Anda di halaman 1dari 4

1

SKRIP PENGACARA MAJLIS : PROGRAM PERASMIAN PENANGGUHAN MINGGU ANTIDADAH SKBJ 2017

BIL PERKARA TEKS UCAPAN


1 Nyanyian lagu Negaraku Hadirin dijemput untuk berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku
dan lagu sekolah dan lagu sekolah.

Hadirin dijemput duduk.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim

Yang Berusaha
Pn Saloma Hj Ismail
Bonda SK Balaban Jaya

Yang dihormati

Tetamu jemputan daripada IPD Beluran

En Halim Oyong
Penolong kanan SK Balaban Jaya

Pn Hjh Jubidah hj Abdul


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Lim Siew Yung


Penolong kanan Hal ehwal murid

Barisan guru-guru, seterusnya anak-anak yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan


kedatangan hadirin sekalian ke

PROGRAM PERASMIAN DAN PENANGGUHAN MINGGU


ANTIDADAH SKBALABAN JAYA BAGI TAHUN 2017

Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama


memulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan doa.

Dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati


Bacaan doa AL FADHIL USTAZ MOHD RUZAINI RABII untuk menerajui bacaan
doa.
2

(bacaan doa)

Amin,amin ya rabbal alamin. Semoga lafaz doa kita tadi,diberkati


Allah swt hendaknya.

2 5minit Program Hadirin yang budiman,


Antidadah
Pagi yang penuh cahaya dan keberkatan ini akan diteruskan
Ust.Bukhari Baharuddin dengan 5minit program antidadah.

Dengan ini dijemput ust. Bukhari Baharuddin untuk


menyempurnakan 5minit program antidadah.

(bukhari membebel dekat sini.ahahaha)

Demikianlah tadi 5minit program antidadah yang telah


disampaikan oleh ust.bukhari baharuddin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

3 Ceramah Antidadah oleh Hadirin sekalian,


IPD BELURAN
Majlis diteruskan lagi dengan ceramah antidadah. Ceramah ini
_____________________ akan disampaikan oleh ___________________________________

Majlis mempersilakan.

(ipd beluran beri ceramah)

Pohon selasih di dalam kolam


Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budimu tuan menjadi kenangan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

4 Ucapan alu-aluan Hadirin yang budiman,


Pengerusi Program
Bukan keris tanpa ulunya
Ust.Bukhari Baharuddin Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Dengan ini,majlis sekali lagi menjemput ust bukhari baharuddin


untuk memberikan ucapan alu-aluan selaku pengerusi program
antidadah.

Majlis mempersilakan.

(bukhari memberi ucapan)


3

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh


ust.bukhari baharuddin.

5 Ucapan perasmian Hadirin dan hadirat sekalian,


penangguhan
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput bonda sk balaban jaya
guru besar untuk memberikan ucapan perasmian dan seterusnya
menangguhkan program pada hari ini.

Majlis mempersilakan.

(ucapan bonda)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan itu


tadi.

6 Gimik perasmian Dijemput bonda sk balaban jaya sekali lagi untuk


penangguhan menyempurnakan gimik yang telah disediakan.

Guru besar Maka, dengan berlangsungnya gimik itu tadi, rasmilah sudah
program kita pada hari ini.

7 Watikah pelantikan Hadirin sekalian,


Pengawas PPDA
Kini tibalah kita ke acara watikah pelantikan pengawas PPDa.
Jawatan ini diwujudkan khusus untuk membantu unit pendidikan
pencegahan antidadah dalam hal-hal berkaitan aktiviti antidadah
sekolah.

Dengan ini dijemput ______________________________


Diiringi dengan _____________________________
Untuk menyempurnakan acara ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

8 Penyampaian hadiah Hadirin yang budiman,


pemenang Bersempena dengan minggu antidadah ini, pelbagai pertandingan
telah diadakan. Antara pertandingan tersebut adalah
pertandingan menulis esei, pertandingan mewarna dan
pertandingan melukis poster.

Kini, tibalah masa untuk mengetahui siapakah pemenang bagi


setiap pertandingan.
4

Dengan ini,majlis menjemput ________________&


_______________________ untuk menyempurnakan acara ini.

Seterusnya dijemput ____________________________&


_______________________ untuk menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Selanjutnya majlis ingin menjemput


____________________________& _______________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang.

9 Penyampaian cenderahati Hadirin sekalian,


kepada IPD Beluran
Buah nenas bawa berlayar
Dimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

dijemput bonda Sk Balaban Jaya bagi menyempurnakan acara


penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan.

(penyampaian cenderahati)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

10 Nyanyian lagu Sabah Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, selesailah sudah
Maju Jaya program perasmian dan penangguhan minggu antidadah sk
balaban jaya 2017.

Saya mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima


kasih dan memohon seribu keampunan di atas sebarang kesilapan
sewaktu mengacarakan majlis ini.

Bagi mengakhiri majlis, para hadirin dijemput berdiri untuk


menyanyikan lagu Sabah Maju Jaya.

11 Jamuan VIP Dijemput tetamu jemputan ke makmal komputer untuk


menikmati juadah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
12 Bersurai

Anda mungkin juga menyukai