Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARAAN HARI ANUGERAH dan GRADUASI PRASEKOLAH SK KATI TAHUN

2017

CUE PENGACARA TEKS


2.20 petang FARIDAH Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ketibaan ibu
Sidang hadirin yang dimuliakan,
bapa
Salam hormat dan selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang
Pengumuman
dan Graduasi Prasekolah SK Kati. Majlis kita akan bermula
sebentar lagi, sebaik sahaja ketibaan Yang Berusaha Encik
Safuan bin Rabaai. Sehubungan itu pihak majlis memohon
kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti
berikut:

1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan


tetamu kehormat dibuat oleh Pengacara Majlis.
2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada
mod senyap.
3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya
keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis
4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis
berjalan.
5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di
bahagian hadapan.
6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang
untuk menyanyikan lagu kebangsaan kita dengan penuh
bersemangat.

2.30 petang TAN TONIAH Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji
Ketibaan Rabaai, diiringi oleh Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG
tetamu serta dif-dif kehormat.
Nyanyian Hadirin sekalian, majlis pada petang ini dimulakan dengan
Lagu nyanyian lagu Negaraku.
Negaraku Untuk itu, hadirin diminta untuk berdiri.

Selesai Hadirin dipersilakan duduk.


nyanyian

1
Ucapan alu- FARIDAH Bismillahirrahmanirrahim,
aluan
Pengerusi Burung merpati terbang sekawan,
Majlis Mari berhenti di tengah halaman;
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, salam bahagia,


salam negaraku Malaysia, dan salam SK Kati Excellent.

Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Rabaai, Pegawai


Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar


SK Kati,

Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin Meor Mahmud, Yang


Dipertua PIBG SK Kati,

Barisan Penolong-Penolong Kanan SK Kati,

Guru-guru Besar, Ketua-ketua Kampung, ahli-ahli jawatankuasa


PIBG, para jemputan , tuan-tuan dan puan-puan seterusnya
anak-anak didik penerima hadiah yang kita raikan pada hari ini.

Hadirin dewan sekalian,


Bacaan doa Agar majlis kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Al- Fadhil Ustaz Haji Ismail
b. Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Selesai TAN TONIAH Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ismail atas
bacaan doa ketulusan pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

2
Ucapan YDP Memulakan persada ucapan pada petang yang berbahagia ini,
PIBG majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin
Meor Mahmud, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Kati untuk menyampaikan ucapan.

Selesai Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


ucapan diberikan.

Ucapan GB TAN TONIAH Sidang warga dewan sekalian,

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,


Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap lagu tanpa irama,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah


Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selesai FARIDAH Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar
ucapan atas ucapan yang telah dilafazkan.

Daun semulur di pekan sari,


Ucapan Batang jerami rebah ke bumi;
Perasmian Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha


Encik Safuan bin Haji Rabaai, Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Kangsar untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis kami pada petang ini.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

3
Selesai TAN TONIAH Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
Ucapan penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji
Rabaai atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Buluh diikat di tepi jalan,


Persembahan Untuk digubah menjadi para;
Persembahan prasekolah kami hidangkan,
Semoga terhibur hati yang lara.

Kami tampilkan persembahan daripada anak-anak prasekolah


dengan tarian Penguins Dance dan Baby Shark. Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan.

Selesai FARIDAH Demikian persembahan prasekolah SK Kati. Persembahan tadi di


persembahan bawah bimbingan guru-guru dan pembantu prasekolah.

Sidang warga dewan sekalian,


Penyampaian
hadiah Slot 1 Kini tibalah saat yang dinantikan,iaitu penyampaian sijil dan
hadiah kepada penerima anugerah pada petang ini. Diharapkan
semua para penerima sudahpun bersiap sedia. Mendahului
senarai penerima hadiah ialah anak-anak di Tahap 1 iaitu Tahun
1 -3.

Sebelum itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik


..
mengiringi. untuk
upacara penyampaian hadiah. Dengan hormatnya, majlis
mempersilakan.

Dijemput ke pentas adik(Rujuk senarai nama)

4
Graduasi TAN TONIAH Majlis diteruskan dengan graduasi prasekolah.
prasekolah & Dipersilakan(rujuk senarai nama)
Tahap 2 FARIDAH
Mata Seterusnya, kita persilakan penerima hadiah Tahap 2.
Pelajaran Mendahului senarai penerima, dipersilakan (rujuk senarai nama)
Terbaik
Kehadiran Penyampaian hadiah seterusnya, dipersilakan murid yang
Penuh mendapat anugerah mata pelajaran terbaik dalam kelas
Graduasi dipersilakan (rujuk senarai nama)
Tahun 6

Persembahan TAN TONIAH Hadirin yang dikasihi sekalian,


&
FARIDAH Majlis penyampaian hadiah berehat seketika.

Majlis mempersilakan pasukan . untuk


membuat persembahan, dipersilakan.

Seterusnya, dipersilakan kumpulan lmtiyaz untuk


mempersembahkan nasyid mereka.

Selesai Terima kasih diucapkan kepada pasukan


persembahan .. atas persembahan itu tadi.

Untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi telah


dibimbing oleh Puan Rabaatul Adaoyah dan Puan Nazraihan.

Penyampaian Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah sijil penghargaan


Hadiah Slot 2 dan anugerah-anugerah khas.

Sesungguhnya di mana-mana sekolah, bakal-bakal pemimpin


sudah mula dilatih untuk menjalankan tugas mereka seawal usia
9 tahun.

5
Sehubungan itu, sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti
mereka sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan
pengawas ICT, maka pada hari ini kita berikan mereka sijil
penghargaan.

Sebelum itu, majlis mempersilakan.


..untuk
menjemput dan mengiringi ..
..bagi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Dipersilakan adik Muhammad Hafiz bin Hijazi, Ketua Murid SK


Kati 2017,
Adik Muhammad Hidayatullah Qawiem bin Haris, Naib Pengerusi
Pengawas Pusat Sumber,
Adik Muhammad Afiq Danial bin Farid Ridzuan, Pengerusi
Pengawas ICT.
Seterusnya penyampaian hadiah untuk kategori Anugerah
Sinar..dipersilakan (rujuk senarai nama)

Berikut dijemput untuk naik ke pentas penerima Anugerah J-Qaf,


dipersilakan.(rujuk senarai nama)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah kepada


mereka yang telah mengharumkan nama sekolah dalam
pertandingan-pertandingan di peringkat zon dan daerah. Bagi
Anugerah Kokurikulum, dpersilakan.(rujuk senarai nama)

Bagi Anugerah Ko-akademik pula, dijemput(rujuk senarai


nama)

6
Penyampaian TAN TONIAH Majlis mempersilakan.
Hadiah Slot 3 untuk menjemput dan mengiringi..
untuk penyampaian hadiah seterusnya.

Hadiah Tunas Bestari, dijemput adik Ilham Aqil bin Asmawi, kelas
3 Inovatif.
Hadiah Lompatan Saujana, dipersilakan adik Raudah binti
Zulhasnan dari Kelas 5 Kreatif.

Makin lama, makin bertambah debaran semua yang hadir pada


hari ini...kerana kita sudah semakin menghampiri ke penghujung
acara. Sebentar lagi kita akan ketahui siapakah yang telah dipilih
sebagai penerima anugerah tokoh-tokoh SK Kati bagi tahun
2017.

Sebelum itu, majlis dengan berbesar hati dan penuh takzim


mempersilakan .

diiringi oleh .. ke
pentas untuk upacara penyampaian anugerah. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.

Untuk kategori Tokoh Nilam Bahasa Melayu dijemput adik Noor


Safwana binti Mohamad Adli.

Bagi Kategori Tokoh Nilam Bahasa Inggeris dipersilakan adik


Aina Danish binti Mohamad Ayob.

Seterusnya dijemput penerima anugerah Tokoh Kokurikulum,


naik ke pentas bersama-sama ibu dan bapanya. Dipersilakan.
(baca biodata)

7
Penyampaian FARIDAH Dipersilakan penerima anugerah Tokoh Murid untuk tampil ke
hadiah tokoh pentas bersama-sama orang tersayang. (Baca biodata).

Sekali lagi, mohon kepada semua hadirin untuk memberikan


tepukan gemuruh kepada semua para penerima anugerah
cemerlang dan tokoh bagi Tahun 2017.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepadaatas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian anugerah
sebentar tadi.

Berakhirlah sudah tugas kami pada hari ini. Tiba waktunya untuk
menyusun jemari, membuang segala kerikil bersalut di hati.
Maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar saat perpisahan
ini indah berbunga mesra dalam jambangan ingatan.
Andai ada umur, tahun hadapan bersua lagi. Terima kasih
kepada semua terutama tetamu istimewa kita pada hari ini yang
sudi bersama-sama kita sehingga selesai majlis.

Sekian, disudahi dengan kalam yang indah


Waabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Majlis menitipkan ucapan terima kasih kepada . kerana sudi


menyampaikan hadiah sebentar tadi

Kalungan aspirasi dipersembahkan kepada ..atas kesudian


menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai