Anda di halaman 1dari 4

MOHD FAZIL BIN SAMAD SX130561KAWS03

(1 JAM 10 MINIT)

SOALAN 1

Dalam perkembangan manusia, zaman pertengahan kanak-kanak (Middle Childhood)


adalah peringkat usia seseorang di antara enam hingga ke dua belas tahun. Pada peringkat usia
ini mereka berada di tahap pendidikan sekolah rendah. Pada peringkat usia ini kanak-kanak
dizahirkan sebagai individu yang amat memerlukan bimbingan dari segenap mereka yang
berada di sekelilingnya. Kerana mereka sendiri tidak dapat mengenalpasti identiti diri sendiri,
keupayaan, bakat dan kebolehan masing-masing. Maka orang di sekelilingnya amat berperanan
dalam menggerakkan kanak-kanak ini.

Teori industry-versus-inferiority adalah teori saranan Erikson yang dikaitkan dengan


perkembangan sosial semasa di peringkat umur ini. Industry merujuk kepada perubahan emosi
di mana membentuk minda seseorang itu daripada kekurangan menjadi kelebihan disebabkan
sokongan oleh guru, ibu bapa atau rakan sebaya. Inferiority pula adalah sebaliknya di mana
tiadanya sokongan yang didapati oleh kanak-kanak pada usia pertengahan ini atas kekurangan
atau kelemahannya. Individu yang terlibat dalam mendorong atau mempengaruhi kanak-kanak
pada usia pertengahan ini adalah guru, ibu bapa dan rakan sebaya. Sebagai contoh bakat
melukis. Setiap kanak-kanak pada usia pertengahan ini sudah tentu mempunyai kekurangan
atau kelemahan masing-masing, ada yang dilahirkan berbakat semulajadi, ada pula sebaliknya.
Jika yang berbakat semulajadi tersebut tidak di asah maka kecenderungan kanak-kanak itu tadi
terbiar dan akhirnya hilang ditelan usia, manakala kanak-kanak yang gemar melukis tetapi tidak
berbakat masih boleh dibimbing oleh ibu-bapa, guru dan masyarakat sekeliling. Mereka boleh
dihantar ke kelas-kelas melukis dan boleh menyertai pertandingan agar keyakinan diri mereka
bertambah dari semasa ke semasa. Maka dorongan dari ibu-bapa, guru, rakan sebaya dan
masyarakat adalah penting. Inilah yang didefinasikan sebagai industry, pembawaan daripada
individu di sekeliling kanak-kanak itu menjadi pendorong agar mempunyai keyakinan dan jati
diri.
Keadaan akan menjadi sebaliknya bagi Inferiority. Tiada dorongan dan galakkan dari
individu sekeliling kanak-kanak ini akan membuatkan mereka berasa lemah dan tersisih.
Sebagai contoh kanak-kanak pada peringkat usia ini suka bermain permainan dan bersukan.
Tetapi mereka tidak dapat mengenalpasti keupayaan diri mereka, dalam sukan misalnya, kanak-
kanak tidak terdorong untuk menceburi sesuatu sukan seandainya tidak mendapat sokongan
dari ibu-bapa atau guru, maka minatnya dalam sukan tersebut pudar dan ditenggelami arus
masa. Ibu-bapa sebagai contoh menasihati anak-anak supaya tidak terlalu aktif dalam sukan
kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran. Maka ibu-bapa akan menghadkan masa untuk
anak-anak mereka bersukan dan tidak akan membenarkan mereka menyertai apa-apa
kejohanan dan pertandingan. Ada juga ibu-bapa yang tidak mahu langsung anak-anaknya
bersukan. Natijah dari pemikiran sebegini adalah kanak-kanak tersebut menjadi pendam,
murung, disishkan rakan-rakan dan wujud rasa rendah diri. Tiada sokongan oleh guru, ibu bapa
dan rakan sebaya inilah yang dikatakan sebagai inferiority.

Secara kesimpulannya Industry-versus-inferiority saranan Erikson yang dikaitkan dengan


perkembangan sosial semasa di peringkat umur ini merujuk kepada perubahan emosi
seseorang kanak-kanak di mana faktor yang membentuk minda seseorang itu daripada
kekurangan menjadi kelebihan adalah disebabkan sokongan oleh guru, ibu bapa atau rakan
sebaya. Inferiority pula dikaitkan dengan keadaan sebaliknya di mana tiadanya sokongan yang
didapati oleh kanak-kanak pada usia pertengahan ini atas kekurangan atau kelemahannya.

SOALAN 3 (a)

Isu kanak-kanak obes seperti mana kes Johan ini adalah kes yang biasa berlaku pada
sesebuah keluarga. Namun yang menjadi isu adalah Johan berada di bawah asuhan pengasuh
yang mempunyai anak lebih dewasa darinya. Dari segi pengkelasan umur, Johan berada pada
peringkat umur tiga hingga enam tahun iaitu di peringkat pra-sekolah. Manakala anak pengasuh
tersebut berada pada peringkat pertengahan kanak-kanak iaitu di antara enam hingga dua
belas tahun.
Obesiti akan dikaitkan dengan tabiat pemakanan seseorang. Dalam kes ini tidak
dinafikan punca utama Johan menjadi obes adalah kerana faktor tersebut. Pemakanan kanak-
kanak pada peringkat ini dikawal oleh ibu-bapa atau pengasuh. Tetapi ada juga ibu-bapa dan
pengasuh yang tidak dapat mengawal anak-anak. Sebagai contoh mereka lebih suka memberi
makanan yang digemari oleh kanak-kanak tersebut, bukan makanan yang diperlukannya.
Sebagai contoh memberi makanan dan minuman yang manis-manis seperti donat, cokelat dan
ais krim. Sudah tentu mereka akan makan makanan ini kerana ia adalah kegemaran mereka.
Dalam kes Johan, pengasuh tersebut mungkin telah memberi makanan manis dan berlemak
yang berlebihan kepadanya. Tambahan pula anaknya yang berumur 10 tahun itu menggemari
makanan tersebut dan Johan pun terikut.

Faktor kedua adalah faktor keturunan atau pun genetik. Manusia dilahirkan dengan
membawa genetik ibu bapa. Latar belakang kedua-ibu bapa Johan perlu diketahui. Jika mereka
berpotensi untuk menjadi obes maka tidak menghairankan anak mereka iaitu Johan juga turut
mengalami masalah yang sama. Obes juga sama seperti beberapa penyakit yang boleh diwarisi.
Namun begitu perkara ini juga bergantung kepada individu itu sendiri. Dalam kes Johan dia
akan lebih cenderung obes jika dia mewarisnya dari kedua atau salah seorang orang tua nya
dengan dibantu oleh faktor lain seperti tabiat makan berlebihan.

Selain itu, obes juga berkemungkinan disebabkan oleh kurang bersenam dan melakukan
aktiviti riadah. Apabila kanak-kanak mengalami kalori yang berlebihan, kandungan yang
berlebihan tersebut tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan
lemak ini akan terkumpul. Pendedahan kepada teknologi dan gajet kepada anak-anak di bandar
seperti Johan menyebabkan mereka menjalani gaya hidup yang tidak sihat. Mereka lebih gemar
untuk bermain di alam maya berbanding bermain di alam nyata. Ditambah pula Johan
berkawan dengan anak pengasuh yang lebih dewasa dari nya dan dia mudah terikut-ikut.
Dengan pemilihan pemakanan yang tidak sihat yang berkemungkinan disediakan oleh pengasuh
tersebut ditambah pula dengan gaya hidup yang hanya memerap di rumah maka akan
menyebabkan kanak-kanak ini obes.
SOALAN 3 (b)

Antara cadangan supaya Johan kembali kepada berat badan yang ideal adalah dengan
mengawal tabiat pemakanan. Johan perlu disediakan dengan makanan yang berkhasiat dan
dengan kuantiti yang sesuai. Dalam kes ini, pengasuh Indonesia tersebut bertanggugjawab
dalam penyediaannya. Ibu bapa Johan yang sibuk bekerja mungkin tidak mempunyai masa
untuk perkara tersebut. Pada peringkat umur Johan, makanan yang sepatutnya adalah dari
jenis yang berkhasiat dan berkalori rendah. Kuantiti makanan kepada Johan juga sepatutnya
dikawal supaya tidaklah terlalu banyak.

Cadangan kedua adalah untuk menyediakan Johan dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang
sihat. Ibu-bapa dan pengasuh tersebut perlu meluangkan masa bersama kanak-kanak ini
bermain di padang permainan, berlari-lari anak dan membuat banyak pergerakan jika duduk di
rumah. Jangan berikan Johan sebarang bentuk gajet seperti i-pad dan tab untuk menghiburkan
dia, sebaliknya sediakan bola, basikal dan permainan lego agar dia banyak bergerak dan aktif.
Dengan cara tersebut Johan akan kembali mendapat berat badan yang ideal.

Tidak dinafikan kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah cenderung untuk obes. Antara
faktor penyebab adalah tabiat pemakanan yang tidak sihat, faktor genetik dan kurangnya
aktiviti fizikal. Oleh itu, peranan ibu bapa atau pengasuh amat penting dalam memastikan berat
badan kanak-kanak ini dapat dikawal supaya tidak obes.

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai