Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

GERKO
BOLA JARING
NAMA : CHIA JING LIAN/3PC

(910712-07-5346)

NOR NADIA BINTI GHAZALI/3MT2

(910506-03-5802)

YIP YAN YEE/3MT2

(910712-08-5296)

NAMA PENSYARAH : PUAN ZAINURIAH BINTI AWANG KECIK

TARIKH SERAHAN : 1.SEPTEMBER.2010


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah gerko bola jaring, iaitu Puan Zainuriah kerana telah
banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang
dalam proses menyiapkan dan melaksanakan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar
beliau, kami berkemungkinan besar tidak dapat menyiapkan tugasan tepat pada
masanya.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada ahli keluarga
kami terutamanya ibu bapa. Mereka telah memberi banyak sokongan dan kata-kata
dorongan kepada kami. Seterusnya, mereka berusaha untuk membantu dan
memberi nasihat apabila kami menghadapi masalah dan kekeliruan dalam kerja
kursus ini.

Akhir kata, jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua rakan sekelas
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu kami dalam
proses menjalankan kerja kursus ini. Kami telah banyak berbincang dan berkongsi
idea-idea yang berkaitan dengan tugasan ini.

Akhir kata, kami berharap agar kerja kursus ini mampu memberi sedikit
sebanyak faedah kepada semua pelajar.
PENGAKUAN KEASLIAN

“Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :...................................................

Nama : CHIA JING LIAN

Tarikh : 1. SEPTEMBER.2010.

Tandatangan :...................................................

Nama : NOR NADIA BINTI GHAZALI

Tarikh : 1. SEPTEMBER.2010.

Tandatangan :...................................................

Nama : YIP YAN YEE

Tarikh : 1. SEPTEMBER.2010.
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGAKUAN KEASLIAN

ISI KANDUNGAN

SISTEM KEJOHANAN

SISTEM LIGA

SISTEM KALAH MATI

SISTEM CABAR-MENCABAR

BIBLIOGRAFI

REFLEKSI
Sistem Pertandingan

Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan


dengan cara yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan
untuk mengelolakan sesuatu pertandingan. Terdapat dua cara
pertandingan bagi menguji kemajuan individu :

1- Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang


terdahulu atau melawan skor purata.

2- Pertandingan melawan individu lain.

Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan


untuk memilih pemenang

Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan


dalam sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan.
Sistem pertandingan yang lazim dipraktikkan ialah:

 Pertandingan berbentuk kejohanan


 Pertandingan liga (liga satu pusingan, 2 kumpulan, 3 kumpulan dan
4 kumpulan)
 Pertandingan kalah mati
 Pertandingan cabar mencabar

Pertandingan berbentuk kejohanan

 membolehkan peserta bertanding dalam beberapa acara yang berlainan


berlandaskan kepada undang-undang dan peraturan pertandingan yang ada.
 boleh dikelolakan selama sehari atau beberapa hari.
 Atur cara yang lengkap disediakan lebih awal dengan menetapkan masa
sesuatu acara yang dipertandingkan.
 Antara jenis sukan yang sesuai seperti olahraga, renang dan gimnastik.
Sistem Liga
(Mengikut Peraturan Am Pertandingan MSSM)
 Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia
dibahagikan kepada liga satu pusingan, liga 2 pusingan dan separa liga.
 Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja,
pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan.
 Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak 2 kali,
pertandingan itu dikenali dengan liga dua pusingan.
 Jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu
dikenali sebagai separa liga.

Contoh bilangan perlawanan

Formula mengira bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga ialah :

N(N-1) di mana N = jumlah pasukan yang


2 mengambil bahagian

Contohnya : 6 pasukan mengambil bahagian

N (N-1) = 6 (6-1)
2 2

= 6x5
2

= 30
2

= 15 perlawanan

atau
 Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5, 6,
 Potongkan angka tertinggi iaitu 6
 Campurkan kesemua nombor tersebut
 Jumlah yang diperolehi ialah 15
 Ini bermakna jika 6 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan,
jumlah perlawanan yang perlu disusun ialah 15 .

3.1 Contoh penyusunan pertandingan liga

Formula untuk menyusun jadual pertandingan liga ialah angka 1 dikekalkan


kedudukannya, manakala angka-angka lain akan beralih mengikut pusingan jam
atau sebaliknya.

Contoh:

1 lawan 2 1 6 5
atau
6 lawan 3 Lwn lwn lwn

5 lawan 4 2 3 4

17Contoh susunan perlawanan 6 pasukan:

1 lawan 2 1 lawan 6 1 lawan 5

6 lawan 3 5 lawan 2 4 lawan 6

5 lawan 4 4 lawan 3 3 lawan 2

Susunan perlawanan 1 susunan perlawanan 2 susunan perlawanan 3


1 lawan 4 1 lawan 3

3 lawan 5 2 lawan 4

2 lawan 6 6 lawan 5

Susunan perlawanan 4 susunan perlawanan 5

3.2 Contoh menentukan kedudukan

Keputusan pertandingan secara liga ditentukan dengan pengiraan seperti berikut


dalam jadual 1 :

P - Jumlah pertandingan
M - Bilangan menang
S - Bilangan seri
K - Bilangan kalah
J - Bilangan jaringan dibuat
G - Bilangan gol kena

Lazimnya pasukan yang menang bagi setiap pertandingan akan diberi dua mata, seri
satu mata dan kalah tiada mata.

Jadual 1 : Menentukan Kedudukan

PASUKAN P M S K J G MATA KEDUDUKAN


PAHLAWA 3 2 1 0 9 1 5 1
N
PERKASA 3 2 1 0 5 0 5 2
PERWIRA 3 1 0 2 2 9 2 3
PANGLIMA 3 0 0 3 0 5 0 4
3.3 Contoh Separa liga :
(a) Liga 4 Kumpulan
Pusingan pertama (12 pasukan atau lebih) Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga
dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
kumpulan seperti berikut :

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian,


maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua ( suku akhir )

Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan


suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan didahulukan


untuk
 ditempatkan di Kedudukan 1, 3, 5 dan 7.
 Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di
kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang Pertama KUMPULANnya telah
diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan
Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan
6 atau 8.
 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan
memasuki
 perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara
pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ketiga
dan Keempat.

(b) Liga 3 kumpulan

Pusingan pertama (9 hingga 11 pasukan) Johan, Naib Johan dan Tempat


Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :
Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
Pusingan kedua

 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan
X dan Y dengan mengadakan undian.20
 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
 Dari 3 Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua
ditempatkan dalam Kumpulan Y.
 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan
kumpulannya.

Contoh:

Pusingan akhir

Pemenang pertama dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y


untuk tentukan kedudukan Johan dan Naib Johan.
Pemenang kedua Kumpulan X lawan pemenang kedua Kumpulan Y untuk
menentukan tempat ke-3 dan ke-4.

(c) Liga 2 kumpulan


Pusingan pertama (6 hingga 8 pasukan)

Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan A dan naib johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.
S
ekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan kedua

 Pasukan dalam kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati.

Pusingan akhir

 Pemenang kumpulan X akan melawan pemenang kumpulan Y untuk


menentukan Johan dan Naib johan.
 Kalah kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan
tempat ketiga dan keempat.
(c) Liga 1 kumpulan

 Sekirannya lima atau kurang daripada lima pasukan yang bertanding,


pertandingan secara liga satu pusingan dijalankan.

 Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai johan.

 Lazimnya pertandingan cara liga satu pusingan diadakan apabila :

(i) Bilangan pasukan yang kecil


(ii) Masa
(iii) Sumber kewangan
(iv) Kemudahan dan
(v) Bilangan pegawai
Pertandingan kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini
akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang
tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan
kalah mati dua kali.

(a) Kalah mati sekali

 mudah dan ringkas dikelolakan.


 Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir .
 bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau
peserta.

(i) Bilangan peserta menunggu/bye

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira


dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan
seterusnya.
Contohnya: 14 pasukan bertanding

 Bilangan penyertaan: 14 pasukan


 Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan :16
 Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan
16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan pesertamenunggu/’bye’
 Peserta menunggu akan disebarkan dengansama banyak di antara
kumpulan atas dan kumpulan bawah.
 Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4. Ini
bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.
(ii) Bilangan perlawanan

Bilangan perlawanan yang dijalankan dapat dikira dengan cara


menolak angka 1 daripada jumlah peserta atau pasukan

(iii) Penempatan pilihan atau ‘seeded’

Peserta-peserta pilihan hendaklah ditempatkan secara adil dengan


sebarannya yang menyeluruh. Panduan menempatkan peserta pilihan
dalam pertandingan kalah mati adalah seperti berikut :

 Peserta pilihan sepatutnya ditempatkan secara simetrikal


 Jika terdapat 2 penanti, satu ditempatkan di bawah sekali dan satu
lagi di atas sekali
 Jika terdapat 4 penanti, aturan berikut perlu digunakan:

o Penanti pertama ditempatkan di atas sekali dalam kumpulan atas.


o Penanti kedua ditempatkan di bawah sekali dalam kumpulan bawah.
o Penanti 4 diletakkan di bawah dalam kumpulan atau dan penanti 3
diletakkan di atas dalam kumpulan bawah atau penanti 3 dan 4
membuat undian menentukan kedudukan masing-masing.

(b) Kalah mati dua kali

Pertandingan cara ini memberi peluang kepada setiap peserta bermain


sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus dari pertandingan.
Peserta yang menang di peringkat awal akan memaju ke kanan untuk menjadi
johan manakala peserta yang kalah ditempatkan ke kiri. Sekiranya pemenang
pertandingan datang dari kumpulan yang telah kalah sekali, maka pasukan
yang tewas boleh meminta satu lagi perlawanan.
25
2.0 Cabar mencabar

(a) Pertandingan Sistem tangga

Dalam sistem ini peserta yang di bawah boleh mencabar dua peserta lain
yang berada di atasnya dengan mengikut kedudukannya. Keistimewaan
bentuk ini ialah setiap peserta ditempatkan mengikut kebolehan merekadi
akhir pertandingan. Sistem ini digunakan dalam pertandingan tinju.

Jika peserta yang mencabar peserta di atas menang, peserta mencabar akan
mengambil alih kedudukan peserta yang dicabar. Peserta dicabar akan turun satu
tangga ke bawah.

(b) Pertandingan bentuk piramid atau corong.

Pertandingan bentuk ini boleh dijalankan dengan cara berlawan sesama


sendiri mengikut tingkatnya pada peringkat awal. Peserta yang berjaya di
kalangan mereka akan naik setingkat sehingga ke puncak piramid atau
corong.
(c) Pertandingan sarang labah-labah

Ramai peserta diberi peluang untuk mencabar peserta yang berada di kedudukan
nombor satu. Bilangan pencabar yang ramai merupakan kelemahan system ini, jadi
Colgate (1978) mencadangkan bahawa peserta di luar pusat perlu mencabar
seorang peserta pada arasnya dahulu supaya dibenarkan mencabar pemain di
pusat itu. Sebaliknya apabila pemain di pusat dikeluarkan setelah dikalahkan oleh
pencabarnya, dia seharusnya mencabar peserta dalam aras lain sebelum mencabar
untuk menebus kekalahan dan menduduki tempat pertama semula.

Peraturan – peraturan Am

1. Peserta-peserta ditempatkan di tangga melalui beberapa cara:

a) secara rawak.

b) mengikut keputusan-keputusan yang lepas.

c) selepas pemain pilihan ditetapkan, kedudukan pemain diterbalikkan dengan yang


lemah diletakkan di atas.

2. Pemain akan maju ke atas jika mengalahkan pihak pencabar atau mendapat
kemenangan percuma.

3. Seorang pemain boleh mencabar 1 atau 2 pemain di atasnya

4. Jika menang, pencabar menukar tempat dengan yang dicabar. Jika pemain
dicabar menang, tiada pertukaran tempat berlaku. Pencabar tidak boleh mencabar
pemain yang sama dalam masa seminggu.

5. Proses mencabar adalah mengikut susunan yang ditetapkan.

6. Selepas 2 pemain bermain, mereka hanya boleh bermain semula selepas setiap
seorang itu bermain dengan pemain yang lain.

7. Pemain yang dicabar mesti bermain dalam tempoh 3 hari selepas dicabar

8. Pemain yang tidak aktif dan tidak bermain selama seminggu terus disingkir dari
senarai.

9. Dalam bentuk pyramid, seorang pemain dalam 1 aras boleh mencabar pemain
dalam aras yang lebih tinggi atau seorang pemain dalam 1 aras mesti mengalahkan
semua pemain dalam aras yang sama sebelum dibenarkan mencabar pemain pada
ars yang lebih tinggi

10. Pemain yang terletak di atas sekali kecuali Bentuk Corong dianggap sebagai
pemenang selepas jangka masa yang telah ditetapkan.

11. Dalam kes tertentu, seorang pengurus pertandingan perlu menerima dan
menyebar cabaran. Untuk tujuan tersebut, papan kenyataan boleh digunakan.
BIBLIOGRAFI

 PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM, BUKU SUMBER SAINS SUKAN


TINGKATAN 4, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

 http://www.scribd.com/doc/17299651/peraturan-permainan

 http://www.ppk.smkdpk.com/bsk/bsumber/bs_ssukan_t4.pdf
REFLEKSI

NAMA: CHIA JING LIAN NO. KAD PENGENALAN: 910712-07-5346

KUMPULAN AKADEMIK: 3PC

Seperti semester yang lepas, saya telah dapat menerima ilmu tentang
permainan padang yang saya sertai pada semester ini. Walaupun kedua-dua
semester yang lepas kami dikehendaki menyertai satu permainan, tetapi input saya
pada semester ini lebih banyak berbanding dengan kedua-dua semester yang lepas.
Hal ini demikian kerana, saya tidak dapat menyertai permainan yang diinginkan dan
terpaksa menyertai permainan ini iaitu Kelab Bola Jaring. Pada mulanya saya berasa
amat seksa untuk menghadiri GERKO pada setiap hari Rabu, kerana tidak ada
temanan rakan sekelas dan tidak kenal dengan ahli-ahli Kelab Bola Jaring yang lain.
Akan tetapi, selepas menghadiri ke GERKO Kelab Bola Jaring selama beberapa kali,
saya dapati bola jaring merupakan satu permainan yang amat menarik juga. Melalui
Kelab Bola Jaring juga saya telah mengenal dengan ramai rakan yang dari kumpulan
akademik yang berbeza. Selain itu, saya juga berpeluang untuk bekerjasama dengan
rakan yang baru kenal untuk membuat kerja kursus. Ini merupakan satu percubaan
yang baik bagi saya.

Pada mulanya, saya ingat bola jaring merupakan satu permainan yang amat
komplek. Saya berasa keliru dengan kedudukan pemain dan had pergerakan
pemain. Akan tetapi, selepas saya mencuba bermain atau belajar bermain di
padang, saya berasa diri saya lebih memahami kedudukan-kedudukan itu. Lama-
kelamaan saya dapati diri saya amat menikmati semasa bermain bola jaring
walaupun masih tidak mahir dengan teknik-teknik dan juga peraturan.

Selain itu, saya juga amat bersyukur kerana rakan saya telah banyak
membantu saya semasa menyiapkan kerja kursus ini. Saya mendapat banyak input
yang tidak dapat belajar dalam kelas melalui rakan sekumpulan saya.
REFLEKSI

Oleh: Nor Nadia Binti Ghazali

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus yang
telah diberikan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, pelbagai
maklumat dan fakta penting telah saya peroleh. Tugasan ini adalah mengenai sistem
pertandingan bola jaring yang terdiri daripada sistem kejohanan, sistem liga, sistem
separa liga, sistem kalah mati dan sistem cabar-mencabar. Setelah mendapat soalan
tugasan, pensyarah telah memberi sedikit taklimat tentang cara menghasilkan kerja
kursus ini.

Kami dikehendaki untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan


sistem pertandingan bola jaring melalui buku, internet dan sebagainya . Oleh itu,
kami telah membuat rujukan dan mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan
tajuk tugasan di laman web. Saya mendapati bahawa tugasan ini adalah tidak
semudah yang difikirkan.

Pelbagai halangan yang dihadapi dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber maklumat,yang berkaitan dan
ketiadaan mesin cetak adalah antara kesulitan yang terpaksa dilalui. Dalam hal ini,
masa itu sememangnya perlu dibahagi dengan bijak. Saya mendapati bahawa
adalah mudah untuk memuat-turun maklumat dari internet tetapi sukar untuk
mengulas semula maklumat yang telah diperoleh itu. Selain itu, kami juga perlu
memahami sistem pertandingan yang ada.

Selain itu, hasil daripada tugasan yang telah diberikan dapat saya dapat
praktikkan di masa akan datang dan menggunakan segala input yang saya dapat
dengan berguna apabila saya menjalani latihan bola jaring dan memasuki sebarang
perlawanan. Sekian, terima kasih.
REFLEKSI

Oleh: Yip Yan Yee

Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus yang telah
diberikan tepat pada masanya. Dalam melaksanakan tugasan ini, pelbagai maklumat
dan fakta penting telah saya peroleh. Tugasan ini adalah mengenai sistem
pertandingan bola jaring. Setelah mendapat soalan tugasan, pensyarah telah
memberi sedikit taklimat tentang cara menghasilkan kerja kursus ini. Selepas itu,
saya dan ahli-ahli kumpulan saya pun mula membuat jadual pelaksanaan tugasan
agar tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya.

Kami dikehendaki untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan


sistem pertandingan bola jaring. Oleh itu, kami telah membuat rujukan dan mencari
maklumat-maklumat berkenaan dengan tajuk tugasan di laman web. Saya
mendapati bahawa tugasan ini adalah tidak semudah yang difikirkan.

Pelbagai halangan yang dihadapi dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber maklumat,yang berkaitan dan
ketiadaan mesin cetak adalah antara kesulitan yang terpaksa dilalui. Selain tugasan
ini, kami turut mempunyai kerja-kerja yang lain. Dalam hal ini, masa itu
sememangnya perlu dibahagi dengan bijak. Saya mendapati bahawa adalah mudah
untuk memuat-turun maklumat dari internet tetapi sukar untuk mengulas semula
maklumat yang telah diperoleh itu. Selain itu, kami juga perlu memahami sistem
pertandingan yang ada.

Pelbagai input yang diperoleh melalui tugasan ini. Kini, saya mempunyai
konsep yang lebih jelas mengenai jenis-jenis sistem pertandingan seperti sistem liga
dan sistem kalah mati. Selain itu, saya dapat mengetahui bilangan pemain dalam
setiap pertandingan. Seterusnya, saya juga berupaya untuk mengetahui kedudukan
setiap pemain dalam gelanggang pertandingan. Saya berharap agar segala
maklumat yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan dan berguna pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai