Anda di halaman 1dari 2

salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 malaysia.

Terima kasih saudari pengacara majlis, Yang Berhormat Dato Dr.Leong Yong kong Ahli exco kerajaan
negeri kedah bagi hal ehwal kaum cina, india dan siam merangkap exco kesihatan dan alam sekitar,
En.Thuraisingam selaku pengerusi permuafakatan NGO Daerah Kulim, En.S.K.Kanna selaku Wakil dari
Balai Polis Sg. Kob, En.Murugan YDP PIBG SJKT Ladang bagan Sena, Guru-guru, ibu bapa serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB Dato. Dr.Leong Yong Kong
kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis Anugerah cemerlang SJKT Ladang Bagan Sena
tahun 2017. Saya juga berbangga dengan kehadiran YB pada hari ini bagi memeriahkan lagi majlis kali
ini.

Kita dapat berkumpul disini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak
pengurusan sekolah. Ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola majlis. Kita sedar
majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang
bakal mewarisi masa depan Negara.

Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang
pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan, bagi saya, majlis ini diadakan
khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak
sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah
ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima
anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga
membuahkan kejayaan untuk mereka.

sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu
ditempuhi. Pepatah melayu selalu memgingatkan kita, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.Oleh itu para hadirin sekalian, disini saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan
tentang beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Laluan yang kita gunakan ke sekolah adalah laluan yang berbahaya dan tidak selamat semasa ditimba
banjir.Guru-guru dan murid-murid tidak boleh menggunakan laluan tersebut apabila berlaku
banjir.Masalah ini amat merumitkan guru-guru dan murid-murid untuk melintasi laluan tersebut. Ini
menggangu pengajaran dan pembelajaran murid-murid.

Masalah kedua pula adalah tambang van sebanyak RM500 sebulan. Murid-murid yang belajar si sekolah
ini berasal dari keluarga miskin. Ibu bapa tidak berupaya untuk membayar tambang van anaknya. Pihak
sekolah mengambil inisiatif untuk menampung perbelanjaan ini. Guru-guru menyumbang sumbangan
berbentuk wang untuk membayar tambang murid-murid. Masalah ini amat sukar untuk diselesaikan.
Saya berharap Dato akan membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bantuan Dato amat
dihargai dan amat disanjungi.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah
dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan hari anugera cemerlang
pada hari ini.

ikan sembilang, sepat dan kelah

Guna bubu biasa dihujung

Pencapaian cemerlang dapat hadiah

Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Anda mungkin juga menyukai