Anda di halaman 1dari 3

rahsia kenapa anda nampak jin..?

JUMAAT, 9 JULAI 2010

DUNIA MISTERI...Serangan Ganas 'Perempuan


Tua'..
Beberapa hari selepas kejadian rakan yang nampak
'perempuan tua' (jin) semasa singgah di rumah
saya...kami bertemu di surau...dan saya tanyakan
samada 'perempuan tua' itu ada mengganggunya...

Rakan itu menceritakan...selepas jin tua itu


cabut lari dari rumah...ternyata 'perempuan tua'
itu menunggunya di tengah jalan...nampaknya jin
itu benar-benar tak puas hati...

'Perempuan tua'itu melompat masuk ke dalam kereta-


nya (trooper) dan duduk di kerusi belakang...

Rakan itu merasa kibasan-kibasan angin di belakang


kepalanya (iaitu pukulan-pukulan jin yang tak
sampai)...

Ketika ia turun dari kereta...rakan itu terkejut


dengan kemunculan satu lembaga hitam seperti
kerbau dari arah belakangnya...

'Kerbau' itu melarikan diri sepantas kilat...dan


rakan itu merasa sakit pada belakang pinggangnya
...sahlah...ia dah kena 'tanduk'...

Ketika tidur malam...belakang pinggangnya terus


terasa sakit...tapi ada sesuatu yang lebih teruk
lagi...

Rakan itu tiba-tiba terjaga dari ridur...ia terasa


bahagian dalam belakangnya sangat sakit...

Rakan itu sempat terbayang bagaimana 'Perempuan tua'


itu menikam belakangnya dengan sebatang tongkat
kayu...

Lebih satu kaki 'kayu' itu masuk ke dalam tubuhnya


dan kemudian 'perempuan tua' itu sengaja mematahkan
tongkatnya...maka separuh bahagian itu terus ter-
tanam dalam tubuh rakan tadi...

Sakitnya bukan kepalang...hinggakan rakan itu ber-


guling-guling menahan sakit...tapi kerana semangat-
nya yang pantang di cabar...ia terus bertahan sambil
berulang-ulang membaca ayat-ayat Qur'an untuk rawatan
diri sendiri...

Setelah beberapa jam...akhirnya rakan itu tertidur


keletihan ketika hampir masuk waktu Subuh...

Rakan itu sempat merasakan potongan batang 'kayu'


perlahan-lahan tercabut dan keluar dari belakangnya.

Dah tiga hari sejak serangan itu berlalu...kesan sakit


masih terasa namun ia semakin sembuh...

NOTA

1.Rakan itu mendapat serangan sebegitu teruk kerana


ada angin bisa dalam badannya...iaitu dari tengah dada
hingga ke bahagian pusat juga bahagian dalam belakang.

Angin bisa itu adalah daripada khadamnya sendiri...


kerana itu ia mengalami rasukan-rasukan perasaan marah
dan cemburu tak tentu pasal...

Maka jin 'perempuan tua' itu mempergunakan sepenuhnya


laluan yang dah di sediakan oleh khadam rakan itu sen-
diri...

Iaitu...khadam itu adalah jin...'perempuan tua' itu juga


jin...maka angin mereka adalah sama...tiap laluan yang
satunya...juga jadi laluan pada yang lain...

Jin pendekar itu tak berbuat apa-apa kerana rakan tadi


melarangnya campur tangan...tapi saya pasti...
kalau disuruh menyerang 'perempuan tua' itu pun...
belum tentu ia berani...atau mungkin sengaja tak nak
menyusahkan diri sendiri...

Ia seperti kisah seorang rakan lain yang dijaga 'tujuh


ekor nenek'...bayangkan baru 'seekor' seperti di atas
pun dah ganas semacam...tapi bila rakan itu diserang
jin dari batu besar...rawatan Qur'an juga yang menjadi
'ubatnya'...banyak 'nenek' pun tak ada faedahnya...

Wallohu a'lam

...akan bersambung...Tandukan jin kerbau...


junied Imantheraphy (IT)-Ranau-TUAN GURU PENGASAS-0168803001 ( TUAN
GURU USTAZ MUHAMMAD@UM...K.KINABALU SABAH. di 2:48 PTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan
Catat Ulasan

Laman utama
Papar versi web

MENGENAI SAYA

junied Imantheraphy (IT)-Ranau-TUAN GURU PENGASAS-0168803001 (


TUAN GURU USTAZ MUHAMMAD@UM...K.KINABALU SABAH.
Lihat prol lengkap saya

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai