Anda di halaman 1dari 8

BAB 3:

KAJIAN LITERATUR

3.1 Pendahuluan

Dalam era globalisasi ini banyak hal yang dapat dilakukan seseorang dengan
komputer. Komputer adalah media yang mempermudah pekerjaan
seseorang dalam bayak bidang terutamanya dalam bidang pendidikan. Selain
dapat mengakses informasi dari segala penjuru dunia, komputer juga dapat
membantu para pendidik untuk menyediakan pelajaran yang menarik dan
kreatif baik di peringkat sekolah yang paling rendah hingga ke peringkat
pendidikan paling tinggi.

Internet, singkatan dari Interconnection And Networking, adalah jaringan


maklumat global. Internet diperkenalkan kali pertama oleh J.C.R. Licklider dari
Massachusetts Institute Technology (MIT) pada bulan Ogos 1962. Peringkat
awal, internet digunakan untuk membantu mencari maklumat menjadi
semakin mudah dan meluas. Internet adalah sumber ilmu pengetahuan yang
tiada hadnya. Jika sebelum diperkenalkan internet, seseorang yang ingin
mencari sesuatu mkluat perlu mengambil masa yang panjang untuk
menyelongkar buku di perpustakaan, hari ini proses mencari maklumat
menjadi lebih mudah dan pantas d sehingga timbul ungkapan dunia di hujung
jari.
Zaman teknologi maklumat dalam bidang pendidikan ini
berkembang pesat sekali selari dengan era globalisasinya yang bergerak
dengan begitu pantas. Ledakan teknologi dan perkembangan
komunikasi menyebabkan wujudnya pelbagai konsep yang dihasilkan oleh
banyak pihak yang boleh dimanfaatkan oleh warga pendidikan. Ini memberi
impak yang besar kepada pendidikan masa kini khususnya sekolah dalam
membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar. Internet bukan
sekadar media untuk meneroka ilmu tetapi kini penggunaannya lebih meluas
lagi hingga menjadikan internet sebagai kaedah wajib pembelajaran masa kini
dan dijangka terus mendominasikan bentuk pembelajaran masa depan.

34
3.2 VLE Frog Sebagai E-Pembelajaran

VLE yang merupakan salah satu kaedah pembelajaran maya seharusnya


berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana berlaku komunikasi dua hala di
antara guru dengan murid dan di antara murid dengan murid yang lain. Namun
yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi
bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada
proses pemantauan dan penilaian. Pembelajaran seharusnya tidak berlaku
hanya sehala sahaja iaitu pengajar memberikan bahan-bahan pengajaran dan
pelajar menerima serta meluahkan semula melalui peperiksaan. Pembelajaran
maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di mana pelajar secara aktif
menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan,
perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.

E-Pembelajaran di negara kita sebelum ini lebih terarah kepada bentuk


pembelajaran secara jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya hanya
ditawarkan diperingkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan
usahasama universiti-universiti luar negara. Tetapi kini e-pembelajaran telah
diterima secara meluas diperingkat yang lebih rendah lagi iaitu di sekolah.
E-pembelajaran ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang memanfaatkan infrastruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan
pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). Jika
sekolah-sekolah ada komputer dan talian Internet, maka
bahan-bahan e-pembelajaran dapat digunakan dengan efektif dan efisien
sekali. E-pembelajaran bersifat fleksibel dalam memilih waktu dan tempat
untuk melaksanakan pembelajaran. Kaedah ini memberikan ruag secar luas
kepada pelajar untuk belajar secara kendiri, sesuai dengan keperluan dan
kekangan yag dihadapi.

Apa yang menarik tentang VLE ini ialah menjadikan bilik darjah sebagai
satu ruang sosial untuk warga sekolah berhubung secara atas talian (online).
Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai
pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan

35
konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan
markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah
mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui VLE ini. Malah Ibu
bapa juga boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir boleh
menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE ini
boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan
Internet.

Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di


mana berlaku komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara
murid dengan murid yang lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak
bertemu secara bersemuka tetapi bertemu di ruang maya. Seterusnya, di
dalam pembelajaran maya juga ada proses pemantauan dan penilaian.
Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar
memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan
semula melalui peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih
berfokuskan pelajar, di mana pelajar secara aktif menyelesaikan segala
permasalahan yang diberikan melalui penerokaan, perbincangan dan berfikir
pada tahap tinggi.

3.3 Kandungan VLE Frog

Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid (2015), mengatakan melalui VLE FROG
ini akan terbentuk rangkaian sosial untuk sekolah di mana melibatkan pelbagai
komuniti dalam persekitaran sekolah. Sebagai contoh guru-guru dapat
memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara
pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE
FROG. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala
pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan
notis sekolah melalui laman komuniti Frog yang telah disediakan.

36
Dalam VLE frog ini disediakan ruangan Forum yang membolehkan guru,
pelajar dan pentadbir VLE Frog berkongsi dan bertukar pendapat dengan lebih
terbuka. Ini adalah forum bagi seluruh sekolah yang boleh di lihat oleh guru
dan pelajar sahaja. Pelajar dan guru boleh berbincang dan menjawab tentang
sesuatu topik yang dipaparkan. Hanya pentadbir VLE frog boleh mencipta topik
di dalam forum berkenaan.

VLE frog juga mewujudkan Email Group melibatkan guru, pelajar, ibu
bapa dan pentadbir VLE Frog. Setiap pengguna yang memiliki akaun VLE frog
mempunyai akses ke email sendiri. Email Group boleh dihantar dan diterima ke
pengguna lain, bukan sahaja antara sekolah tetapi di mana-mana sahaja.
Dokumen berkaitan sekolah juga dapat di kongsi bersama seperti borang
mahupun surat rasmi kepada ibu bapa penjaga. Dalam VLE Frog pihak sekolah
boleh mengedarkan notis dan kalendar sekolah untuk semakan semua guru,
pelajar, ibu bapa dan pentadbir VLE Frog. Melalui notis sekolah semua
makluman terkini berkenaan sekolah dapat diketahui oleh setiap ahli komuniti.
Manakala melalui Kalendar Sekolah semua ahli komuniti dapat mengetahui
aktiviti yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak sekolah sepanjang
tahun tersebut.

Dalam VLE Frog juga terdapat Learn Centre bagi kegunaan guru,
pelajar, ibu bapa dan pentadbir VLE Frog. Merupakan satu halaman bantuan
dan video sebagai panduan untuk semua pengguna dapat memahami dan
menggunakan VLE FROG dengan cepat dan cekap. VLE Frog juga
membolehkan Google Drive digunakan oleh semua tanpa
sekatan. Perkhidmatan menyimpan awan peribadi yang disediakan oleh
google untuk membolehkan penggunanya menyimpan dan berkongsi
kandungan digital menerusi komputer, komputer riba dan telefon bimbit. Yang
terakhir ialah dalam VLE Frog terdapat Frogstore yang merupakan satu pasar
pengajaran dan pembelajaran yang memberi akses kepada semua pengguna
untuk mendapatkan produk, perkhidmatan dan juga paling penting kandungan
pendidikan yang terbaik bagi tujuan meningkatkan perjalanan pembelajaran
pelajar-pelajar.

37
3.4 Tinjauan Organisasi

Kajian yang dipilih ialah kajian yang dibuat oleh Norazilawati Abdullah . et
al (2013) yang membuat kajian tentang aplikasi persekitaran pengajaran
maya (frog VLE) dalam kalangan guru sains. Kajian ini cuba untuk mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan
empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak.
Sekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolah rendah kebangsaan harian biasa
dan berasaskan aliran akademik sahaja. Guru yang menjadi responden
kajian ini telah ada pengalaman untuk mengeluarkan pendapat sendiri
tentang pelaksanaan persekitaran pengajaran maya ini.

Dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian persekitaran pengajaran


maya merupakan salah satu pendekatan yang disarankan untuk
dilaksanakan dalam mata pelajaran sains. Melalui temu bual responden
kajian menjelaskan fahaman mereka tentang pengaplikasian persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE). Rumusan pengkaji mengatakan responden
temu bual faham dan tahu persekitaran pengajaran maya (Frog VLE). Ini
terbukti apabila kesemua responden tahu dan dapat menjelaskan apa itu
Frog VLE iaitu satu projek 1BestariNet yang mempunyai fungsi sebagai
komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah. Frog VLE adalah
platform cloud yang fleksibel dan boleh diakses di mana-mana jua dari luar
kawasan sekolah juga. Fail dan data yang disimpan di Cloud boleh diakses di
mana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian internet. Malah,
setiap murid dan guru diberi ID log masuk (password) peribadi sendiri dan
akses percuma VLE setiap kali log masuk ke Frog VLE.

Dapatan kedua pengkaji ialah berkaitan pandangan guru sains


tentang pengaplikasian persekitaran pengajaran maya Frog VLE. Melalui
soalan kunci yang di kemukakan, pengkaji mendapat pandangan responden
temu bual tentang pengalikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE).
Melalui soalan tentang pernahkah cikgu mengaplikasikan Frog VLE dan

38
berapa kerap penggunaannya, secara keseluruhannya, didapati guru pernah
mengaplikasikan Frog VLE. Didapati juga, walaupun guru berada di luar
bandar, mereka ada yang lebih kerap menggunakan aplikasi ini berbanding
guru yang berada di bandar. Namun ianya bukan menjadi keutamaan dan
prioriti guru untuk melaksanakannya. Walau ada guru menjelaskan ianya
membantu proses pengajaran dan pembelajaran namun tidak semua guru
selesa menjalankannya walau telah diberi kursus dan kemudahan.

Dapatan ketiga daripada kajian ini ialah pandangan guru sains tentang
kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan
persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) Bagi soalan ini, didapati guru
pernah menjalankan kaedah pengajaran secara maya menggunakan Frog
VLE ini. Ianya membantu pengajaran dan pembelajaran sains. Namun tidak
semua guru selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan
kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakannya. Antaranya ialah
capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan
kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk
mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pengaplikasian Frog VLE ini guru
mencadangkan agar, adanya pemantauan berterusan dari pihak pentadbir,
pelan pelaksanaan yang jelas perlu diberikan kepada semua warga sekolah,
silibus sains dikurangkan, guru juga kena berfikiran positif, membuat
perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus
yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan
penggunaan Frog VLE ini.

3.5 Cadangan

Beberapa langkah boleh dipertimbangkan oleh kepimpinan sekolah dalam


usaha untuk membangunkan dasar menyeluruh sekolah bagi tujuan
pelaksanaan VLE. Perkara pertama yang mesti ada ialah, pentadbir sekolah
perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekitaran pembelajaran maya.
Matlamat tersebut mestilah praktikal yang boleh dicapai dan boleh mengatasi

39
masalah berhubung pembelajaran dan pengajaran. Seterusnya, pelan
pelaksanaan perlu melibatkan kesemua warga, aktiviti, dan ibu bapa perlu
dibangunkan. Program peningkatan kemahiran perlu diatur untuk memastikan
bukan guru yang berminat dan berkemahiran sahaja yang aktif dalam
pelaksanaan.

Pemantauan adalah salah satu elemen penting yang perlu dijalankan.


Perlantikan pasukan yang boleh membantu dalam strategi pemantauan adalah
mustahak agar pentadbir mendapat sokongan dan maklumbalas dari
pengguna. Maklumbalas berhubung pelaksanaan patut dikumpulkan dan
dinilai bagi tujuan pembaikan yang menggambarkan pentadbiran sekolah yang
peka dan sensitif dengan masalah yang mungkin timbul seterusnya penilaian
semula pelan berdasarkan maklumbalas dan memperbaiki strategi
pelaksanaan mestilah dilaksanakan daripada semasa ke semasa.

3.6 Kesimpulan

VLE Frog adalah pengajaran maya yang dapat menyediakan suasana


pembelajaran yang kaya media, interaktif, menyokong pembelajaran
pengalaman dan dapat menghubungkan pelajar dengan konteks pembelajaran.
Persekitaran pembelajaran maya menawarkan banyak kelebihan. Penyediaan
peralatan perkomputeran di semua sekolah yang lengkap dengan kemudahan
Internet dan rangkaian tanpa wayar seharusnya meningkatkan ruang dan
peluang penerapan realiti maya dalam pembelajaran murid kita.

Apa yang diharapkan ialah, penggunaan VLE Frog mampu


meningkatkan pencapaian pelajar yang lemah dan meningkatkan kefahaman
dalam topik yang sukar dan kompleks. Konsep pembelajaran maya ini juga
diperkenalkan untuk membolehkan seorang murid berbincang dengan seorang
murid yang lain atau melakukan perbincangan berkumpulan secara meluas.
Mereka boleh berbincang dan memberi pendapat tentang kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Sama seperti di dalam kelas, murid-murid akan menerima
maklum balas segera terhadap kemajuan mereka dan cubaan soalan mereka.

40
VLE frog ini juga menyediakan ciri-ciri yang sama walaupun murid
berada di rumah, murid akan diberi peluang untuk mencuba soalan yang telah
dilakukan di sekolah dan mencubanya di rumah. Di sini, murid berpeluang
untuk belajar dari kesilapan dan membuat ulangkaji di rumah. Ibu bapa juga
berpeluang bersuara dengan melibatkan mereka dengan pembelajaran anak
mereka di rumah. Ibu bapa diberikan akses kepada laporan kehadiran dan
tingkah laku dan prestasi pembelajaran anak masing-masing secara atas
talian bila-bila masa.

41

Anda mungkin juga menyukai