Anda di halaman 1dari 20

Pendidikan Islam

IBADAH

PERKAHWINAN DALAM ISLAM

m/s 89-94
Isi kandungan
1. Konsep perkahwinan dalam Islam
2. Pengertian perkahwinan
3. Hukum perkahwinan
4. Galakan berkahwin dalam Islam
5. Hikmah Perkahwinan
6. Implikasi perkahwinan yang tidak mengikut
undang-undang Islam
Konsep Perkahwinan dalam Islam
Secara fitrahnya manusia memerlukan
pasangan dan hidup berkeluarga serta
mempunyai anak.
Apabila berkahwin lelaki sebagai suami
menjalankan tanggungjawab memberi nafkah
kepada isteri dan anak-anak.
Isteri = Membantu mendidik anak-anak dan
mengurus rumahtangga.
Kerjasama antara suami dan isteri akan
mengukuhkan ikatan dan perasaan kasih
sayang yang menjadi matlamat perkahwinan.
Q : Apakah asas kebahagian dalam rumah
tangga/ kehidupan?
A : 1)Mawaddah = Kasih Sayang dan Belas
kasihan

2) Muasyarah bil Maruf = Pergaulan yang


baik
yy_u $ys9) (#3tFj9 %[`ur& 3r& i /3s9 t,n=y{ r& Gt#u u

t3xtGt 5s)j9 ;MtU y79s ) 4 ymuu Zu 6ut/


21. antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, Bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang Yang berfikir.

Surah Al-Rum: 21m/s89


Pengertian Perkahwinan
Dari segi bahasa : himpun @ cantum
Dari segi istilah :
Akad yang menggunakan lafaz
nikah atau bahasa-bahasa lain
yang membawa makna nikah yang
menghalalkan lelaki dan
perempuan melakukan
persetubuhan
Hukum Perkahwinan
Hukum Keterangan

Harus Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin


dan tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin

Wajib Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat
tubuh badan, serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak
dapat mengawal nafsu
Sunat Orang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh
badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri
terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap
pasangannya.
Makruh Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan
untuk berkahwin

Haram Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin
atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya
Galakan berkahwin dalam Islam
Islam menggalakkan umatnya berumahtangga.
Kenapa ? Orang yang mendirikan
rumahtangga akan dikurniakan rezeki.

) 4 4 6
6!$t!$t))uu //..$t6$t6tst=
s9$#=u39$#u 4y3tF{ $# (#4sy3trF{&u$# (#s3r&u

=t u=!
t $#u 3 u&#!s$#u3 !&#$#su!#!
ts)$# (#3t u!#)ts) (#3t
Dan kahwinkanlah orang yang belum berkahwin di kalangan kamu, dan yang layak
(berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberi kekayaan kepada mereka daripada kurniannya kerana Allah Maha Luas
(kurnianNya lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Nur:32) m/s92
Perkahwinan juga menjauhkan seseorang itu
daripada maksiat. Ini dijelaskan di dalam hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud :

Wahai pemuda! Sesiapa yang berkemampuan


di kalangan kamu menyediakan belanja kahwin,
maka hendaklah berkahwin kerana kahwin itu
dapat menutup pandangan (daripada melihat
maksiat) dan memelihara kemaluan(daripada
melakukan zina) Sesiapa yang tidak mampu,
maka hendaklah berpuasa. Sesungguhnya puasa
itu dapat mengurangkan hawa nafsu.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
JELASKAN HIKMAH PERKAHWINAN
DALAM ISLAM
1. Menjamin kesihatan
Perkahwinan dapat menjauhkan diri
daripada maksiat terutama jenayah
zina yang boleh menyebabkan
penyakit seperti aids dan sifilis.
Penyakit ini menjejaskan kesihatan
dan memusnahkan kehidupan
2. Memupuk kasih sayang
Perkahwinan diikat oleh rasa tanggungjawab
bersama suami isteri. Dengan itu terjalinlah
kasih sayang sesama mereka.
3. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
Perasaan kasih sayang dan hubungan seksual
yang menjadi fitrah manusia dapat disalurkan
melalui jalan yang halal.
4. Menjalin Silaturahim
Perkahwinan dapat menghubungkan
persaudaraan antara pihak lelaki dan
perempuan, serta merapatkan hubungan
antara masyarakat. Ikatan perkahwinan boleh
berlaku tanpa mengira bangsa dan negara.
5. Memberi ketenteraman kepada suami dan
isteri.
Perkahwinan merupakan perkongsian hidup
antara suami isteri. Kesenangan dan
kesusahan akan dihadapi bersama. Zuriat yang
dihasilkan melalui ikatan perkahwinan
memberi ketenteraman dan keceriaan kepada
mereka.
Hikmah perkahwinan yang lain :
Mendapat zuriat yang sah dan soleh
Suami isteri dapat menunaikan
tanggungjawab
Mendapat ganjaran pahala
Mententeramkan jiwa
Implikasi perkahwinan yang tidak
mengikut undang-undang Islam
Implikasi Keterangan

1. Dikenakan tindakan undang-undang


Diri mengikut peruntukan undang-undang
keluarga Islam di Malaysia.
2. Masyarakat akan memandang serong
terhadap mereka
1. Nama baik keluarga keduabelah pihak
Keluarga tercemar.

1. Masyarakat akan jadi kucar kacir apabila


Masyarakat setiap individu tidak menghormati undang-
undang keluarga Islam
Langkah mengatasi masalah perkahwinan yang
tidak mengikut undang-undang

Prihatin Ibubapa dan masyarakat


memastikan setiap perkahwinan
Ibubapa dan itu sah mengikut syarat dan
masyarakat undang-undang keluarga Islam

Pihak berwajib memperbanyakkan


seminar dan kursus untuk
Program ilmu memberi penjelasan tentang
undang-undang keluarga Islam
Penguatkuasaan undang-undang
Tindakan perlu dilaksanakan dan tindakan
undang-undang perlu dikenakan ke
undang- atas mereka yang melanggar
undang syariat dan undang-undang yang
ditetapkan
$p] t,n=yzu ;ynu < i /3s)n=s{ %!$# 3/u (#)?$# $9$# $pr't

/ t9u!$|s? %!$# !$# (#)?$#u 4 [!$|u #ZWx. Z%y` $u] ]t/u $yy_y

$Y6%u 3n=t t%x. !$# ) 4 t%tnF{$#u


1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan
- lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu
meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum
kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
Surah An-Nisa : 1
Tazkirah
Hadis Nabi : Buku teks m/surat 92
Daripada Anas bin Malik katanya, bahawa
Nabi bersabda :
Perkahwinan itu merupakan sunnahku, maka
sesiapa membenci sunnahku, dia bukan
daripada golonganku.
Hikmah disyariatkan perkahwinan ialah
mengukuhkan ekonomi dan menghubungkan
silaturahim.
Q : Jelaskan pernyataan ini ?
Perkahwinan menghubungkan persaudaraan
antara pihak lelaki dan perempuan justeru
menjadikan satu keluarga yang besar.
Seseorang yang berkahwin akan dibantu oleh
pasangan masing-masing terutamanya dalam
bab kewangan justeru mengukuhkan ekonomi
bersama dalam rumah tangga.

Anda mungkin juga menyukai