Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

SENARAI HALAMAN

1.0 Pendahuluan 2-4

2.0 Objektif kajian 4

3.0 Kaedah Kajian 4

4.0 Konsep Tamadun Melayu 5

5.0 Teori kedatangan Islam dari Arab 6-13

6.0 Teori kedatangan Islam dari China 13-17

7.0 Teori kedatangan Islam dari India 17-19

8.0 Teori kedatangan Islam dari 19


Champa

9.0 Kesimpulan 20

1.0 PENDAHULUAN

Tamadun dalam konteks masyarakat selalu dikaitkan dengan konsep yang luas maksudnya.
Dalam pada itu, teori kedatangan tamadun Islam ke tamadun Melayu juga berkaitan dengan

1
teori-teori asas yang diketengahkan oleh para sarjana dan ilmuan yang terulung. Ia amat
berkait rapat dengan soal pembangunan sosial masyarakat yang boleh dikelaskan sebagai
masyarakat yang telah mempunyai teknologi dan berkaitan dengan bandar. Jadi, proses
bagaimana sesebuah tamadun itu mula dan berkembang juga mengalami pelbagai corak
perkembangannya yang tersendiri terutamanya melalui hubungan atau interaksi antara
pedagang-pedagang pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, terdapat teori tentang
bagaimana kedatangan Islam dalam tamadun Melayu. Perbincangan tamadun dan
ketamadunan oleh para sarjana banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Antara
istilah -istilah yang sering digunakan ialah civilization dalam bahasa Inggeris, tamadun dan
peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap
istilah ini mempunyai maksud dan tafsiran nya yang tersendiri. 1

Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal
atau perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai baik dan tingkahlaku yang mulia
merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam pembinaan sesebuah
tamadun. Teori kedatangan Islam ketamadun Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam
penyebaran Agama Islam melalui tamadun Islam ke alam Melayu. Antaranya ialah
penyebaran Islam melalui pedagang pedagang dari Arab, India dan China. Melalui
perdagangan ini, maka secara tidak langsung telah berlaku perkembangan Islam
termasuklah melalui proses perkahwinan, nilai-nilai akhlak , dari aspek kepimpinan (interaksi
antara tamadun), sikap golongan agama dan lain-lain lagi.

Konsep tamadun Islam menyentuh beberapa aspek yang menetapkan world view
tamadun Islam. Proffesor Syed Naquib Al-Attas telah mentafsirkan tamadun Islam sebagai
satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila
dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Keberadaan Islam di
rantau alam Melayu yang tediri daripada daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya
(gugusan kepulauan Melayu) telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat
rantau Alam Melayu.

Alam Melayu mula dikenali di seluruh dunia walaupun dalam bentuk yang sederhana.
Kejayaan ini telah menambah lembaran sejarah alam Melayu dengan tercatatnya tamadun
Melayu. Status ini diberikan kerana masyarakat serantau Alam Melayu berjaya membina
kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai aspek yang dimulai dengan keagungan
pemerintahan, perlaksanaan undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan
1
Fairuzah Hj. Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari ,
Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008. Hal 1.
2
ekonomi dan kemurnian budaya sosial. Tamadun Melayu yang dibentuk oleh sekelompok
manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan
bertempat di wilayah asia tenggara. Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang
dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan
penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu.

Situasi ini bertambah mantap apabila, mubaligh berjaya menarik minat pemerintah
Melayu. Sedikit demi sedikit pemerintah Melayu beralih kepada kepercayaan tamadun
Melayu sebagai tamadun yang menjalinkan suku kaum Melayu yang pelbagai. Sebagai
contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah menerima akidah Islam dari Syed Abdul Aziz
untuk diri dan keluarganya.2

Dalam konteks kedatangan agama Islam ke rantau ini, terdapat tiga teori
mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Teori-teori ini
menunjukkan perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca kedatangannya, dan juga
kawasan manakah yang menerima agama Islam. Teori pertama menyatakan bahawa Islam
dibawa terus dari semenanjung tanah Arab pada kurun ke-.3

Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyebarkan
Islam ketamadun Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan dakwah , melalui perkahwinan
dengan wanita tempatan , kemudian mempunyai zuriat. Seterusnya Islam tersebar dan
secara tidak langsung membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa
masuk kerantau Asia tenggara dan wujudnya interaksi antara tamadun yang berlainan.
Agama Islam merupakan agama yang istimewa. Hal ini kerana ia merupakan agama yang
mudah difahami, yang menekankan hak kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat
rasional dan logikal , yang mengutamakan kehalusan akhlak dan budi bahasa yang dianggap
serasi dengan orang Melayu. Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai merupakan pusat
tamadun Melayu Islam terawal.

Di semenanjung tanah Melayu , Melaka muncul sebagai sebuah pusat tamadun


Melayu Islam yang menguasai selat Melaka sekitar kurun ke-16 dan di buka oleh
Parameswara. Penyebaran agama Islam dialam Melayu melalui dua tahap ;tahap
kedatangan atau ketibaan dan tahap perkembangan. Alam gugusan Melayu yang terdiri
daripada beberapa buah negeri Indonesia, Filipina , Brunei, Pattani dan Malaysia yang
terletak dilautan Hindi dan laut China Selatan iaitu pintu sempit yang mesti dilalui oleh
2
Fairuzah Hj.Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari,
Selangor:Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008. Hal. 87.
3
Tamadun Islam dan Tamadun Asia: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal. 165.
3
kapal-kapal yang berulang-alik antara Lautan Hindi dengan Laut China Selatan. 4 Kewujudan
negeri-negeri yang terawal menerima pengaruh Islam itu dibuktikan menerusi artifak seperti
batu bersurat dan batu nisan , serta catatan pengembara Cina, Arab dan Portugis. Agama
Islam mula disebarkan di Tanah Melayu.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti teori kedatangan Islam dari Arab, China, dan India.

2.2 Mengenalpasti teknik yang digunakan oleh para pendakwah dalam memperkembangkan

dakwah Islam di alam Melayu.

2.3 Mengenalpasti hujah tokoh mengenai perkembangan Islam di Alam Melayu.

3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Internet

Sumber internet digunakan bagi menampung kekurangan maklumat. Pengkaji telah mencari
maklumat dari sumber yang boleh diyakini, agar dapat menguatkan fakta. Hasil maklumat
itu, seterusnya ditapis untuk disepadankan dengan kajian yang dipilih. Pengkaji mencari
maklumat melalui sisipan akhbar dalam bentuk online.

3.2 Rujukan Perpustakaan

Pengkaji lebih mengfokuskan penggunaan bahan bacaan di perpustakaan. Kebanyakkan


buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kajian, didapati berada di perpustakaan. Pelbagai
buku dirujuk agar dapat memastikan wujud pelbagai bidang ilmu dalam kajian pengkaji.
Fakta yang dikutip hasil pembacaan dianalisis dan dipilih dengan teliti agar maklumat kajian
tidak dipertikai kesahihannya.

4.0 KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di
suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan
Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor

4
Mahayudin Hj Yahaya, Islam di Alam Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia: Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2001. Hal 1.
4
utama yang mewarnai wilayah ini sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang
menjadi lingua Franca atau bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua,
agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan
perantaraan bahasa Melayu dengan kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.

Istilah Melayu boleh juga ditakrifkan berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya
iaitu Melayu tergolong dalam cabang Melayu - Indonesia yang mengelompokkan bersama-
samanya suku Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau,
Murut, Bugis dan sebagainya. Cabang Melayu Indonesia terangkum pula di dalam Rumpum
Bahasa Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu keluarga bahasa Austric. 5

Tamadun ini telah muncul di alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga
dengan beberapa kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam seperti Funan, Angkor
selain kerjaan Melayu maritime seperti Langkasuka (Pattani) (2-14M), Srivijaya (Palembang)
(670-1025M), Lembah Bujang (Kedah) (Abad ke-7M), dan Kuala Selingsing (Perak) dan
Majapahit (1292M). Kerajaan-kerajaan ini menjadi pengasas kepada Negara-negara kota
yang mebentuk Tamadun Melayu Islam kemudiannya.

Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk dipisahkan.
Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand, selatan Filipina, Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Singapura.6

5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB

Islam dibawa terus dari semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7. Teori ini dikemukakan
oleh John Crawford dan juga oleh Niemann dan De Hollander yang seterusnya mendapat
sokongan sokongan Seminar Masuknya Islam ke Indonesia dan juga Prof. S. M. Naquib al-
Attas.

(a) Peranan Pedagang Arab


5
Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal. 165.
6
Zulkiflee Haron dan lian-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai : Penerbit UTM Press. 2013.
Hal. 99-100.
5
Pendapat ini berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan
Alam Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di semenanjung Tanah Arab. Selain itu,
S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat bahawa kandungan persuratan Melayu Islam
dengan konsep dan istilah dan sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber
Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

(b) Pengislaman pemerintah

Kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal.
Perlak merupakan Kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan
raja pertamanya, Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan
al-Mukammil seorang ulama bernama Abdullah Arif telah sempai dengan membawa kitar
Bahr Lahut ( Lautan Ketuhanan) yang membicarakan ilmu tasawuf.

Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diIslamkan dan diberi nama Sultan Malik al-
Saleh oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini
kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan Melaka dan
mengambil alih peranan penting sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam
terutamanya di kawasan barat alam Melayu sekitar kurun ke-17. Antara raja Aceh yang
penting dan terkenal ialah Sultan Allaudin Riayat Shah (1558-1604), Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam (1606-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai
oleh raja-raja perempuan apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan sebagai
pemerintah Aceh. Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah
menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain peranannya sebagai pusat perdagangan
dan kuasa politik orang Melayu Islam.

(c) Kekuatan Melaka

Bukti lain ialah kerajaan Melaka yang dibuka sekitar tahun 1400 oleh Parameswara
apabila ianya diserang oleh kerajaan Jawa. Menerima ajaran Islam yang disampaikan oleh
Makhdum Syed Abdul Aziz, seorang mubaligh dari Makkah sekitar 1414. Al-Aziz yang
mengislamkan raja Melaka iaitu Parameswara yang kemudiannya digelar Iskandar Syah.
Menurut Tome Pires, Pengislaman Parameswara ada kaitannya denga peristiwa
perkahwinan Parameswara dengan puteri Pasai yang beragama Islam pada tahun 1414.

6
Sejak perkahwinan itu, Islam mula berkembang yang menyebabkan semakin ramai ulama
Arab berkunjung ke Melaka. Kitab-kitab tauhid yang berunsur tasawuf seperti kitab Durr al-
Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi dan Umm al-Barahim oleh al-Sanusi telah diajarkan
di Melaka, Aceh dan Riau.

Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada pertangahan kurun ke-15, menjadi


pelabuhan perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk.
Melaka juga berperanan sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam. 7

Kedatangan Islam bermakna kedatangan bahasa Arab kerana kedua-duanya tidak


dapat dipisahkan. Bahkan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Islam
tidak akan dapat disebarkan tanpa bahasa Arab sebagai perantaraan. Tanpa Islam sebagai
isi kandungan, bahasa Arab berkemungkinan besar tidak membawa apa-apa erti dan tidak
akan berkembang seperti sekarang.

(e) Hubungan tamadun Melayu dengan Kerjaan Islam di Asia Barat.

Menurut Wan Husain Azmi, orang Arab telah mengenali Tanah Melayu sejak zaman kerajaan
Bani Umayyah (dari tahun 661 sehingga tahun 679, iaitu pada zaman pemerintahan
Muawiyyah Abi Sufyan). Kerajaan Bani Umayyah dikatakan telah merancang untuk
menghantar armadanya ke Tanah Melayu pada tahun 674. Namun rancangan tersebut
terpaksa dibatalkan apabila mengetahui Tanah Melayu diperintah oleh raja yang adil. Walau
bagaimanapun rombongan perdagangan Arab telah datang ke Tanah Melayu dan membuat
hubungan dengan orang Melayu pada kurun ke-7 iaitu pada 674 kerana sudah terjalinnya
hubungan perniagaan orang Arab dengan orang China dan orang India. Sehubungan itu
terdapat kemungkinan bahawa perkataan Melaka adalah berasal daripada perkataan Arab
iaitu Mulq atau Multaq yang bermakna tempat pertemuan.

(f) Perbezaan pendapat tokoh Timur dan Barat.

Ada ahli sejarah lain pula menyatakan pendapat yang paling berasas iaitu melalui pedagang
Arab secara langsung semenjak kurun pertama hijrah lagi iaitu sekitar abad ke-7 dan ke-8.
Pandangan beliau disokong oleh sarjana tempatan yang telah menetapkan tarikh
kedatangannya pada sekitar abad ke-7, 8 dan ke-9.

7
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004. Hal. 165-167.
7
Namun kebanyakan sarjana Barat lebih cenderung melewatkan tarikh kedatangan
tersebut, iaitu pada abad ke-13 berdasarkan catatan Dinasti Yuan di China dan laporan
pengembaraan Marco Polo. Antara sarjana Barat tersebut ialah D.G. Hall yang
mengandaikan kedatangan tersebut adalah pada abad ke-15.

Dalam konteks Tanah Melayu, seperti halnya dengan peringkat lain alam Melayu,
sarjana tempatan dan sarjana Barat telah memberikan tarikh yang jauh berbeza. Menurut
Syed Muhammad Naguib al-Attas, tarikh yang tercatat pada batu bersurat di Kuala Berang,
Terengganu, iaitu 4 Rejab 702 Hijrah yang bersamaan dengan 22 Februari 1303 menjadi
bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah pada abad ke-14 atau lebih awal daripada
itu. Seterusnya Abdul Rahman Abdullah pada 1990 berpendapat Islam sampai ke Tanah
Melayu pada tahun 30 Hijrah iaitu pada zaman Khalifah Uthman Affan (644-656 Masihi). 8

(g) Analisis idea Syed Naquib al-Attas

Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Historical Fact and Fiction memperlihatkan
kelangsungan beliau mengupas sisi demi sisi dan menolak beberapa kenyataan sejarawan
Barat mengenai penyebaran Islam di alam Melayu. Karya tersebut membawa satu
penemuan baharu bahawa penyebaran Islam di alam Melayu bukan oleh pedagang-
pedagang Arab seperti yang didakwa oleh banyak sejarawan Barat.

Beliau mengemukakan bahan bukti dan hujah daripada pengamatan yang mendalam
bahawa penyebaran Islam ke negara ini jauh lebih awal daripada kemasukan pedagang dari
Arab pada zaman kegemilangan Melaka. Agama Islam di alam Melayu termasuk negara ini
disebarkan oleh orang Arab keturunan Nabi Muhammad dan Syed Naquib menurunkan bukti
dan analisis bahawa orang Arab keturunan Abu Bakar dan Ali bin Abu Talib banyak terdapat
di Mengiri di timur jauh India pada kurun kelapan dan kesembilan Masihi.

Karya tersebut memperlihatkan pemikiran silam yang tertuang dalam Hikayat Raja
Pasai mengenai penyebaran Islam di alam Melayu tetapi tidak diberi perhatian yang serius
oleh sejarawan, tidak kira Timur atau Barat. Padahal dalam Hikayat Raja Pasai menyebut
mengenai Nabi Muhammad SAW yang memerintahkan supaya agama Islam dibawa ke
Samudra selepas baginda wafat.

8
Bahasa Arab di Kepulauan Melayu (atas talian) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2wlYGIvn1
(02/02/2006)
8
Daripada kajian dan analisis serta asas logik Syed Naquib, Samudra adalah Sumatra.
Hujahnya walaupun "samudra" dalam bahasa Sanskrit bermaksud laut yang mewajarkan
berubah menjadi "sumatra" tetapi Sumatra bukan daripada perkataan samudra. Sebaliknya
nama Sumatra tercetus daripada dua perkataan Melayu iaitu "semut" dan "raya" (besar)
dalam Hikayat Raja Pasai untuk menggambarkan semut sebesar kucing.

Dengan mengambil kira catatan yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai dan Sejarah
Melayu, Syed Naquib percaya penyebaran Islam ke Sumatra dalam bingkai masa antara
kurun ke sembilan dan ke sepuluh Masihi. Ini ternyata jauh lebih awal daripada kemunculan
Melaka sebagai pusat perdagangan pada kurun ke 14 Masihi. Suatu yang penting daripada
hujah logik Syed Naquib ini adalah penyebaran Islam dilakukan oleh pendakwah susur galur
Nabi Muhammad.9

(h) Perkampungan pedagang Arab

Menurut Thomas Arnold dalam bukunya bertajuk The Preaching of Islam, bahawa pada
tahun 674, sudah terdapat sebuah perkampungan Arab-Islam di pantai barat Sumatera.
Sementara al-Nuwairi dalam kitabnya yang bertajuk Nihayah al-Arab fi Funun al-Adab
melaporkan bahawa di sebuah pulau bernama Sila yang terletak di kawasan selatan negeri
China terdapat sekumpulan penyokong Khalifah Ali bin Abi Talib yang dikenali sebagai
Alawiyyin atau Syiah tinggal di situ.

Menurut Sayid Alwi b. Tahir al-Haddad dalam bukunya bertajuk Uqud al- Amas yang
dimaksudkan Sila ialah Kepulauan Sulu atau Sulawesi atau Kalimantan di Borneo. Mereka
datang ke sana menerusi Campa dan Vietnam kerana melarikan diri daripada ancaman
tentera Bani Ummaiyah pada zaman al-Hajjaj. Pada tahun 800, Aceh pula didatangi
sekumpulan pendakwah Syiah yang dipimpin oleh Nakhoda Khalifah. Mereka datang dari
negeri Oman menerusi jalan laut. Pada tahun 840, salah seorang putera Nakhoda bernama
Sayid Abd. Al-Aziz telah mendirikan sebuah kerajaan Islam Syiah di Perlak.

(i) Kedah dan kedudukan geografi yang strategik

Kedah yang terletak di sebelah utara Tanah Melayu merupakan negeri yang pertama
menerima Islam. Kelebihan Kedah, selain kedudukan geografinya yang terletak di
9
Ku Seman Ku Hussain. 14/04/2013. Fakta baharu Islam di Alam Melayu.
http://www.utusan.net.my/utusan/Sastera/20130414/sa_03/Fakta-baharu-Islam-di-alam-
Melayu#ixzz2wmLFOm39

9
persimpangan jalan perdagangan laut antara negeri Arab dengan negeri China, ia juga
mempunyai hubungan yang erat dengan kerajaan-kerajaan di Sumatera Utara, termasuk
Perlak, Samudera Pasai dan Aceh.

Ahli-ahli geografi Islam seperti Khurdadhbih di dalam kitabnya, bertajuk al- Masalik
wa al-Mamalik ada menyebutkan tentang negeri Kalah. Abu Zaid al-Sirafi, penyunting kitab
Akhbar al-sin wa al-Hind yang merupakan salah sebuah sumber terawal tentang sejarah
Islam di India dan Timur Jauh juga menyatakan bahawa negeri Kalah pada suatu ketika
dahulu terletak di bawah pemerintahan Eaja Zabej ( Sriwijaya). Menurut Walckenaer, yang
dimaksudkan dengan Kalah ialah negeri Kedah yang terletak di pantai barat semenanjung
Tanah Melayu. Pendapat ini disokong oleh penemuan beberapa keeping mata wang Perlak
di Kedah bertarikh 848, iaitu pada zaman khalifah al- Mutawakkil.

(j) Penemuan artifak bercirikan Arab

Selain itu, para ahli arkeologi pula telah menemui tembikar jenis celadon yang dipercayai
jenis ini sangat terkenal di kalangan orang Islam di Asia Barat kerana warna hijau itu
melambangkan Islam. Pedagang-pedagang Arab yang belayar ke negeri China terpaksa
singgah di pantai Sumatera atau kedah sebelum meneruskan perjalanan ke negeri China.
Menurut S.Q. Fatimi, Kedah juga terkenal kerana mengeksport pedang yang disebut oleh
orang Arab sebagai al-Sayf al-Hind. Keadaan ini menyebabkan Kedah menjadi lebih terkenal
di kalangan para pedagang Arab pada ketika itu.

Penemuan batu nisan yang tertua di Tanjung Inggeris, Kedah, merupakan satu lagi
bukti yang menunjukkan agama Islam sudah tiba di Kedah setidak-tidaknya sejak abad ke
Sembilan. Pada permukaan batu nisan ini tertera nama seorang tokoh agama dan tarikh
wafatnya dalam huruf Arab, iaitu Syeikh Abd. Al-Qadir ibn Syeikh Husain Syah Alam, tarikh
wafatnya tahun 903. Syeikh Abd. Al-Qadir boleh dianggap sebagai seorang pendakwah yang
terawal tiba di Kedah atau di Semenanjung Tanah Melayu amnya kerana memandangkan
tarikh batu nisan beliau itu lebih tua daripada batu nisan yang ditemui di Permatang Pasir
Pekan, Pahang (419 H/999 M) atau Batu Bersurat Terangganu (702 H/ 1303 M). Penyebaran
agama Islam di Kedah terus berkembang selepas ketibaan para ulama Arab, antaranya ialah
Syeikh Abdullah b. Ahmad b. Syeikh Jaafar al-Quamiri (531 H/1136M). Beliau berasal dari
Yaman dan mempunyai hubungan erat dengan keluarga diraja Kedah.

Pada tahun 1613, seorang pengembara Sepanyol, E.G. de Eredia telah mencatatkan
bahawa kawasan timur laut Semenanjung telah menerima Islam terlebih dahulu dari
10
Melaka. Sejarah Sung juga mengatakan bahawa terdapat ramai orang Islam di sekitar
pantai Laut China Selatan pada awal tahun 977. Akan tetapi pada peringkat wal ini, sudah
pasti sebahagian besar orang Islam itu adalah dari keturunan Arab atau Parsi.

(k) Fo-lo-an

Menurut sumber Cina tersebut, petempatan awal orang Islam di Terangganu bukanlah di
sekitar Kuala Sungai Terangganu tetapi di pedalaman iaitu di kawasan Kuala Berang yang
dikenali orang Cina sebagai Fo-lo-an. Sebuah catatan Cina Ling-Wai Tai-Wa, yang ditulis
oleh Chou Chufei pada tahun 1178 menyatakan bahawa Fo-lo-an adalah sebuah negeri
yang mempunyai hubungan yang lama dengan orang Arab. Fo-lo-an juga merupakan
pelabuhan entrepot bagi barangan Arab yang utama di Asia Tenggara. Sumber itu juga
mencatatkan bahawa pemerintah Fo-lo-an dilantik dari kerajaan Melayu Jambi ( San-fo-
tsi). Ini bermakna Fo-lo-an bukanlah sebuah negara merdeka tetapi ia merupakan sebuah
kerajaan takluk kerajaan Melayu Jambi.10

(l) Pendapat Hamka

Menurut Prof. Dr. Buya Hamka dalam Seminar Masuknya Agama Islam ke kepulauan
Indonesia di Medan (1963) lebih menggunakan fakta yang diangkat dari Berita Cina Dinasti
Tang. Beliau menegaskan waktu masuknya agama Islam ke Nusantara Indonesia pada abad
ke-7. Dalam Berita Cina Dinasti Tang tersebut menuturkan ditemuinya daerah Hunian
wirausahawan Arab Islam di pantai barat Sumatra maka disimpulkan Islam masuk dari
daerah asalnya Arab. Dibawa oleh wiraniagawan Arab. Sedangkan Kesultanan Samodra
Pasai yang didirikan pada 1275M atau abad ke-13M, bukan awal masuknya agama Islam,
melainkan perkembangan agama Islam.11

(m) Kerajaan Bani Umayyah

Bukti lain pula menunjukkan yang Muawiyah bin Abu Sufyan (661-680M), iaitu khalifah
pertama Kerajaan Bani Umayyah, telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M.
Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M), usaha perkembangan dakwah Islamiah
berhasil apabila beliau berjaya mengislamkan Srindravarman, Raja Srivijaya di Jambi pada
tahun 718M. (Lihat; S.Q. Fatimi, Two Letters form the Maharaja to the Khalifah dalam
Islamic Studies, vol. 11, March 1963).

10
Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.
Hal. 16-23.
11
Ahmad Mansur Suryanegara, Api Sejarah, Bandung: Salamadani Pustaka Semesta, 2009. Hal. 99.
11
Selain dari usaha tersebut terdapat juga kegiatan propaganda yang dijalankan oleh
golongan Syiah ketika zaman Abdul Malik b. Marwan (685-750M). Hal ini demikian kerana,
sudah terdapat golongan Syiah Alawiah di Pulau-pulau Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Pada
tahun 800M, pula dikatakan tiba sebuah angkatan Syiah yang dipimpin oleh Nakhoda
Khalifah di Perlak, Sumatera. Sedangkan pada zaman Kerajaan Fatimiyah (909-1171M) di
Mesir pula angkatan propandis Syiah (Ismailiyah) di kawasan Sumatera juga. 12

(n) Kejatuhan kerajaan Islam di Baghdad

Dengan kejatuhan ini, bukanlah menjadikan dakwah Islam di Nusantara terbantut, bahkan
sebaliknya perkembangan Islam telah berlaku secara besar-besaran. Prof. M.A. Rauf
( Rektor pertama Universiti Islam AntArabangsa) dikatakannya bahawa perkembangan Islam
selepas Kejatuhan Baghdad ini merupkan peringkat peralihan agama Islam secara besar-
besaran ( Mass Conversion).

4.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHINA

(a) Hubungan Perdagangan Arab dengan China

Hubungan perdagangan antara Arab dengan China dicatatkan dalam sejarah telah berlaku
sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Hal ini demikian kerana, pedagang Arab
membawa barangan di samping membeli sutera, kain, dan tembikar dari China.
Perdagangan antara Arab dan China secara tidak langsung melahirkan hubungan antara
China dengan kepulauan Melayu. Hubungan antara kedua-dua Negara ini dapat dilihat
seperti berikut

1) Menurut laporan China Muslim bahawa orang Islam di Arab telah datang ke negeri
China pada zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang (627M-
650M). Menurut catatan sejarah, pendakwah Arab yang pertama ke negeri China
12
Abdul Rahman Haji Abdullah, Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia, 1989. Hal 90.
12
ialah wahab Abi Kabsyah yang diutus oleh Rasulullah S.A.W. beliau meninggal dunia
setibanya di Canton dan disemadikan di sana. Semasa pemerintahan khalifah
Othman bin Affan, Saad bin Abi Waqas telah dihantar ke China dan beliau telah
meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton dikenali dengan nama Wai Shin Zi
(masjid kenangan nabi).

2) Menurut Lui Tshich, seorang penulis China Muslim bahawa setelah tinggal beberapa
lama di Canton, Saad bin Abi Waqas pulang ke tanah Arab. Sesetengah pendapat
bahawa beliau meninggal dunia dan dikuburkan di sana. Namun, sejarawan
bersependapat tentang lawatan beliau ke negeri China. Pada tahun 713M, panglima
perang Islam bernama Qutaibah bin Muslim telah sampai ke sempadan negeri China
dan merancang untuk menguasai Negara tersebut. Rancangan beliau terpaksa
dibatalkan kerana Maharaja China Hsuan Tsung (713M-756M) menjalin hubungan
persahabatan dan juga sampainya berita tentang kemangkatan khalifah Walid bin
Abd al-Malik (705M-715M). Kesan daripada hubungan tersebut mendorong
penyebaran Islam, terutamnya di daerah barat daya perbatasan Negara itu.

3) Dalam riwayat Dinasti Tang (618M-907M), terdapat banyak laporan tentang


kedatangan utusan Khalifah Abu al-Abbas (Abu Loba), Khalifah Abu Jaafar (Apu
Chafo), dan khalifah Harun al-Rasyid (A-Lun) dari Bani Abbasiah ke China. Faktor
yang membawa kepada wujudnya hubungan politik antara kerajaan China dengan
Islam adalah apabila berlakunya pemberontakan panglima tahun 755M. Khalifah Abu
Jaafar telah menghantar 10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan
supaya membantu kerajaan China. Tentera Islam telah Berjaya mematahkan
pemberontakan tersebut dan sebagai balasannya Maharaja Hsuan Tsung
membenarkan tentera Islam bermastautin di sana dan berkahwin dengan wanita
China. Maharaja China bukan sahaja member keistimewaan kepada mereka, bahkan
mendirikan tempat ibadat dengan pembiayaannya ditanggung oleh pihak kerajaan.

4) Pada zaman pemerintahan Choong (814M-847M), kebanyakan orang Muslim yang


tinggal di perbatasan barat negeri itu memohon untuk menjadi warganegara China.
Permohonan mereka diterima dan mereka dibenarkan tinggal di daerah Kansu dan
Shensi. Mereka juga diberikan kebebasan untuk bekerja dan mengahwini wanita
China. Oleh sebab lamanya tempoh mereka tetap di sana, maka proses asimilasi dan
salaing mempengaruhi dalam kebudayaan dan juga bahasa. Walaupun, mereka
golongan pendatang, tetapi disebabkan kegigihan dan kerajinan bekerja telah

13
menyebabkan mereka menjadi golongan yang kaya dan berkedudukan. Kesan dari
kedudukan yang istimewa ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan
warga tempatan dan dianggap telah mengancam kemajuan, ekonomi, dan
keselamatan orang China. Akibatnya, telah berlaku banyak tragedi yang menimpa
penduduk Arab yang bermastautin di sana.13

(b) Melalui kegiatan perdagangan.

Kegiatan perdagangan merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting bagi


memperkenalkan barangan negara mereka ke dunia antarabangsa. Di China Para pedangan
Arab sudah lama wujud mereka membawa barangan-barangan seperti bau-bauan, batu-
batu yang berharga dan mutiara serta para pedagang ini juga akan membeli mutiara dan
tembikar dari China.

Keperluan barangan merupakan faktor yang mewujudkan hubungan secara


langsung dan tidak langsung antara pedagang Arab dan Parsi yang menjalankan kegiatan
perdagangan dengan negara China. Pada kebiasaannya hubungan perdagangan ini akan
melalui jalan darat tapi biasanya pedagang Arab lebih kepada melalui jalan laut, melintasi
pantai india dan Asia Tenggara yang mana sebahagian pedagang tersebut akan singgah di
pusat perdagangan di sepanjang tempoh perjalanan mereka. 14

Pada abad ke-5 lagi, kapal-kapal Parsi telah belayar di sekitar Lautan Hindi akan
tetapi pada masa ini mereka masih belum lagi mengambil peranan yang aktif terutama
dalam kegiatan ekonomi China, tetapi disebabkan di China selatan memerlukan keperluan
ekonomi dan hal ini telah mewujudkan hubungan antara pedagang Parsi dan juga negara
China yang secara tidak langsung mempengaruhi sejarah Indonesia Barat. 15

Di negara China barangan dari Parsi sangat diperlukan terutamanya pokok Resin
atau dikenali dengan Po-Ssu atau Parsi. Walau bagaimanapun, pada tahun 500 Masihi Po-
Ssu yang dipasarkan di China tidak lagi bercorak Parsi kerana ia dianggap berasal dari
Sumatera. Sungguh pun Po-Ssu adalah dari Sumatera atau Nusantara ia tetap tidak dapat
menandingi barangan dari Asia Barat. Oleh hal yang demikian, Srivijaya telah menawarkan
kemudahan kepada pedagang asing dan hal ini telah menyebabkan Srivijaya merupakan

13
Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press, 2013.
Hal 108-109.
14
Ibrahim T.Y. Ma. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang, 1979). Hal 32.
15
Profesor O.W. Wolters. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of Srivijaya. Cornell:
Cornell University Press, (1967). Hal. 76.
14
salah sebuah pusat perdagangan yang penting kerana wujudnya hubungan antara Asia
Barat dan China sejak awal abad Masihi lagi.

(c) Kegemilangan kota Canton dan Hainan

Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti
da hujah rasional yang dikemukakan oalah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh
1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren, Jawa bertarikh 1082, dan batu bersurat di
Terengganu bertarikh 1303. Kesemua ini bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat
Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini
diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdangan di antara Tanah Arab
dengan negara China yang membawa kepada Kemasukan agama Islam, ke negeri China.
Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu. 16

(d) Penghijrahan akibat dari persengketaan.

Di negara China berlaku satu tragedi yang menimpa umat Islam di sana. Pada mulanya
umat Islam di negara China sangat ramai sehingga ada antara mereka yang kaya dan juga
sangat berpengaruh di Canton. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk tempatan yang
tidak puas hati dan sanggup bermusuh dan membakar bandar Canton. Tragedi tersebut
dapat dirasai sehingga ke Kepulauan Nusantara. Kedudukan orang Arab-Islam di Canton
telah dianggap akan menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan orang cina. Hal ini
telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan maka tercetusnya tragedi atau
persengketaan antara penduduk China terhadap orang Arab-Islam.

Tragedi atau pemberontakan pertama berlaku pada tahun 878 Masihi di Canton pada
masa pemerintahan Hsi Tsung (878-879). Pada peristiwa tersebut telah mengorbankan kira-
kira 100 000 asing yang kebanyakannya terdiri yang beragama Islam, Arab dan Parsi.
Peristiwa ini telah di cetuskan oleh pemberontak Hwang Chao di CantonAda juga antara
mereka yang menyelamatkan dan berhijrah ke Kalah iaitu nama lama bagi Kedah dan juga
Palembang.

Terjadi pula peristiwa pemberontakan yang berlaku di wilayah Yang Chow yang
berlaku pada akhir pemerintahan dinasti Tang (618-905) yang diketuai oleh pasukan

16
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, Hal. 165

15
pemberontak Tien Sheng Kong. Peristiwa ini telah membawa kepada penghijrahan golongan
yang terselamat terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuklah Nusantara. 17

(d) Penemuan batu Nisan

Bagi mengukuhkan hujah mereka yang menerima teori ini, beberapa buah batu nesan yang
terdapat di Nusantara menjadi bukti antaranya seperti berikut:

1) Batu nesan yang dikatakan sebagai Wali Allah berketurunan Arab bertarikh 419H
bersamaan tahun 1028M yang terdapat di Pekan, Pahang.

2) Batu bersurat Terangganu bertarikh 702H bersamaan 1303M.

Bukti pertama kerana terdapat ayat al-Quran dan bukti kedua pula mengandungi arahan
tentang kewajipan ke atas orang Islam supaya mematuhi hukum Allah S.W.T. lebih-lebih
lagi terdapat catatan dalam Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam di Nusantara melalui
sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagang Islam dari Tiongkok pada tahuan
awal 977M. Laporan ini menjadi pegangan kuat S.Q Fatimi bagi membuktikan teori
kedatangan Islam itu dari China selain daripada dua batu tersebut. 18

5.0 TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

(a) Penemuan batu nisan

Mengenai peranan mubaligh dari India, para sarjana tidak sepakat tentang dari daerah
manakah agama Islam dibawa ke Nusantara. Ada mengatakan dari daerah Gujerat atau
Benggala, atau India selatan dan Khasnya Malabar. Mengenai teori dari Gujerat, telah
diperkuatkan oleh kajian G.P Moquette mengenai batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428
masihi dan baru nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek yang bertarikh 1419 masihi. Oleh
kerana, kedua-dua batu nisan itu seakan-akan sama dengan baru nisan Umar ibn Ahmad
Kazaruni di Gujerat, maka Moquette membuat kesimpulan bahawa kedua-keduanya dibawa
dari Gujerat. Berdasarkan penemuan ini R.A. kerana membuat kesimpulan lebih jauh lagi,
iaitu agama Islam di Indonesia adalah berasal dari Gujerat. Teori ini kemudiaannya disokong
oleh W.P. Stutterheim, J. Gonda dan C.A.O Van Nieuwenhuijze.

17
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990. Hal 39.
18
Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press, 2013.
Hal 110.
16
(b) Pengislaman pemerintah

Berdasar huraian oleh Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk Suma Oriental, S.Q Fatimi
pula mengatakan agama Islam di Nusantara telah disebarkan dari Benggala. Menurut Tome
Pires, Malik al-Salih yang menjadi raja Islam yang pertama di Pasai adalah seorang
pedagang Benggali dan berasal dari Benggala. Oleh kerana Parsi dianggap oleh Fatimi
sebagai negeri pertama yang memeluk agama Islam, maka disimpulkan bahawa Islam juga
berasal dari Benggala.

(c) Pegangan Mazhab

Mengenai teori dari India Selatan pula, ia dikemukan oleh Van Ronkel dengan alasan
bahawa bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri mistik, sastera roman dan sebagainya yang
terdapat di Indonesia adalah berasal dari India Selatan, bukannya dari tempat lain.
Manakala teori dari Malabar, antara pendukungnya ialah Thomas Arnold yang menggunakan
alasan persamaan mazhab Shafii dengan Indonesia. 19

(d) Kelemahan

1) Hakikat bahawa tahun 1042M yang diletakkan sebagai tarikh kerajaan Pasai
menerima Islam adalah lebih awal daripada Gujerat. Islam hanya tiba di Gujerat
pada 1302M dengan kemunculan kesultanan Delhi.

2) Selain Malabar dan Gujerat, Benggal dan Koromandel juga menjadi perhatian.
Hujah ini dikuatkan dengan hakikat bahawa mazhab antara penduduk Benggal juga
sama dengan penduduk di Asia Tenggara, iaitu bermazhab Shafie, sementara di
Gujerat lebih kepada mazhab Hanafi. S.Q Fatimi misalnya menyokong hujah bahawa
Islam dibawa dari Benggal malah beliau menyatakan bahawa Sultan Malik al-Salih
yang menjadi raja pertama Pasai merupakan seorang pedagang India berketurunan
Benggali. Namun begitu, hujah tersebut lemah dan tidak diterima. Kewujudan para

19
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1990. Hal. 43.
17
pedagang dan pendakwah India dalam usaha mengembangkan Islam ke rantau ini
bukanlah bukti Islam di Nusantara berasal dari India. 20

6.O TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI KEMBOJA ATAU CHAMPA

Menurut R.A. Kern, orang Islam di Nusantara berasal dari Indo- China. Dalam kurun ke-7M,
dicatakan bahawa orang Melayu telah mengadakan hubungan dengan penduduk Champa
dan Kemboja. Perhubungan ini terjalin berdasarkan kepentingan penaklukan dan
perkahwinan terutamanya antara keluarga diraja. Islam dilaporkan telah berkembang di
Champa, iaitu di daerah Phanrang sejak abad ke-8M lagi. Teori ini dipegang berasaskan
kepada perhubungan tersebut dan kedatangan Islam menerusi daerah Phanrang. Phanrang
merupakan sebuah tempat di Selatan Champa dan menurut sumber yang terdapat dalam
sumber China bahawa Phanrang telah menerima Islam sejak tahun 960M lagi, iaitu semasa
pemerintahan Dinasti Sung.

Di Campa terdapat dua buah inskripsi yang menguatkan lagi dakwaan sesetengah
ahli sejarah mengenai kedatangan Islam itu dari Champa. Terdapat sebuah batu nesan yang
bertulis khat khufi bertarikh 1039M dan sebuah monument bertarikh 1025M dan 1039M.
Pada monument tersebut terdapat catatan yang berhubung dengan hukum Islam. 21

6.0 KESIMPULAN

Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau
perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dan tingkah laku yang mulia
merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititik beratkan dalam pembinaan sesebuah
tamadun. Teori kedatangan Islam ke tamadun Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam
penyebaran Agama Islam melalui tamadun Islam ke alam Melayu, antaranya ialah
penyebaran Islam melalui pedagangpedagang dari Arab, India dan China. Keberadaan
Islam di rantau alam Melayu yang terdiri daripada daratan dan kepulauan yang banyak
jumlahnya (gugusan kepulauan Melayu) telah berjaya membina satu imej baru kepada
masyarakat rantau Alam Melayu. Alam Melayu mula dikenali di seluruh dunia walaupun
dalam bentuk yang sederhana.

20
Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press, 2013.
Hal 107.
21
Zulkiflee Haron dan lain-lain, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press, 2013.
Hal 110.
18
Tamadun Melayu yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara
luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di wilayah Asia tenggara.
Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu
berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau
alam Melayu. Teori kedatangan Islam ke tanah Melayu mempunyai perbezaan pendapat
mengenai tarikh dan punca kedatangannya, dan juga kawasan yang menerima agama
Islam. Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyebarkan
Islam ketamadun Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan dakwah , melalui perkahwinan
dengan wanita tempatan ,kemudian mempunyai zuriat.

Seterusnya Islam tersebar dan secara tidak langsung membuktikan secara mutlak
bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke rantau Asia tenggara dan wujudnya interaksi
antara tamadun yang berlainan. Agam Islam merupakan salah satu agama yang mudah
difahami, serta menekankan hak kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional
dan logikal , yang mengutamakan kehalusan akhlak dan budi bahasa yang dianggap serasi
dengan orang Melayu. Penyebaran agama Islam di alam Melayu melalui dua tahap ;tahap
kedatangan atau ketibaan dan tahap perkembangan. Semenanjung Tanah Melayu dianggap
sebagai pintu masuk Gugusan kepulauan Melayu ke Tanah besar Asia Tenggara. Oleh itu,
dapatlah disimpulkan bahawa kedatangan pengaruh Islam ke dalam tamadun Melayu telah
lama disebarkan oleh para pedagang sejak dari dahulu lagi.

7.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1989. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Abdul Rahman Haji Abdullah. 1990. Pemikira Umat Islam Di Nusantara . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Mansur Suryanegara. 2009. Api Sejarah. Bandung: Salamadani Pustaka Semesta.

Bahasa Arab di Kepulauan Melayu (atas talian) http://utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2006&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&se
c=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz2wlYGIvn1 (02/02/2006).

Fairuzah Hj. Basri. 2008.Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu
kontemporari, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

19
Ibrahim T.Y. Ma. 1979. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang.

Ku Seman Ku Hussain, Fakta baharu Islam di Alam Melayu. 14/04/2013.


http://www.utusan.net.my/utusan/Sastera/20130414/sa_03/Fakta-baharu-Islam-di-
alam-Melayu#ixzz2wmLFOm39.

Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Profesor O.W. Wolters. 1967. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of
Srivijaya. Cornell: Cornell University Press.

Zulkiflee Haron dan lain-lain. 2013.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai: Penerbit
UTM Press.

20

Anda mungkin juga menyukai