Yang Berbahagia,
Datuk Hj Sulaiman Bin Haji Abd Razak
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Permatang
Yang Berusaha,
En Isa Bin Abdullah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing
Yang Berusaha,
En.Azimi Bin Samsudin,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang.
Yang Dihormati,
Tuan Haji Masdar Bin Dasuki
Pengerusi JKKP Kg Tok Adam
1
Melati kuntum cantik berhias,
Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah Cemerlang 2016
Murid cemerlang kita hargai.
Terima kasih diucapkan kepada En. Bakhtiar bin Fadzil di atas ucapan
sebentar tadi.
(Graduasi Prasekolah)
2
Sebagai penyeri majlis, kita akan disajikan dengan dendangan
lagu Nasyid daripada murid-murid Tahun 2 yang bertajuk Zikir
Munajat. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
(NASYID TAHUN 2)
3
Terima kasih diucapkan kepada En.Isa Bin Abdullah selaku
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing di atas ucapan
beliau sebentar tadi.
Datuk Hj Sulaiman orang tempatan,
Segak bergaya dan wajahnya tampan,
Dijemput tampil beri ucapan,
Harap-harap dapatlah memberi sedikit sumbangan.
Dijemput:
4
Disusuli kini, upacara penyampaian hadiah bagi kategori
pencapaian terbaik mengikut kelas bagi tahun 2010.
Assalamualaikumwbh..
Selamat kembali ke dewan sementara ini.
5
Tenaga petani asyik diperah,
Di tepi sawah ada titi,
Dikir barat bimbingan Pn.Nadzirah,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaikan hadiah bagi kategori
MATA PELAJARAN TERBAIK 2010. Untuk itu, dijemput Tuan Guru
Besar, Tuan Haji Mohd Hanim Bin Amir untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.
6
Berikutnya akan disampaikan hadiah bagi KEHADIRAN PENUH
SEPANJANG 2010.
Dijemput: Rujuk senarai m/s 12.
7
Dengan ini diumumkan TOKOH MURID PEREMPUAN 2010
dianugerahkan kepada Nurin Anis Qistina bt Mohd Sobri. Dijemput
naik ke pentas.
Terima kasih diucapkan kepada En.Azimi bin Samsudin kerana
sudi menyampaikan hadiah.
Gigih berusaha capai kejayaan,
Ganjaran diberi tanda pengiktirafan.
Seterusnya dijemput Pn.Norzakiah Bt Hj Daud, Penyelaras
Unit Kecemerlangan Tahun 6 untuk mengumumkan keputusan
Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) bagi tahun
2010. Dipersilakan.
(PENGUMUMAN KEPUTUSAN)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar tahun 6 yang telah
mencapai kejayaan 5A dalam UPSR 2010. Terima kasih juga diucapkan
kepada guru-guru Tahun 6 terutamanya atas komittmen yang diberikan
hingga mencapai kejayaan yang membanggakan. Tidak lupa juga
kerjasama dan berkat doa ibu bapa pelajar Tahun 6 turut membantu
mencapai kejayaan.