Anda di halaman 1dari 20

DELEGASI PATRIOTIK 2014

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 1


DELEGASI PATRIOTIK 2014

KERTAS KERJA
DELEGASI PATRIOTIK 2014
URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan sokongan serta bantuan
kewangan dari pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mengadakan projek
Delegasi Patriotik 2014. Semoga kertas kerja ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada
pihak tuan demi merealisasikan moto Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mengilham
Harapan Mencipta Masa Depan. Oleh itu, semoga usaha yang dijalankan ini dapat memberi
manfaat dan faedah kepada mahasiswa UKM umumnya ahli Urusetia Pembangunan Sumber
Manusia (UPSM) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN)khususnya dalam menyemai semangat
patriotisme serta nilai murni dan aspirasi bangsa Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan salah sebuah urusetia yang wujud
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Paduan ilmu, mutu dan budi merupakan elemen-elemen
penting diterapkan bagi melahirkan generasi-generasi muda yang sentiasa berfikir 100 kali jauh
ke hadapan dan berkepimpinan dalam memastikan Malaysia terus maju sehinggakan pada masa
hadapan, Malaysia mampu duduk dan berdiri melebihi negara-negara yang kini sedang pesat
membangun. Manakala, Sekratariat Rukun Negara (SRN) pula adalah sebuah sekretariat yang
ditubuhkan oleh Unit Rukun Negara, Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional
yang bermatlamatkan untuk memperkasakan mahasiswa khususnya dari aspek perpaduan dan
sahsiah diri. Pembentukan sahsiah diri yang tinggi serta berilmu di kalangan mahasiswa perlu
diperkukuhkan dengan pengetahuan perpaduan dan integrasi nasional. Elemen perpaduan amat
penting tanpa mengira aras pendidikan. Oleh itu, suntikan semangat patriotism dan cinta negara
amat penting diterapkan dalam kalangan mahasiswa bagi meneruskan kelangsungan perpaduan
yang sedia terjalin erat di negara ini.

Sejak dari dulu lagi UPSM berjaya melahirkan ramai fasilitator di kalangan mahasiswa/i
UKM melalui kursus-kursus fasilitator seperti Kursus Asas Fasilitator, Kursus Ketahanan, Kursus
Kumpulan Kecil dan Pengucapan Umum. Justeru itu, UPSM sangat giat menjalankan Program
Motivasi sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Dengan berpegang teguh kepada
kata hikmah Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Kembali UPSM turut
menganjurkan program-program yang berbentuk kemasyarakatan seperti Operasi Khidmat
Masyarakat (OPKIM) dan Bakti Siswa (BAKSIS). Program ini melibatkan masyarakat-masyarakat
luar bandar seperti Kampung Beng Perak, Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Nur Hikmah dan

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 2


DELEGASI PATRIOTIK 2014

Rumah Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan. Bagi melahirkan ahli-ahli UPSM yang berfizikal
cergas dan berfikiran cerdas. UPSM tidak lupa dalam memastikan aktiviti dan rekreasi luar
dijalankan pada setiap tahun seperti wter rafting, water confident, berakit dan pendakian gunung
di Malaysia seperti di Gunung Stong, Gunung Nuang dan Gunung Belumut.

Keterampilan, keilmuan, ketahanan dan sahsiah akademik merupakan aspek penting


dalam merealisasikan falsafah UKM. Namun, semangat kenegeraraan dan pepaduan antara
kaum merupakan elemen penting dalam melahirkan fasilitator dan mahasiswa/I sejajar dengan
teras UPSM dalam memperjuang negara yang harmoni. Keberkesanan dalam penyampaian
akan meletakkan tuntutan baru kepada mahasiswa hari ini supaya menjadi celik minda,
mempunyai kesedaran yang tinggi dan berkeupayaan dalam mentafsir isu global seiring dengan
kemajuan Negara. Berteraskan ideologi tersebut, maka Urusetia Pembangunan Sumber Manusia
mengambil inisiatif untuk mengadakan satu lagi program mega iaitu Delegasi Patriotik yang
bertemakan Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara!.

Program ini berfungsi sebagai platform dalam menyampaikan kesedaran tentang


kepentingan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa dan kakitangan. Tujuan program
ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya ahli UPSM sendiri dan
seterusnya menjana perpaduan dan kesefahaman yang lebih erat menggunakan konsep
intelektual dan lebih ilmiah daripada badan berkanun yang terdapat di Malaysia. Sesuai dengan
perkembangan sains dan teknologi, maka mahasiswa juga diberi peluang untuk menyahut
cabaran sebagai pelapis generasi yang akan menerajui negara ini kelak. Selain dari itu, program
ini mewujudkan peluang kepada bakal pewaris negara untuk belajar dan mengahadapi cabaran
akan datang dengan berkonsepkan pameran dan ceramah. Kebolehan dalam pengendalian
medan perniagaan di antara mahasiswa dan peniaga-peniaga luar merupakan satu nilai yang
perlu ada dalam diri setiap mahasiswa dan generasi Malaysia pada masa hadapan. Program ini
merupakan salah satu sahutan daripada cabaran Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, liberal dan toleran yang matang serta bebas dari segi psikologi, selamat dan maju.

3.0 LATAR BELAKANG


_____________________________________________________________________________

Delegasi Patriotik adalah suatu program yang dianjurkan umumnya untuk menanam sifat
patriotik serta sifat cinta akan negara dalam diri mahasiswa/i. Urusetia Pembangunan Sumber
Manusia juga turut mengambil inisiatif untuk menganjurkan program seperti ini demi melahirkan
pendekatan program yang berbeza daripada program-program lain. Program ini telah masuk
tahun yang kedua pada tahun ini yang mana pada tahun sebelumnya program ini diberikan nama
Delegasi Patriotik 2013 atau Detik 13. Detik 13 bertemakan Dedikasi Buat Negara dibuat
dengan kerjasama Biro Tatanegara. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti kayuhan patriotik,

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 3


DELEGASI PATRIOTIK 2014

larian patriotik, pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan pidato, wacana, pameran,
kaunter dj serta cabutan bertuah. Antara aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada warga Bangi dan warga UKM ialah kayuhan patriotik dan pertandingan
melukis kain rentang .Melalui beberapa aktiviti yang dijalankan ini bukan sahaja dapat menanam
semangat patriotik malah dapat memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti
yang telah dilakukan pada Detik 13 masih lagi dijalankan pada Detik 2014 yang mana terdapat
pertambahan aktiviti dari program yang sebelumnya seperti Pertandingan Bintang Patriotik serta
Pertandingan Futsal.

4.0 MISI

4.1 Menyemai semangat cintakan negara melalui ilmu kenegaraan.


4.2 Meningkatkan kesedaran patriostisme dalam kalangan generasi muda pelbagagi
kaum sebagai persediaan untuk mempertahankan dan memimpin negara.
4.4 Mewujudkan masyarakat berbilang bangsa yang menyumbang kepada
peningkatan kemahiran dan integriti dalam bekerja, matang dalam menyuarakan
pendapat serta mempunyai daya kreativiti tinggi dan sentiasa pandang ke
hadapan

5.0 MATLAMAT

5.1 Berusaha ke arah melahirkan generasi mahasiswa/i UKM yang berintegriti,


bersatu padu, mempunyai semangat perpaduan dan semangat cintakan negara
yang tinggi.
5.2 Mendokong hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melahirkan generasi
bersatu padu yang berfikiran bermoral dan beretika, liberal dan toleran yang
matang serta bebas dari segi psikologi dan berfikiran maju kehadapan.
5.3 Membantu menjayakan moto UKM Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan
dengan melahirkan mahasiswa yang progresif sebagai produk keluaran
tempatan yang mampu bersaing dalam konteks ekonomi, politik dan sosial.
5.4 Menjadikan program Delegasi Patriotik sebagai satu platform untuk membina
semangat kepimpinan dan jati diri yang ada dalam diri pelajar yang bergelar
mahasiswa selain memupuk semangat kerjasama serta perpaduan dalam
menjayakan transformasi negara.

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 4


DELEGASI PATRIOTIK 2014

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memastikan Delegasi Patriotik merupakan salah satu medium untuk mengeratkan
hubungan di antara warga UKM dan pihak luar.
6.2 Membentuk pelajar yang mempunyai ketahanan mental, fizikal dan rohani yang
tinggi dan seterusnya memupuk semangat perpaduan ke arah mengejar kejayaan
dan kecemerlangan diri.
6.3 Melatih dan mendidik mahasiswa/i berorganisasi, dipimpin dan memimpin serta
kemahiran-kemahiran insaniah (softskill) yang diperlukan dalam menjadikan
mahasiswa/i yang berketerampilan sebagai aset persediaan ke alam pekerjaan.
6.4 Membentuk generasi yang berfikiran kreatif, inovatif, berdaya saing, berakhlak
mulia serta mempunyai jiwa perpaduan yang jitu untuk memastikan perpaduan
terus terpelihara dalam negara ini
6.5 Memperkasakan mahasiswa dari segi pengalaman di dalam mengurus,
mentadbir, menyusun organisasi seterusnya memimpin generasi pemimpin muda
ke arah masyarakat yang maju dan berdaya saing.
6.6 Menuju visi dan misi UKM dalam melahirkan mahasiswa yang memiliki Towering
Personality; merangkumi penguasaan IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional
Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient).

7.0 TEMA

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara

8.0 ANJURAN

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara

9.0 TARIKH

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:


Tarikh : 26-27 April 2014

10.0 TEMPAT PROGRAM

10.1 Dataran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) baru, UKM, Bangi.
10.2 Pekan Bangi

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 5


DELEGASI PATRIOTIK 2014

11.0 PUBLISITI

11.1 Edaran flyers


11.2 Pemasangan bunting
11.3 Pemasangan kain rentang
11.4 Hebahan media cetak, elektronik dan sosial
11.5 Poster Digital UKM

12.0 RAKAN MEDIA


_____________________________________________________________________________
12.1 RTM
12.2 Berita Harian (Varsiti)
12.3 ANIS
12.4 TV3
12.5 KOSMO
12.6 SOLUSI

13.0 PEMASARAN

Antara cadangan pemasaran yang akan dijalankan bagi menjana pendapatan bagi program ini
adalah:

13.1 Dana dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

14.0 CADANGAN PERASMI

14.1 Cadangan Perasmian


14.11 Dato Azman Amin Bin Hassan
Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
14.12 Prof Dato Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Pengarah Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia
14.13 Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti kebangsaan Malaysia

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 6


DELEGASI PATRIOTIK 2014

15.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

15.1 Urusetia - 50 orang


15.2 Peserta - 500 orang
15.3 Ahli akademik
15.4 Kakitangan pentadbiran
15.5 Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar UKM
15.6 Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah
15.7 Cadangan usahasama bersama
15.71 Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri
15.72 Kementerian Pengajian Tinggi
15.73 Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
15.74 Jabatan Penerangan Malaysia
15.75 Jabatan Hal Ehwal Khas
15.76 Jabatan Muzium Malaysia
15.77 Angkatan Tentera Malaysia
15.78 Polis DiRaja Malaysia
15.79 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

16.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

17.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

18.0 PERINCIAN PROGRAM

18.1 Pameran
Pameran diadakan oleh agensi-agensi kerajaan dalam mempromosikan konsep
kenegaraan sebagai mahasiswa pelbagai kemahiran perlu dimiliki dan
kemahiran akan memerlukan input-input daripada bahan bacaan. Selain itu
jualan akan diadakan bertemakan barangan kebangsaan setiap negeri,
contohnya seperti Sarawak dengan mutiara, Johor dengan tempe, Terengganu
dengan batik dan sebagainya. Sasaran pengunjung adalah daripada mahasiswa
UKM, staf-staf UKM selain itu pengunjung daripada luar UKM dan IPT sekitar.

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 7


DELEGASI PATRIOTIK 2014

18.2 Wacana
Tajuk wacana kita adalah Perpaduan Kaum Dalam Konteks Kontrak Sosial di
Malaysia . Tajuk ini bersesuaian dengan keadaan negara kita yang sekarang
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai generasi yang
baru yang tidak begitu memahami apa itu Kontrak Sosial. Dengan wacana ini,
kita mampu menjelaskan kepada masyarakat terutama kepada generasi baru
iaitu mahasiswa tentang kefahaman yang terkandung dalam kontrak sosial
sejurus dengan itu melahirkan masyarakat yang sedar tentang menjaga
semangat perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dan memupuk
semangat sayang kepada negara Malaysia. Sasaran peserta seramai 120 orang
terdiri daripada pelajar UKM dan IPT sekitar dan staf-staf UKM serta orang
awam.

18.3 Cabutan Bertuah


Pelbagai hadiah menarik disediakan sebagai tarikan kepada pengunjung di
samping mendedahkan soalan-soalan berkaitan kenegaraan kepada
pengunjung.
.
18.4 Kaunter Deejay
Diadakan sebagai penghibur kepada hadirin yang hadir ke booth selain dari
memberi peluang kepada ahli UPSM untuk mengekpresikan bakat dalam bidang
pengacaraan. Dengan kaunter DJ ini juga akan memberi info-info dan maklumat-
maklumat mengenai kenegaraan secara tidak langsung kepada pengunjung.

18.5 Kayuhan Patriotik


Kayuhan dari Universiti Kebangssan Malaysia dengan memegang Bendera
Malaysia ke Pekan Bangi Lama. Tujuan kayuhan ini diadakan untuk
menimbulkan kesedaran semangat cinta akan Universiti dan secara tidak
langsung memberi semangat cinta akan Negara Malaysia. Selain itu, mampu
untuk menerapkan elemen perpaduan melalui penyertaan peserta yang
berbilang kaum berkayuh bersama-sama. Peserta seramai 200 orang yang
terdiri daripada kelab-kelab berbasikal di sekitar Negeri Selangor.

18. 6 Pertandingan Futsal


Pertandingan Futsal bertemakan Badminton Pemangkin Perpaduan. Peserta
daripada kalangan pelajar UKM dan IPT sekitar Lembah Klang yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Dengan pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan
diantara peserta dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan peserta yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 8


DELEGASI PATRIOTIK 2014

18.7 Senam seni


Senam seni akan mengunakan segala tarian setiap negeri untuk menerapkan
semangat perpaduan serta penonjolan elemen-elemn unik dari setiap negeri di
samping mengamalkan cara hidup yang sihat.

18.8 Pertandingan Pidato dan Bengkel Pengucapan Awam


Pertandingan pidato bertemakan patriotik dikalangan pelajar sekolah. Diadakan
bertujuan mengasah bakat peserta dalam pengucapan awam dan menanam
semangat patriotik dalam kalangan peserta yang terlibat. Peserta yang terlibat
mengikut kategori sekolah menengah sekitar Hulu Langat. Para peserta juga
akan diberikan bengkel pengucapan awam sebelum bermulanya aktiviti sebagai
ilmu yang boleh dipraktikkan semasa pertandingan berlansung dan juga bila-bila
masa sahaja.

18.9 Pertandingan Poster, Mewarna dan Banner


Pertandinagn poster, mewarna dan banner yang bertemakan patriotik yang
dianjurkan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan pra-sekolah ini bagi
mengasah bakat kreativiti pelajar di sekitar Hulu Langat. Secara tidak lansung
juga program ini dapat memberi kesedaran dan semangat cinta akan negara
Malaysia

18.10 Larian Amal


Larian Amal akan disertai oleh pelajar-pelajar UKM dan IPT serta orang awam
sekitar Bangi seramai 200 orang bagi mendapatkan dana sumbangan untuk
tabung tentera yang terkorban dalam pertempuran Lahad Datu, Sabah.

18.11 Pertandingan Bintang Patriotik


Pertandingan Bintang Patriotik ini bagi mengasah bakat peserta dalam seni
suara dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta yang menyertai.
Lagu yang ditetapkan mestilah berunsurkan patriotik bagi menanamkan
semangat menghargai seni Negara. Sasaran peserta dari kalangan mahasiswa
UKM dan IPT sekitar Lembah Klang

19.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 9


DELEGASI PATRIOTIK 2014

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi:
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia
Paras 2, Bangunan Pusanika,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p : Nurul Hadila Binti Mohd Radzir)

Tel : 012-4954625
Faks : 03-89214534
E-mel : ila_diela92@yahoo.com
Laman Web : www.upsm-ukm.blogspot.com

21.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini mendapat perhatian, sokongan dan bantuan kewangan daripada
pihak JPPel demi menjayakan Projek Delegasi Patriotik 2014. Semoga program ini berjalan
dengan lancar dan seterusnya berjaya mencapai objektif yang telah disasarkan. Terima kasih
kepada pihak Yayasan Pendidikan Cheras atas kerjasama yang diberikan.

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 10


DELEGASI PATRIOTIK 2014

Disediakan oleh,

..........................
NURUL HADILA BINTI MOHD RADZIR
Ketua Pengarah Delegasi Patriotik 2014
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Kebangsaan Malaysia

Disahkan oleh, Dengan usahasama

.......................... ......................................
NURUL IMAMAH BINTI TAJRI AHMAD KHUSYAIRIE BIN YUSOF
Pengerusi Presiden
Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Sekretariat Rukun Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel : 019-476104

Diluluskan oleh,
ABDUL QAIYUM BORHAN

..........................
Penasihat Sekretariat Rukun Negara
Penolong Pendaftar
Pusat Akreditasi Pelajar
Universiti Kebangsaaan Malaysia
No Tel : 012-5816365

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 11


DELEGASI PATRIOTIK 2014

LAMPIRAN A
ORGANISASI DELEGASI PATRIOTIK 2014

Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM

Pengerusi
Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras
Encik Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar,UKM

Penasihat
Encik Abdul Qaiyum Borhan
Penolong Pendaftar,
Pusat Akreditasi Pembelajaran, UKM

Ketua Pengarah
Nurul Hadila Binti Mohd Radzir (FKAB/3/A137355)
012-4954625

Timbalan Ketua Pengarah


Abdul Hakim Bin Abdullah (FKAB/2/A141188)
013-4342178

Setiausaha
Suraiya Musfirah Binti Razalan (FST/2/A141638)
011-18621047

Bendahari
Nurhumaizatul Akmal Binti Mustafa (FSSK/2/A142416)
014-5346576

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 12


DELEGASI PATRIOTIK 2014

Pengarah Program : Muhammad Nurluqman Bin Mohd Zin (FSSK/3/A137194)

Pengarah Pemasaran : Aiman Mardhiah Binti Abd Halim (FST/2/140842)

Pengarah Jualan : Wan Nadhirah Binti Wan Rusli (FEP/2/A139392)

Pengarah Teknikal : Najatul Amira Binti Rahmat (FKAB/2/A142390)

Pengarah Protokol : Nur Hamizah Binti Romli (FTSM/2/A142182)

Pengarah Jamuan : Noor Naziha Binti Mohamad Zamri (FST/2/A141648)

Pengarah Publisiti : Alnurmaeza Binti Matyusof (FEP/2/A140203)

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Siti Noorul Aina Binti Ab Rahim (FST/3/A138134)

Pengarah Cenderahati : Nor Aisah Binti Ismail (FSSK/2/A142406)

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 13


DELEGASI PATRIOTIK 2014

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM DELEGASI PATRIOTIK 2014

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT


26 April 2014 (Sabtu)
8.00 pagi 10.00 malam Pameran dan Kaunter Deejay dan FST BANGUNAN BARU,
Cabutan Bertuah UKM
8.00 pagi 5.00 petang Derma Darah FST BANGUNAN BARU,
UKM
8.00 pagi 1.00 petang Pertandingan Pidato dan Bengkel FST BANGUNAN BARU,
Pengucapa Awam UKM
8.00 pagi 1.00 petang Pertandingan Mewarna FST BANGUNAN BARU,
UKM
8.00 pagi 1.00 petang Pertandingan Bintang Patriotik FST BANGUNAN BARU,
UKM
8.30 pagi 3.00 petang Pertandingan Futsal KOLEJ KERIS MAS, UKM

2.00 petang 4.00 petang Wacana FST BANGUNAN BARU,


UKM
27 April 2014 (Ahad)
8.00 pagi 12.00 tengahari Pameran dan Kaunter deejay dan FST BANGUNAN BARU,
Cabutan Bertuah UKM
8.00 pagi 12.00 tengahari Derma Darah FST BANGUNAN BARU,
UKM
8.00 pagi 12.00 tengahari Senam Seni dan Larian Amal FST BANGUNAN BARU,
UKM
8.00 pagi 12.00 tengahari Kayuhan Patriotik UKM PEKAN BANGI
LAMA
8.00 pagi 12.00 tengahari Pertandingan Poster dan Banner FST BANGUNAN BARU,
UKM
2.00 petang 4.00 petang Perasmian Penutup FST BANGUNAN BARU,
Penyampaian Hadiah UKM

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 14


DELEGASI PATRIOTIK 2014

LAMPIRAN C
ANGGARAN BELANJAWAN KESELURUHAN
DELEGASI PATRIOTIK 2014

1. ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM
1 SUMBANGAN
Jabatan Perkhidmatan Pelajar RM200.00
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi RM15,000.00
Nasional
JUMLAH PENDAPATAN RM15,200.00

2. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
1. Gerak Kerja Awal : Pengurusan RM 200.00
2. Program
2.1 Wacana
Bayaran Saguhati (RM 200 x 3 orang) RM 600.00
Jamuan VIP ( RM 15 x 3 orang) RM 45.00
Jamuan Peserta (RM 5 x 100 orang) RM 500.00

Cenderahati (RM 1 x 100 orang) RM 100.00

2.2 Pameran
Papan Pamer (RM 20 x 10 papan) RM 200.00

Kanopi (RM 150 x 3 buah) RM 750.00

2.3 Cabutan Bertuah (RM 5 x 5 kali x 10 orang) RM 250.00

2.4 Pertandingan Mewarna/Poster/Banner


Hadiah Utama (RM 100) RM 100.00
RM 150.00
Saguhati (RM 50 x 3 orang)
RM 150.00
Jamuan (RM 3 x 50 orang)

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 15


DELEGASI PATRIOTIK 2014

2.5 Pertandingan Futsal


Hadiah (Tempat Pertama) RM 300.00
Hadiah (Tempat Kedua) RM 200.00
Hadiah (Tempat Ketiga) RM 100.00

2.6 Senam Seni


Bendera (RM 1 x 150 helai) RM 150.00

2.7 Kaunter Deejay


Pop Quiz (RM 2 x 100 orang) RM 200.00

Teknikal RM 0.00

2.6 Kayuhan Patriotik


Baju (RM 10 x 150 helai) RM 1,500.00
RM 750.00
Makanan tengah hari (RM5 x 150 orang)
RM 150.00
Bendera (RM 1 x 150 helai)
RM 150.00
Cabutan Bertuah (RM 10 x 15 orang)

2.6 Pidato
RM 100.00
Hadiah Utama (RM 100)
RM 90.00
Saguhati (RM 30 x 3 orang)

2.7 Larian Amal


Bendera (RM1 x 100 helai)
RM 100.00

2.8 Bintang Patriotik


RM 100.00
Hadiah (Pertama)
RM 80.00
Hadiah (Kedua)
RM 50.00
Hadiah (Ketiga)
RM 0.00
Teknikal

3. Publisiti
Kain Rentang (RM 50 x 10 helai) RM 500.00
Banting (RM 20 x 30 helai) RM 600.00
Pamplet (RM 1 x 150 keping) RM 150.00
Poster (RM 1 x 300 keping) RM 300.00

Backdrop RM 320.00

Tag Urusetia (RM 2 x 80 orang) RM 80.00

Buku Cenderamata (RM 5 x 100 unit) RM 500.00

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 16


DELEGASI PATRIOTIK 2014

Flyers (RM 0.10 x 500 keping) RM 50.00


Bendera Hiasan (RM 5 x 50 unit) RM 250.00

5. Jamuan
AJK (RM 5 x 80 orang x 2 hari) RM 800.00
Perasmi (RM 25 x 3 orang) RM 75.00
6. Cenderamata program
Perasmi (RM 10 x 5 orang) RM 50.00
8. Runcit dan Kontinjensi RM 300.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 15,200.00

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 17


DELEGASI PATRIOTIK 2014

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR DETIK 2013 (DETIK 13)

Peserta Kayuhan Patriotik di Putrajaya

Persembahan Tarian Perang oleh Pasukan Palapes UKM

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 18


DELEGASI PATRIOTIK 2014

Salah Seorang Peserta Pertandingan Pidato

Peserta Larian Patriotik yang terdiri daripada Pelajar Sekolah

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 19


DELEGASI PATRIOTIK 2014

Peserta Pertandingan Mewarna

Perpaduan Mahasiswa, Membentuk Masa Depan Negara 20

Anda mungkin juga menyukai