Anda di halaman 1dari 4

Penyelidikan Tindakan

a. Definisi dan konsep

Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah


sosial (Lewin,1946)
Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti P dan P(Elliot,
1981)
Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan
pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995)

b. Ciri-ciri penyelidikan tindakan

Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan


Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat,
pendidikan
Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
Berkaitan dengan tugasan harian
Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)
Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif
Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)
Lebih berfokus kepada proses berbanding output
Tidak digunakan untuk menguji hipotesis

c. Kepentingan penyelidikan tindakan

Untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran


Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
Memperbaiki keadaan tempat kerja
Meningkatkan kepuasan bekerja
Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme
(hasil pengupayaan)
Pembangunan profesionalisme
Proses kajian tindakan:

Proses kajian tindakan:

i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan


ii. Merancang tindakan
iii. Melaksana tindakan
iv. Mengumpul data dan menganalisis
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
vi. Mengambil tindakan susulan
vii. Merancang kitaran kedua

Proses kajian tindakan:

i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan

Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh
diselesaikan oleh penyelidik. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.

ii. Merancang tindakan

Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.


Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data,
kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan.
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan.
iii. Melaksana tindakan

Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik


sendiri yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga
instrumen kajian. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat
sebagai contoh membuat rakaman video proses pengajaran dan
pembelajaran, atau membuat pemerhatian menggunakan senarai semak.
Namun urusan temubual, mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan
lain dibuat sendiri oleh penyelidik

iv. Mengumpul data dan menganalisis

Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak.


Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat
kemajuan yang dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan
membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk
membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan baru
yang difikirkan sesuai.

v. Membuat refleksi terhadap tindakan

Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai


kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat
tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan
ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan
membuat pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Dia
juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati dengan
pencapaian murid-muridnya.

Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran, refleksi boleh
dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Refleksi seperti
ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru atau terus
membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran yang
seterusnya.

vi. Mengambil tindakan susulan

Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia


membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah
perlu dalam meningkatkan kualiti P dan Pnya

vii. Merancang kitaran kedua

Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam


kitaran kedua atau kitaran seterusnya
Kaedah pengumpulan data kajian tindakan
i. Ujian pra dan ujian pasca
ii. Temu bual:
iii. Pemerhatian
iv. Rakaman video

Anda mungkin juga menyukai