Anda di halaman 1dari 24

rahsia kenapa anda nampak jin..?

SABTU, 5 MAC 2011

3 QUL...DAN PETUA PERNAFASAN....


Caranya...
1.Angkat kedua-dua tangan seperti berdoa...dan
rapatkan antara dua tepi tapak tangan...
2.Dekatkan kedua-dua tapak tangan tadi ke bibir...
3.Baca Fatihah 1 x...
- pastikan nafas sampai ke kulit tapak tangan
semasa membacanya...
4.Baca salawat 3 x...
5.Baca Al Ikhlas 1 x...
6.Baca Al Falaq 1 x...
7.Baca An Naas 1 x...
8.Ludah syarat ke tapak tangan...iaitu asal
ludah...tak perlu benar-benar ada ludahnya...
9.Tutup muka dengan tapak tangan tadi...sambil
menutup mata...
10.Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah...
Allah dalam hati seberapa banyak dengan syarat...
- Lebih perlahan nafas ditarik...lebih baik...
- Lebih lembut...lebih panjang masa menarik nafas
lebih baik...
- Lebih dalam nafas ditarik...lebih baik...
Perhatikan...semasa menarik nafas...perlahan-lahan
kempiskan perut...sambil perlahan-lahan kembangkan

dada...serta perlahan-lahan luruskan tulang belakang...


11.Setelah nafas habis ditarik...tahan nafas...
sambil teruskan berzikir Allah...Allah seberapa banyak dalam hati...
12.Semasa mula menahan nafas itu...tapak tangan tadi...dari muka...perlahan-lahan sapu naik ke atas
kepala...
13.Kemudian turun ke belakang kepala...dengan tapak
tangan kanan menyapu bahagian kepala belakang daun
telinga kanan...
...dan tapak tangan kiri pula menyapu bahagian kepala belakang daun telinga kiri...serentak...
14.Kemudian turun ke belakang leher ke dada kanan
dan dada kiri serentak...
15.Kemudian sapu ke mana saja bahagian badan yang
dapat dicapai ke dua-dua tapak tangan...
...hingga ke hujung jari kaki...iaitu tapak tangan
kanan berakhir di hujung jari kaki kanan...
...dan tapak tangan kiri berakhir di hujung jari
kaki kiri...secara serentak....
16.Genggam kedua-dua tapak tangan sambil perlahanlahan lepaskan nafas melalui hidung...
Semasa melepaskan nafas itu...teruskan berzikir
Allah...Allah seberapa banyak dalam hati...
Badan yang tadi lurus...perlahan-lahan lembut dan
bongkokkan...
Perhatikan...lebih perlahan...lebih lama...lebih senyap nafas dilepaskan...lebih baik...
17.Setelah semua nafas habis dilepaskan...telan liur
dan...buka mata...
18.Ulang semula...angkat tangan seperti berdoa dan
dekatkan ke mulut...cuma kali ini cuma baca...

- Al Ikhlas 1 x...
- Al Falaq 1 x...
- An Naas 1 x...
Tutup muka...dan tarik nafas seperti tadi hingga kenombor 17...
19.Dan ulang semula seperti nombor 18...
20.Perhatikan...semasa proses menyapu dari muka...
hinggalah ke hujung jari-jari kaki...sebaiknya tapak tangan tak terangkat daripada badan...
Maka anda telah membaca Fatihah 1 x...Salawat 3 x...
Al Ikhlas 3 x...Al Falaq 3 x...dan An Naas 3x...
Amalan ini sekurang-kurangnya di amal sekali setiap
malam...atau lebih baik kalau dapat ditambah pagi
petang...
Bagi wanita yang uzur...semua suroh itu boleh diganti dengan membaca...Bismillaa hirrohmaa nirrohiim
dengan niatkan ia sebagai doa...
Sebaiknya ia dibaca 34 x...33 x dan 33x...jadi semuanya 100 x...
Tujuan Petua Pernafasan...
1.Apabila anda membaca suroh...gelombangnya anda takung ke tapak tangan...
Apabila anda menutup muka dan menarik nafas...gelombang itu akan anda sedut ke dalam diri ( jasad )...
2.Sementara wap-wap dari nafas semasa anda membacanya
masih ada pada tapak tangan...dan ia disapu ke muka
dan seluruh tubuh sebagai perisai dari luar...
3.Kesan bacaan suroh juga ada pada liur dalam mulut...
maka itu sebabnya kemudian telan liur...
4.Maka pengisian diri tak bergantung semata-mata kepada membacanya semata-mata...dimana bagi kebanyakan

kita lalai hatinya...


...maka kesan amalan membaca begitu sahaja akan pada
tahap minima...hingga kadang-kadang kita tuduh...
amalan membaca suroh ini kurang berkesan...atau seperti tak ada apa-apa kesan...
5.Sedangkan sebenarnya...kita sendiri tak cukup syarat
iaitu banyak lalai dan lewanya...malah mungkin dengan
penuh ragu-ragu...
Berbanding dengan petua pernafasan ini...maka suroh
yang sama dibaca...tapi anda akan merasakan kesan yang
lebih nyata...
6.Kalau tapak tangan anda ada angin bisa...baru sahaja
anda menakung gelombangnya pun...anda akan merasa suam
atau panas pada tapak tangan...
TINDAKBALAS...
1.Kalau dalam badan ada gangguan jin yang nyata...atau
angin bisa...maka sekali amal...anda mungkin dah boleh
merasa kesannya...
Ada juga yang amal...dan pada hari ketiga baru rasa kesannya...dan didapati ada jin saka bersembunyi dalam
badan...
2.Secara umum...tindakbalas yang dirasai oleh seseorang itu bergantung kepada ada atau tak adanya gangguan
dalam badan...dan kalau ada...bagaimana bentuk dan kekuatannya...
Lebih banyak angin bisa dalam bada...semakin nyata tindakbalasnya seperti panas dan sakit...benda bergerak...
dan sebagainya...
3.Amalan ini berfungsi sebagai...mengesan gangguan dalam badan...menyerang jin dalam badan..rawatan diri...
dan amalan pendinding...
4.Walaupun biasanya pernafasan itu dibuat semasa membaca 3 Qul...tapi pada pendapat saya...tak ada halangannya
kalau kita guna Ayat atau Suroh lain...
Wallohu a'lam

junied Imantheraphy (IT)-Ranau-TUAN GURU PENGASAS-0168803001 ( TUAN


GURU USTAZ MUHAMMAD@UM...K.KINABALU SABAH. di 2:54 PG
0

42 ulasan:
kilat 7 Mac 2011 1:00 PG
slm, tuan 4 hari yg lepas saya ada memberi bantuan kpd seorang
makcik yg meminta tlg dari saya untuk dibuatkan air doa,oleh kerana
saya tak hafal ayat manzil( buat masa ini saya amalkan ayat manzil yg
tuan perturunkan dlm lmn ini) saya bacakan fatihah 1x, selawat 3 x ayat
kursi 1x dan ayat peletup jin1 x.Makcik tersebut mengadu sakit mata
hampir 3 minggu, dah gi ambil ubat klinik sapu dan antibiotik tapi tak
berkesan.dia kata matanya mcm ada pepasir bergerak dan ada mcm
kekabur yg menghalang di mata kirinya.mulanya saya x pasti nak buat
mcmmana,lepas baca fatihah saya dpt ilham menggunakan cara scan
mudah yg tn berikan dlm lmn ini iaitu dgn zikir allah sambil tarik, tahan
dan lepas dgn kiraaan 11 kali semuanya dan saya letakkan jari telunjuk
saya pada lutut kiri mcm tersebut,terkejut saya tiba-tiba makcik tu mcm
org kesejukan dan mcm nak pitam.Jadi saya tenangkan makcik tu dgn
menyapukan air pd mukanya dgn air yng dibacakan selawat, bila makcik
dah mcm stabil aje, terus saya buatkan doa seperti di atas tadi dan
suruh makcik tu minum sedikit air dan basuh mukanya.Lepas dia buat
demikian sakit seperti pepasir bergerak dah hilang cuma tinggal sedikit
kekaburan pd matanya.tuan ,adakah cara yg saya buat itu betul, dan
kalau lepas scan terjadi perkara pelik mcm mana nak buat sebabnya
mungkin saya terlepas pandang dengan artikel tuan yang pernah tuan
catatkan sebelum ini. bolehke saya berikan amalan tiga qul ini pada
makcik tersebut.tq harap sudi tuan perjelaskan
Balas

junied 7 Mac 2011 1:19 PTG


Wa alaikum salam Kilat...
Alhamdulillah...pada saya tak ada silapnya.
Saya terangkan antara perkara asas sahaja...
dan selebihnya terpulang pada daya kreativiti Kilat dan rakan-rakan pembaca...
Adapun amalan 3 Qul itu saya niat sampaikan
pada kilat..pembaca dan rakan di mana-mana juga...agar mudah2an
dapat diamalkan...
Insya Allah.

Dan kalau dikir baik...boleh pula diajarkan kepada sesiapa sahaja..semoga bermanafaat...
Kemudian hal lain pula akan saja perjelaskan
nanti ya...Insya Allah...
wallohu a'lam
Balas

junied 7 Mac 2011 4:01 PTG


ULASAN...
1.walaupun kita sekadar bacakan fatihah
atau sebagainya...tapi 'gelombang' amalan
ayat manzil akan turut menjadi 'bisanya'.
Maka bagi seseorang yang mengamalkan Ayat
Manzil...kesan fatihahnya lebih besar daripada berbanding ia tak amal Ayat Manzil.
2.Sejuk itu antaranya...
a.Angin bisa penuh dalam makcik tersebut...
b.Malah boleh jadi jin meresap dalam badan
iaitu...yang kesejukan tu...sebenarnya adalah jin...
Kadang-kadang sejuk seluruh badan itu boleh
membawa kepada rasukan...
Gelombang yang terbentuk daripada amalan manzil...ia mengalir pada hujung jari dan meresap ke seluruh tubuh makcik tadi...
...dan setiap tindakbalas itu menunjukkan kehadiran angin bisa...atau
malah jin dalam
badan...
...kalau pitam...boleh jadi membawa kepada
kerasukan...
3.Apa saja tindakbalas yang kuat dari sebab
meminum air doa...atau dibacakan Ayat-Ayat
Qur'an...maka
penawar
untuk

mengurang

atau

menghilangkanya...adalah samada dengan air


kosong yang dibacakan salawat...atau bacakan salawat dan tiup...atau pesakit itu sendiri membacanya atau membacakannya pada air
serta meminum...dan lebih baik juga menyapu
ke mukanya...
Tindakan Kilat di atas mungkin telah menghalang makcik itu daripada kerasukan...iaitu dengan menggunakan Air Salawat...
4.Jika sakit mata...maka air doa itu gunakan untuk mencuci mata..sapu pada dahi...
belakang kepala dan belakang dua daun
telinga (pada bahagian kepala)...
5.Sejuk badan itu menunjukkan...gangguan
mungkin sudah lama ...malah ada
kemungkinannya dah jadi saka dalam badan.
Wallohu a'lam
Balas

kilat 8 Mac 2011 3:06 PG


tima kasih tuan
Balas

junied 8 Mac 2011 7:11 PTG


Sama-sama tuan...
Balas

no need to reveal 9 Mac 2011 7:57 PG


salam nak tanya,
En. Junied ada buat scan jarak jauh tak?kalau untuk kes pesakit jauh
Balas

junied 9 Mac 2011 10:19 PG


Wa alaikum salam NNTR...

Maaf ya...tak ada...kerana itu saya berusaha


untuk memberi berbagai tanda setakat mampu...
agar pembaca di mana-mana juga dapat 'scan'
juga mengetahui tanda-tanda gangguan pada
diri..juga keluarga terutamanya...
Insya Allah.
wallohu a'lam
Balas

Riscorn 9 Mac 2011 7:32 PTG


Saya memang ada masalah gangguan saka tapi masih belum dpt
diselesaikan lagi sampai sekarang.. Sejak saya mengamalkan amalan
bacaan manzil, tapak kaki saya sentiasa membahang dan seperti panas
bahang tu sentiasa keluar dari tapak kaki. Baru sahaja sekali saya buat
bacaan 3 Qul dan petua pernafasan spt di atas, saya jadi sendawa tak
berhenti-henti... Amalan yg saudara bagi telah banyak membantu saya.
Terima kasih..
Balas

junied 9 Mac 2011 8:10 PTG


Alhamdulillah...
...sama-sama Riscorn...sekuat mana pun
kita berusaha...rahmat Allah sentiasa
jadi tempat pergantungan hati....
Wallohu a'alm
Balas

izat 31 Mac 2011 9:19 PG


saya ingin bertemu tuan pada cuti sekolah ini boleh ke
Balas

junied 31 Mac 2011 9:59 PG


Salam sejahtera izat...
Saya minta maaf banyak-banyak izat ya...
Saya berusaha menulis tentang segala-

galanya sedikit rahsia yang saya tahu...maka saya harap ianya memadai
untuk rakan-rakan
di mana juga...
Kalau ada sebarang kemusykilan maka bolehlah kemukakan disini
secara bebas dan terbuka.
Dan untuk rakan-rakan di mana juga..sebarang
ijazah mengenai aliran tenaga dalam ini
...saya tak ada sebarang kebenaran atau
kedudukan selain sebagai ahli biasa...
Cuma kalau ada rakan-rakan yang berminat...
saya Insya Allah sedia memberi nombor
hubungan telefonnya agar rakan-rakan sendiri dapat berhubung
dengan pihak pengasas...
(...dan juga Guru).
Bagaimana pun...segala yang saya tuliskan
di
sini...semua
orang
bebas
menggunakan
mengamalkannya...dan Insya Allah...
ia berkesan dan bermanafaat setakat mana izin Allah...

serta

Cuma dalam kajian-kajian yang saya buat... hingga serba sedikit dapat
mengumpul beberapa
maklumat perubatan dan gangguan...saya banyak
menggunakan tenaga dalam...
Saya minta maaf sekali lagi ya...
Balas

joe 5 Mei 2011 10:36 PG


asalamualaikum saudara junied
Balas

junied 5 Mei 2011 11:39 PTG


Wa alaikum salam joe...
Balas

Shari 4 November 2011 4:49 PTG


Salam Junied,
Izinkan saya amalkan ayat ini.

Tapi saya dan print dah.


Insyallah nak amalkan.
Balas

junied 5 November 2011 2:27 PG


Wa alaikum salam wbkth En Shari...
Alhamdulillah...silakan...
Balas

NAD 8 November 2011 4:59 PTG


Salam,
Terima kasih di atas penjelasan mengenai pernafasan ini.
Saya ada kemuskilan sikit. Saya mengalami sakit bahu sebelah kiri
hampir 2 thn. Saya juga mengalami kaki sejuk seperti demam tapi tdk
demam dan lenguh lenguh yg teruk di betis. Sebelum ini saya tdk ambil
pusing mungkin di sebabkan stress. Tpi bila byk membaca tentang saka
dan gangguan. Rasa seperti yang tak kena pada saya. Apakah pendapat
encik?
Balas

junied 9 November 2011 1:08 PG


Wa alaikum salam NAD...
Sepintas pandang...ia seperti tanda-tanda
ada saka...terutama kalau dah berurut dan
ke hospital..rawatan kurang berkesan...
Kemungkinan besar hujung jari kaki menjadi
laluan masuk...dan yang betis yang lenguh
itu samada ada angin bisa atau ada jin tinnggal...
Sakit bahu kalau ianya gangguan...maka boleh jadi laluan masuknya adalah melalui
kaki sebelah kiri...dan sakit berpanjangan
biasanya menunjukkan ada penempatan jin
padanya...
Kecuali kalau sakitnya terasa dari luar...
maka boleh jadi ada sesuatu yang menekan
atau bertenggek di atasnya...

Kalau ada air doa...maka sapu juga pada


seluruh bahagian yang sakit di samping
meminumnya...dan lebih baik amalkan pendinding diri...
Walau bagaimana pun...kalau mampu...sebaiknya minta 'scan' ya...dan biasanya
ia memerlukan rawatan...
Walohu a'lam
Balas

junied 9 November 2011 1:19 PG


Seperkara NAD ya...cuba perhatikan tajuk
gejala gangguan pada bahagian kepala...
rohani dan zikal...
catitan Julai 2009...dan bandingkan dengan
gejala sressnya...Insya Allah ya...
Balas

NAD 9 November 2011 9:23 PG


Terima kasih encik junied diatas penerangan yg jelas. Memang urut dan
ubat hospital tak jln. Ubat hospital cuma bagi saya tidur. Esok bgn rasa
sakit lagi. Kejadian ini juga telah menyebabkan suami spt benci dgn
saya, baru2 ini kami hampir berpisah. Tapi saya masih sabar disebabkan
anak2. Saya brtafakur memohon petunjuk dari Allah. Semoga Allah
menunjukkan jalan kesembuhan dan kebaikan kepd saya.
Balas

junied 9 November 2011 11:36 PG


Sana-sama Pn NAD...
Maaf...sedikit pembetulan ya...kalau
sakit bahu itu di bahagian dalam
( bawah kulit ) maka biasa laluan masuk
angin bisanya dari hujung jari tangan
kiri...
Jaga solat wajib...amal sunat Hajat setiap malam...dan yang sangat penting...
kalau mampu amalkan Tahajjud...mohonlah

kekuatan dan pertolongan sentiasa dari


Allah...
Sejuk kaki itu menunjukkan angin bisa
agak sedikit padat ya...maka berubat itu
kena banyak-banyak bersabar...
Dan apabila kita megalami stress dan pada masa yang sama...kta mengalami sakit
bahu...ada kemungkinan stress itu serba
sedikit ada gangguan angin bisa...maka
kita akan mengalami gangguan kiran
agak lebih daripada sepatutnya...
Berusaha berubat...dan kalau mampu amalkan Manzil atau mana-mana yang terdaya.
Sakit yang hilang dan datang balik adalah lumrah bagi gangguan angin bisa...
tapi Insya Allah...kalau kena rawatannya
ia boleh sembuh terus...cuma agak perlkan sedikit masa...
Setiap malam sebelum tidur baca salawat
11 kali niat hadiah pada suami...apalagi
selepas tahajjud..banyakkan baca salawat
bila-bila masa juga...Insya Allah...
Ingatlah...hakikat kekuatan...ketabahan
...pertolongan itu dari Allah...maka
dekatkan hati pada Allah...
Wallohu a'lam
Balas

NAD 9 November 2011 2:19 PTG


Salam encik Junied,
Terima kasih atas nasihat yang saya amat hargai.
Semasa rehat tadi, saya selawat dan niat hadiahkan kepada suami, saya
terus berselawat, dlm masa itu saya spt dapat rasa marah dan benci
suami saya kpd saya. Hati terasa sgt sayu, sedih sgt rasa. Saya lawan
dan terus berselawat, terasa seperti semut semut di kedua belah tapak
dan jari tangan. Akhir sekali saya cuma beristighfar kerana tak tahu nak
teruskan membaca apa lagi. Krn sekarang sy sedang uzur syarie.
Pada pendapat encik adakah ini mainan perasaan shj? Klu saya dptkan

rawatan perlukah suami juga dapat rawatan?


Tentang sakit bahu, kekadang bila datang sakitnya, terasa seperti besi
menusuk hingga ke tulang. Bila di picit dan cari tmpt sakit tak terasa
pulak. Sbb tu saya tak tahu nak explain mcmmana sakitnya.
Saya mohon maaf sekiranya, saya banyak bertanya. Adakah pertanyaan
saya di ruang ini di izinkan? sebab semakin lama semakin byk persoalan
datang.
Balas

junied 9 November 2011 3:03 PTG


Wa alaikum salam wbkth Pn NAD...
Ruangan ini terbuka...cuma jangan sekalikali mendedahkan pengenalan atau tempat
peribadi diri ya...
Pn NAD...
1.Perasaan itu lebih kepada permainan
syaitan (jin)...seperti ada makhluknya yang mahu memisahkan Pn dengan
suami...
2.Semut-semut itu biasanya ibu angin
bisa...
3.Sakit bahu itu adalah gangguan...
4.Sebaiknya suami juga minta 'scan'
dan kalau perlu...rawatan...
Kalau ada sebarang pertanyaan...silakan
Insya Allah saya akan menjelaskan sekiranya kebetulan perkara tersebut saya
tahu serba sedikit mengenainya...
Wallohu a'lam
Balas

NAD 20 Disember 2011 12:00 PTG


Salam en.Junied,
Lama juga tak singgah disini. Saya cuma nak minta pendapat sedikit.

Memang betul pandangan en junied ttg ada makhluk yg nak


memisahkan saya dan suami. Baru2 ini saya cuba berubat alternatif
kerana suami mcm nak bercerai tanpa sebab munasabah dan secara2
tiba2 dia spt mmbenci saya.Masa berubat tu pengamal perubatan tu
ckp, ada perempuan tlh guna2kan suami saya.
Sekarang ini walaupun masih sebumbung tapi spt ada penghalang
antara kami.
Saya cuba ajak suami pergi berubat tapi dia enggan.
Haruskah saya mengalah dan menurut saja kemahuan dia sedangkan
saya rasa saya belum habis ikhtiar lg. Saya masih mahu menyelamatkan
rumahtangga 13 thn ini.Sy sedia memaafkan dia walau apa yg dia dah
lakukan.
Klu en.Junied pernah brhadapan dgn situasi ini, harap encik dpt beri
sedikit pandangan.terima kasih.
Balas

junied 20 Disember 2011 9:13 PTG


Wa alaikum salam wbkth NAD...
Sebaik-baiknya suami isteri berubat secara
berdepan dan berterusan hingga gangguan
benar-benar telah hilang...
Jangan putus asa ya...kerana ia nyata gangguan...dan pada pandangan perubatan...
biasanya kita katakan suami sebenarnya tak
pernah
meminta
perpisahan
tapi
mempengaruhinya...malah kadang-kadang
ia adalah diluar kemampuan suami tersebut
dari sebab angin bisa yang padat dalam
bahagian kepala dan dadanya...

gangguan

Perasaan sebenar suami hanya akan nyata apabila angin bisa itu telah habis di tarik keluar...dan yang sekarang itu kita katakan
kemahuan syaitan yang mengganggu...
Bacakan pada air...Fatihah 7 kali...salawat
7 kali dan ayat 102 Al baqoroh 7 kali...guna air minum...mandi...dan renjis 4 penjuru
semua ruang bilik...tetamu...dapur dan sebagainya...(air doa untuk sihir pemisah).
Pastikan ia kegunaan berterusan...dan amal
juga semuanya sebagai amalan biasa...kalau
tak mampu...biar tiga-tiga kali semuanya

itu

yang

baca pada tapak tangan dan sapu muka tarik


nafas dalam-dalam...sambil niatkan doa berkaitan...
Banyakkan bersabar...amal Tahajjud 4 rakaat
...dua salam...pada rakaat pertama lepas
fatihah baca al Karun 3 x...kedua...Al
Ikhlas 3x...ketiga Al Falaq 3x...keempat
An Naas 3x...setiap kali sujud terakhir
doalah dalam hati mengenai perkaranya...
Setiap pagi baca Yasin 1x...Lau anzalna
3x...dan 3 Qul...dan kalau mampu...buat
juga petang atau malam...dan tambahlah
amalan setakat mampu..dan antara yang
terbaik amal ayat Manzil pagi petang...
5 waktu atau setiap malam...juga buat
air kegunaan biasa...
Insya Allah...
Balas

ummuwafa67 18 Februari 2012 7:57 PTG


Assalamualaikum saudara Junied
Saya ingin bertanya,adakah anak yang pembengis dan pemarah juga
termasuk dalam ganguan jin? Apakah doa untuk anak yang kuat
melawan dan malas belajar? Anak saya sekarang cukup malas belajar
sedangkan dia tahu dia akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini dan
dia juga tidak bercakap dengan saya dan ayahnya sedangkan sebelum
ini dia anak yang baik. Bila tidur malam dia kerap mengigau menjerit
,menangis dan minta tolong,bila saya tanya dia hanya diam saja. Diajak
jumpa ustaz untuk minta air penawar dia tak mahu. Susah hati saya
dibuatnya. Minta tolong ya saudara junied.
Balas

junied 19 Februari 2012 6:45 PG


Wa alaikum salam wbkth ummuwafa67...
Tak semestinya...ia boleh jadi sebab pengaruh rakan...keadaan sekeliling...dan sebagainya...
...tapi pada perkara anak puan ini...terutamanya gejala gangguan pada masa tidur

malamnya...juga perubahan sikapnya...


menunjukkan kemungkinan yang sangat besar
ia ada gangguan jin...
Anak puan nampaknya memerlukan rawatan gangguan jin...dan biasanya selagi adanya gangguan itu...maka ia terus
dengan sikapnya tersebut...dan tak mustahil akan timbul
pula gejala lainnya kalau ianya tak dapat rawatan...
Doa pelembut hati agar baik juga terang hatinya antaranya Ayat 1 hingga 4 Suroh Toha
baca pada air dan boleh buat sendiri...
Caranya...
Istighfar...3x
Bismillah..3x
Shahadat...3x
Salawat...3x sambil niatkan dalam hati semoga lembut hati anak..dan jauh dari gangguan
jin dan sebagainya...
Fatihah...7x
Fatihah pertama niat hadiah pada Rasulullah
SAW...dan sekelian orang Islam...khususnya
pada anak...
Fatihah kedua...hadiahkan pada niat...semoga dengan keberkatan Fatihah dan ayat-ayat
Allah ini...dimudahkan Tuhan akan segala
niat...
...dan teruskan membaca yang limanya lagi...
Ayat Toha tadi...7x
Al Ikhlas...3x
Al Falaq...3x
An Naas...3x
Boleh buat sendiri sekurang-kurangnya se-

lagi anak itu tak mahu berjumpa ustaz...


Dan cara bacanya...Fatihah itu 7 Wakaf...
kemudian lebih baik selepas Fatihah...
ayat Kursi...3x...7x...atau 11x...
Ayat Kursi sebaiknya baca 9 wakaf...iaitu
9 kali berhenti untuk mengambil nafas...
Dan sebelum 3 qul itu pula...lebih baik baca alam Nashroh 7x...
Baca pada botol mineral besar...dan dekatkan mulut pada muncung botol...dan pastikan
nafas sentiasa sampai pada air...minumkan
...kalau boleh guna juga untuk mandi...
dan renjis 4 penjuru bilik...
Iaitu air doa di atas bukan hanya untuk
penerang hati semata-mata...tapi juga rawatan gangguan jin...
Buat air baru kalau habis...dan jadikan amalan diatas amalan biasa sekurang-kurangnya
pagi petang...kalau kurang masa...fatihah...
ayat kursi dan ayat Toha itu baca sekadar
tiga-tiga kali...
Kalau nak minta air doa..ia tak mahu jumpa
ustaz...maka puan boleh minta saja ustaz air doanya...
Atau beri air Manzil...samada buat sendiri
atau minta buatkan orang lain...Wallohu
a'lam
Atau...minta terus buat rawatan gangguan pada mana-mana ustaz...kerana kalau gangguan
itu lari...maka gangguan sikapnya tadi juga
Insya Allah hilang atau berkurang...
Setakat air doa penerang hati...tapi tanpa
rawatan gangguan jin...saya pasti...sangat-sangat tak memadai...kerana
perubahan sikapnya itu lebih disebabkan oleh pengaruh jin.
Rawatan pula selain air doa...sebaiknya juga
secara berdepan dengan perawat...

Anak puan perlu rawatan khusus untuk gangguan


jin...
Insya Allah puan ya...
Balas

ummuwafa67 19 Februari 2012 9:05 PTG


Assalamualaikum saudara junied
terima kasih kerana membalas pertanyaan saya. saya seola-olah
mendapat kekuatan. saya tahu saya sedang diuji oleh ALLAH dengan
benda2 yang demikian.Hari saya sedih sangat sebab anak saya
memanggil saya gampang dan ayahnya celaka.Pecah hati saya,tapi saya
tahu, itu bukan anak saya yg cakap,kerana kirannya terganggu,jadi
saya maafkan dia. terima kasih kerana membantu saya, akan saya
usahakan, Insya'allah. Saya yakin ALLAH itu adil ada hikmah
disebaliknya.
Balas

junied 19 Februari 2012 10:56 PTG


Wa alaikum salam wbkth ummuwafa67...
Sama-sama...gejala sebegitu adalah perkara
biasa bagi kebanyakan jenis gangguan yang
melibatkan kiran dan perasaan...
..maka kita kena faham..banyak-banyak sabar
dan terus berikhtiar...
Semoga Tuhan mempermudahkan kita kepada segala kebaikan dunia akhirat...Insya Allah...
Balas

am 12 April 2012 10:44 PTG


aslmkm....
Balas

am 12 April 2012 10:46 PTG


aslmkm saya kurang faham dengan teknik pernafasan boleh saudara
terangkan pada saya apa itu dan mcm mana teknik pernafasan itu
Balas

junied 13 April 2012 8:22 PG


Wa alaikum salam wbkth am...
Di atas maksudnya...tarik nafas...tahan...
dan lepas nafas...
Tarik melalui hidung...lepas juga melalui
hidung...
Tarik '10' saat...tahan lebih kurang '10'
saat....lepas nafas juga '10' saat...
Tarik nafas..sambil kembangkan dada...tahan
dan kemudian lepas nafas sambil 'kempiskan'
dada...
Insya Allah am ya...
Balas

jiha 3 Mei 2012 12:46 PTG


Assalammualaikum..apabila saya baca manzil, last2 nk habis tu saya
jadi pening n sakit kepala..ada kaitan dengan gangguan or biasa
saja..kawan saya pula, tertidur apabila baca manzil..
Balas

junied 3 Mei 2012 5:06 PTG


Wa alaikum salam wbkth jiha...
Kedua-dua tindakbalas iaitu pada jiha dan
kawan itu menunjukkan ada angin bisa pada
bahagian kepala (otak)...
Teruskan saja amalannya...dan apabila tindakbalas itu semakin berkurang...maka angin
bisanya juga semakin kurang...
Letak air di hadapan semasa membaca...dan
guna minum dan sapu muka samada ia dapat
habis dibaca atau hanya sebahagian...
Kalau jiha dan rakan boleh dapat rawatan
disamping beramal...Insya Allah...lebih

baik...(jangan saja salah pilih perawat).


Boleh baca juga pada minyak wangi...guna
sapu sedikit pada bahagian hidung agar
ia terbau...atau sapu sedikit pada tepi
dahi...dahi...belakang daun telinga...dan sebagainya...
(Tapi jangan sampai baunya dapat pada orang
lain apalagi lelaki...kerana ia tak halal).
Wallohu a'lam
Balas

Ahbas Asbag 28 Mei 2013 8:27 PG


Assalamualaikum wrwb tuan junied,
Izinkan saya bertanya ya tuan, disepanjang proses tersebut, adakah
kita perlu dalam keadaan berwuduq dan jika tidak dalam keadaan
berwuduq boleh tak tuan?
Izinkan saya mengamalkannya ya tuan junied.
Sekian, terima kasih.
Hamba Allah Swt
Balas

junied 28 Mei 2013 11:56 PG


Wa alaikum salam wbkth Ahbas Asbag...
Ia sebaiknya berwuduk...tapi tidak semestinya...
Berwuduk itu sangat banyak kelebihannya...
dan mudah-mudahan apa juga kita buat akan jadi
lebih berkat...In-shaa Allah...
Cuma seperkara...bagi yang ada angin bisa dalam
badan...mungkin angin kan keluar semasa proses
ini ( sendawa atau kentut )...maka jangan ditahan..
dan boleh diteruskan terutama kalau selepas itu
angin akan keluar lagi...
Alhamdulillah..silakan...mudah-mudahan bermanafaat dengan izin Tuhan...

Wallohu a'lam
Balas

Jati Diri 19 Januari 2014 9:48 PTG


3 Qul ini memang sudah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
Inilah amalan yang digunakan oleh semua ahli jemaah Tabligh, memang
sesiapa yang berniat buruk, perbuatan itu akan kembali kepada
penghantarnya semula.
Cuma ada penambahan dari segi teknik pernafasan itu, menjadikan
amalan ini lebih nampak meyakinkan, sebab itulah banyak amalan petua
Melayu menggunakan kaedah dan petua pernafasan ini.
Memang 3 Qul ini antara pendinding yang paling ampuh...dengan
izin-Nya jua.
Balas

junied 20 Januari 2014 3:18 PTG


Alhamdulillah...terima kasih jati Diri atas perkongsiannya...
Semoga Tuhan memberi kita kekuatan untuk
amalan yang sangat berkat ini...Insha Allah...
Wallohu a'lam
Balas

Jati Diri 20 Januari 2014 10:43 PTG


Asalnya saya gunakan 3 Qul ini untuk keberkatan rezeki, berpandukan
kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w.
Pengalaman saya sendiri, walaupun ada gaji setiap bulan dulu....masih
putus duit, sehinggalah saya amalkan 3 Qul ini pagi dan
petang....Alhamdulillah tak pernah kering duit, dan saya berjaya
yakinkan 2 orang kawan untuk mengamalkannya.
3 Qul ini bersifat lembut, macam pantulan, setiap sihir dan santau yang
dihantar, akan dipantulkan semula kepada pengirimnya, tidak seperti
ayatul kursi yang bersifat panas.
Sepanjang pengamalan saya mengikut petua daripada saudara admin,
banyak angin-angin di dalam badan keluar, Alhamdulillah.

Balas

junied 21 Januari 2014 9:05 PG


Alhamdulillah...terima kasih Jati Diri atas perkongsian
pengalaman dan ilmunya...malah saya baru kali ini
tahu keberkatannya berkaitan rezeki....
Mudah-mudahan jati Diri terus dapat berkongsi
pengalaman dan ilmu diruang yang tak seberapa
ini...
Memang adatnya kalangan kita ada yang suka
mencari amalan-amalan yang susah-susah
malah mungkin membebankan kerana dalam
tak sedar kita menyangka lebih susah...lebih
baik amalannya...
Sedangkan amalan-amalan mudah yang Rasullullah SAW ajarkan Insha Allah...lebih berkat...
Wallohu a'lam
Balas

Jati Diri 21 Januari 2014 2:42 PTG


Betullah tu saudara admin, saya memang dari dulu cari amalan yang
mudah sahaja, kerana saya tahu kemampuan saya dalam beramal.
Ada juga yang menggunakan surah al-waqiah dalam beramal tentang
rezeki, kerana ada sandarannya, tetapi 3 Qul ini bukanlah untuk diamal
supaya kaya-raya, tetapi rezeki itu menjadi berkat dan cukup, dapat
sikit pun cukup, dapat banyak pun cukup juga.
Asalnya saya memang pelik juga dengan amalan rezeki 3 Qul ini, kerana
gaji kan sama je setiap bulan, jadi apa yang sebenarnya rahsia di
dalamnya, sehingga rezeki itu menjadi cukup setelah mengamalkannya.
Rupa-rupanya bukan rezeki itu bertambah, tidak, tetapi hati kita itu
telah berubah dengan izin Allah. Masa tak cukup dulu, rupa-rupanya
kehendak kita melebihi dari keperluan. Dengan pengamalan 3 Qul itu,
kita lebih mengutamakan keperluan harian, dan kehendak itu menjadi
kurang secara kita tidak sedar, di situlah pointnya.
Tentang pantulan ilmu sihir dan santau itu, pernah diceritakan oleh
sekumpulan jemaah Islam, mereka mengamalkan 3 Qul dan tiup di

tapak tangan, lalu disapu ke muka dan badan mana yang sampai,
sebelum tidur. Di suatu pagi muncul seorang pengamal ilmu hitam yang
hebat, datang berlutut dan merayu-rayu minta diampunkan dan jangan
dibalas, rupa-rupanya orang tua ilmu hitam ini telah menghantar ilmu
sihir kepada jemaah itu, dan makhlus halus itu kemudiannya telah
kembali menyerang semula tuannya. Jemaah itu tak tahu menahu pun
tentang sihir itu, hanya selepas pengamal ilmu hitam itu sendiri
menceritakan dan bersungguh-sungguh meminta maaf.
Semuanya keberkatan dari sunnah Rasulullah s.a.w.
Balas

junied 22 Januari 2014 9:09 PG


Alhamdulillah Jati Diri...perkongsian yang sangat
besar manafaatnya...
Semoga kita berubah dari mencari yang susahsusah atau pelik-pelik...kepada sunnah Rasullullah...
Rezeki yang tidak berkat biasanya memang dari
hati yang tak pernah puas...seperti meminum
air laut...tidak menambah selain kehausan...
maka sebesar manapun lautannya...tak hilang
dahaganya...
Wallohu a'lam
Balas

ratna nana 2 April 2015 5:13 PTG


Assalamualaikum..tuan junied izinkan saya amalkan ilmu yang ada di
dalam blog tuan
Balas
Tambah ulasan

Laman utama

Papar versi web

MENGENAI SAYA

junied Imantheraphy (IT)-Ranau-TUAN GURU PENGASAS-0168803001 (


TUAN GURU USTAZ MUHAMMAD@UM...K.KINABALU SABAH.
Lihat prol lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai