13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3
kali dengan air bersih
14. Siram sebelah kanan 3 kali.
15. Siram sebelah kiri 3 kali.
16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan
sebelah belakang.
1
17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya
pula.
18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17.
19. Lepas itu siram dengan air kapur barus.
20. Lepas itu wudukkan mayat.
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"
"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"
Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu
bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan
wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat
wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.