah adalah antara soalan-soalannya:

(a) Soalan bagi kotak bernombor dari 1 hingga 25 (aras kesukaran: rendah)

Bagi soalan ini, murid dikehendaki memilih huruf pada bahagian kiri untuk
membentuk perkataan yang betul dengan menulisnya pada kotak yang disediakan.
ini ditanyakan dalam bentuk soalan KV+KV untuk membentuk perkataan yang
mudah.

Bagi soalan ini, murid dikehendaki menyusun dengan menyorong kertas huruf
membentuk perkataan yang betul kerana soalan yang diberikan kertas hurufnya
disusun secara rawak.
(b) Soalan bagi kotak bernombor dari 26 hingga 50 (aras kesukaran:
sederhana/tinggi)

Soalan ini, murid dikehendaki memilih huruf pada bahagian kiri untuk membentuk
perkataan yang betul dengan menulisnya pada kotak yang disediakan. ini ditanyakan
dalam bentuk soalan KV+KVK, iaitu sedikit sukar berbanding KV+KV.

Bagi soalan ini, murid dikehendaki menyusun dan menampal gambar berdasarkan
perkataan di bawah gambar tersebut. Ini disebabkan gambar dan perkataan di
bawahnya disusun secara rawak dan salah. Bagi melekatkannya dengan kemas,
double tape ditampal di belakang gambar pada hujung kanan sahaja. Jadi, murid
dapat tengok gambar tersebut dan menyelaknya ke atas untuk melihat pula
perkataan di bawahnya. Murid sudah dianggap berjaya jika memadankan 3
perkataan dengan betul.

(c) Soalan bagi kotak bernombor dari 51 hingga 64 (aras kesukaran:


sederhana/tinggi)

Bagi soalan ini, murid dikehendaki memilih huruf di bahagian kiri untuk diisi ke dalam
kotak. Bagi perkataan yang agak sukar, contohnya kucing iaitu KV + KVKK, guru
memberi petunjuk dengan meletakkan huruf sedia ada bagi membantu murid
menyelesaikannya.
Bagi soalan ini, murid dikehendaki menarik atau menolak kertas tersebut ke atas
dan ke bawah untuk membentuk perkataan yang betul.

Bagi soalan ini, murid dikehendaki menyusun dan menampal gambar berdasarkan
perkataan di bawah gambar tersebut. Ini disebabkan gambar dan perkataan di
bawahnya disusun secara rawak dan salah. Bagi melekatkannya dengan kemas,
double tape ditampal di belakang gambar pada hujung kanan sahaja. Jadi, murid
dapat tengok gambar tersebut dan menyelaknya ke atas untuk melihat pula
perkataan di bawahnya. Kebanyakan perkataan masih lagi dengan KV+KV dan
KV+KVK, namun terdapat perkataan pisang yang agak sukar dieja yang dikaitkan
dengan KV+KVKK

Anda mungkin juga menyukai