Anda di halaman 1dari 7

George Herbert Mead, ahli falsafah, psikologi dan sosiologi dari Amerika

Syarikat Bercadang menggunakan tingkah laku organik untuk menghuraikan


semua aktiviti yang mengandungi kesedaran psikologikal, dengan
menggolongkan kefahaman manusia sebagai fungsi interaksi di antara
organisma dengan persekitarannya.

Mead membezakan komunikasi bukan simbolik (iaitu penggunaan gerak


isyarat) dan komunikasi simbolik (iaitu penggunaan idea dan konsep). Menurut
beliau komunikasi simbolik biasanya meliputi penggunaan bahasa yang
membolehkan manusia untuk mencerminkan situasi dan perasaan atau
pemahaman dalam mindanya.

Dari perspektif Mead bahasa yang dikuasai oleh manusia boleh


mengorganisasi dan menyimpan tanggapan dan pemahamannya terhadap dunia
fizikal dan sosial. Selain itu bahasa juga boleh memindahkan konsep-konsep ini
kepada orang lain yang berkongsi bentuk bahasa itu. Bahasa yang dikuasai oleh
manusia juga boleh mengaplikasikan konsep-konsep yang diperolehi dalam
minda ke atas situasi baru, persepsi atau komunikasi simbolik yang diterima
daripada orang lain, dan seterusnya, berlandaskan tindakan ini mencipta
kefahaman baru terhadap isyarat-isyarat tersebut.

Mead juga menyatakan bahawa dalam pembelajaran sesuatu bahasa,


individu menguasai kemahiran penggunaannya untuk tujuan sendiri dan
bertindak balas terhadap stimuli dalam pengalamannya. Mead menjelaskan
keadaan ini sebagai perkembangan konsep kendiri iaitu dalam proses yang
melalui pemerolehan bentuk perwakilan simbol, individu-individu memperoleh
cara yang membolehkan mereka berkongsi dan memahami interpretasi simbolik
konvensional itu.
Ciri-ciri perspektif interaksionisme adalah sesuatu kajian interaksi sosial di
antara seorang individu dengan seorang individu atau lebih daripada seorang
individu yang lain di bawah perspektif mikro. Proses interaksi sosial lebih banyak
menggunakan komunikasi simbolik iaitu bahasa daripada komunikasi bukan
simbolik iaitu gerak isyarat.

Seterusnya menguasai kemahiran bahasa membolehkan individu


mempersepikan diri dan juga sikap dan pandangan orang lain terhadap individu
sendiri. Melalui penggunaan bahasa, individu boleh membentuk definisi situasi
sosial dan memahami definisi tindakan atau tingkah laku orang lain semasa
interaksi sosial.

Bagi meneruskan proses interaksi sosial, kedua-dua pihak yang terlibat


akan berusaha mencapai konsensus terhadap definisi situasi masing-masing
melalui proses persepsi terhadap peranan masing-masing. Kebanyakan
konsensus yang telah dicapai bukanlah tujuan sebenar dalam kendiri individu,
tetapi terpaksa bertolak ansur kerana kehendak meneruskan perhubungan
interaksi sosial tertentu.

Interaksi sosial pula mempunyai ciri unsur hiprokrasi kerana individu-


individu yang terlibat akan berusaha menonjolkan tanggapan yang baik dan
menyembunyikan tujuan atau niat yang sebenar dalam minda mereka masing-
masing. Sekiranya konflik berlaku secara terbuka di antara definisi situasi, teknik
rundingan akan digunakan untuk mengatasi konfliknya, demi meneruskan
perhubungan interaksi sosial mereka.
Micheal F. Young, ahli sosiologi dalam tahun 1960, di dalam persidangan
tahunan Persatuan sosiologi Britain mencadangkan pendekatan mikro dan
perspektif interaksionisme digunakan untuk mengkaji isu sosial dan
perkembangan kurikulum di peringkat sekolah.

David Hargreaves, seorang ahli sosiologi dari Britain pula menumpukan


kajiannya dengan menggunakan pendekatan analisis terhadap sistem
pendidikan mikro, contohnya sosial interaksi dalam bilik darjah, kandungan dan
proses yang dilaksanakan dalam pendidikan sekolah dan sebagainya. Beliau
juga menggunakan kajiannya untuk menghuraikan punca-punca kegagalan
persekolahan atau pun perbezaan pencapaian murid-murid dalam sekolah.
Implikasi teori dan perspektif interaksionisme terhadap guru adalah
seseorang guru akan menghargai dimensi yang penting dalam interaksi sosial
harian. Seterusnya membantu guru membentuk rangka konseptual, iaitu
perbendaharaan kata, yang membolehkan guru membincang pelbagai dimensi
ini dengan lebih berkeyakinan.

Teori dan perspektif interaksionisme ini juga membantu guru membuat


refleksi terhadap akibat-akibat daripada elemen-elemen tertentu yang dirangkumi
dalam kehidupan harian.

Selain itu, ia juga membantu seseorang guru mencari cara melibatkan diri
dalam pengalaman sosial realiti dengan tujuan mengubah realiti tersebut ke arah
yang lebih sempurna. Membantu seseorang guru melaksanakan program untuk
membaiki dengan lebih lagi kesedaran tentang bagaimana organisma sosial
akan bertindak terhadap surgeri yang diusahakan.

Anda mungkin juga menyukai