Anda di halaman 1dari 2

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN

1. UNDANG UNDANG PERTANDINGAN


Kejohanan ini adalah mengikut undang undang KOAM, Peraturan peraturan
Am MSSM, MSST, MSSDB dan Peraturan- peraturan Kejohanan Balapan dan
Padang SKKB Kali Ke 29 2017

2. PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN


2.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid SKKB
2.2 Olahraga : seorang peserta hanya boleh menyertai 2 ( DUA ) acara individu
dan 1 ( SATU ) acara berpasukan.
2.3 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat mengikut tatacara sistem pendaftaran
masuk yang telah ditetapkan oleh pengelola.

3. HADIAH KEMENANGAN
Bagi acara individu dan berpasukan olahraga, hadiah diberikan kepada pemenang
pertama, kedua dan ketiga.

4. PENILAIAN PASUKAN RUMAH


4.1 Mata kemenangan bagi setiap acara dikira seperti berikut:
5.1.1 Johan - 5 mata
5.1.2 N. Johan - 3 mata
5.1.3 Ketiga - 2 mata
5.1.4 Keempat - 1 mata
4.2 Mata akan diberi bagi Rumah Sukan yang mempunyai disiplin terbaik;
4.2.1 Pertama - 10 mata
4.2.2 Kedua - 9 mata
4.2.3 Ketiga - 8 mata
4.2.4 Keempat - 7 mata
4.3 Penentuan JOHAN KESELURUHAN akan diambil kira daripada jumlah mata
yang paling tinggi diperolehi

5. MELAPOR DIRI
Semua peserta hendaklah melapor diri kepada Penyelia Peserta sekurang
kurangnya 10 minit sebelum acara bermula. Semua peserta hendaklah berbaris
semasa keluar dan masuk ke arena pertandingan

6. BANTAHAN
6.1 Bantahan berhubung dengan acara yang dijalankan hendaklah dilakukan
dengan serta merta dan tidak lewat dari 20 minit.
6.2 Sebarang bantahan bertulis hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan
sebanyak RM50.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja ). Wang pertaruhan
ini akan dijadikan hak pengelola jika sekiranya bantahan tidak berjaya.
7. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
7.1 Tiap tiap acara akan dijalankan mengikut waktu yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi teknik berhak
meminda susunan acara jika difikirkan perlu dibuat pindaan. Pengurus
pengurus pasukan akan diberitahu.
7.2 J/kuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tersedia di
dalam undang undang KOAM terkini. Peraturan peraturan am MSSM,
MSST dan MSSDB atau peraturan peraturan pertandingan SKKB hendaklah
dipatuhi.

Anda mungkin juga menyukai