Anda di halaman 1dari 5

SULIT 2 021

031
Soalan 1 13

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Datuk dan nenek berasa gembira kerana __________ kerap balik ke kampung, kata
Hamzah kepada ayahnya.
A kamu
B awak
C kami
D kita

2 Wahai Bendahara, minta saudagar itu masuk menghadap __________! titah Sultan
Iskandar Shah.
A beta
B baginda
C tuanku
D patik

3 Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru _______________ ucapan dalam Kejohanan
Olahraga Kali Ke-35 di sekolah itu.
A mengucapkan
B menyampaikan
C mengujarkan
D menyatakan

4 Murid-murid perlu diberi pendedahan ___________ tentang kebudayaan pelbagai kaum di


Malaysia.
A awal
B cepat
C lewat
D perlahan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Ramli berasa sungguh seronok melihat ______________ burung sedang berterbangan di

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 3 021
031
atas bumbung rumahnya.
A sekawan
B seekor
C sekelompok
D segerombolan

6 Penglihatan Pak Abu _____________ walaupun umurnya mencecah 80 tahun.


A kabur
B cerah
C jelas
D pudar

7 Aiman menghubungi ibunya yang berada ____________ di seberang kerana mengikuti


kursus.
A jauh
B rapat
C dekat
D hampir

8 Ibu menasihati anaknya agar tidak terlalu ______________ atas kegagalan yang dialami.
A terharu
B kecewa
C bimbang
D gusar

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Ibu mengambil payung yang berada di ______________ dinding rumah untuk kegunaannya
apabila hujan.
A tepi
B sudut
C antara
D bawah

10 Encik Azmi menjelaskan _____________ latihan yang banyak dapat membantu murid

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 4 021
031
memperoleh kecemerlangan.
A agar
B untuk
C supaya
D bahawa

11 Setelah dimaklumkan waktu menjawab hampir tamat, Zamri kelihatan __________


menjawab soalan-soalan peperiksaan itu.
A lintang-pukang
B pontang-panting
C tunggang-langgang
D kelam-kabut

12 Encik Ramlan mewarisi kerja __________ tembaga dan perak daripada arwah bapanya.
A sulam-menyulam
B tenun-menenun
C tekat-menekat
D ukir-mengukir

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Puan Rani _____________cili dan bawang itu hingga lumat untuk menggulai ikan
kembung.
A pengisar
B dikisar
C berkisar
D mengisar

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


14 Pameran buku itu telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat.
A Buku-buku itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat.
B Pegawai Daerah Batu Pahat telah merasmikan pameran buku itu.
C Buku-buku dalam pameran itu merasmikan Pegawai Daerah Batu Pahat.
D Pegawai Daerah Batu Pahat merasmikan buku-buku itu..

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 5 021
031

15 Maran dan Haran meminta izin daripada ibu mereka untuk menyertai lawatan ke Kelantan.
A Ibu, kami akan ke Kelantan untuk menyertai lawatan, kata Maran dan Haran.
B Bolehkah kami menyertai lawatan ke Kelantan, ibu ? tanya Maran dan Haran.
C Ibu, bolehkah ibu menyertai lawatan ke Kelantan ? tanya Maran dan Haran.
D Kami akan menyertai lawatan ke Kelantan , ibu, kata Maran dan Haran.
Pilih ayat yang betul.

16 A Nasir dan adik pergi ke taman rekreasi manakala bersiar-siar.


B Salman bercita-cita menjadi doktor pakar kemudian dewasa nanti.
C Wanita tua itu memeluk cucu kesayangannya malahan membelai rambutnya.
D Kevin berbuat begitu untuk mendapatkan perhatian daripada ibu dan ayahnya.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai cara dapat
dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai amalan harian. Ibu bapa yang gemar
membaca, akan menjadi contoh kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh membaca
buku-buku cerita kepada anak-anak yang belum boleh membaca ketika hendak tidur.
Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.
Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku
yang digemari oleh mereka.
Malahan jika aktiviti mengunjungi perpustakaan sering diadakan, minat
kanak-kanak terhadap buku akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada,
kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
Selain itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis
bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada
anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Hal ini kerana minat membaca lebih
mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
Minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak
kata peribahasa, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Kesimpulannya, jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan
akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT
SULIT 6 021
031
17 Apakah cara menyemai minat membaca kepada anak-anak yang belum boleh membaca?
A Memilih buku yang sesuai.
B Membawa anak-anak ke perpustakaan.
C Membacakan buku ketika hendak tidur.
D Memupuk minat membaca buku sejak kecil.

18 Mengapakah ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan harian?
A Mereka sudah mahir membaca
B Mereka mampu membeli buku-buku
C Mereka boleh membina sudut bacaan di rumah
D Mereka menjadi contoh kepada anak-anak

19 Anak-anak perlu diberi kebebasan memilih sendiri bahan bacaan yang mereka sukai kerana
A tidak perlu membaca buku ketika hendak tidur
B tidak perlu meminjam di perpustakaan
C minat kepada amalan membaca mudah diterapkan
D ibu bapa tidak perlu membawa anak-anak ke pesta buku

20 Semua yang berikut adalah benar berdasarkan petikan kecuali


A amalan membaca perlu digalakkan sejak kecil lagi.
B perpustakaan ialah tempat untuk meminjam buku.
C ibu bapa memilih sendiri buku yang sesuai untuk anak.
D amalan membaca buku boleh dijadikan contoh kepada anak-anak.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


021/031 SULIT

Anda mungkin juga menyukai