Anda di halaman 1dari 2

KATA ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia Negaraku

Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan kurnia dan keberkatan kerana
diberi ruang tinta bagi saya mencoretkan penghargaan dan sekalung ucapan terima kasih kepada
warga Kolej Vokasional Temerloh atas segala usaha, jerih, kerjasama, komitmen dan pelbagai jalinan
yang sama-sama kita patrikan sepanjang tahun 2017. Kini 2018 tiba pula dan pastinya dengan pelbagai
tanggungjawab yang sama-sama perlu kita lunaskan mengembeling gerak jentera kita semua demi
keterbilangan pendidikan teknik dan vokasional khususnya Kolej Vokasional Temerloh.

Terima kasih sekalung penghargaan kepada jawatankuasa Buku Perancangan2018 Kolej Vokasional
Temerloh yang telah dapat menyediakan panduan untuk pensyarah dan kakitangan KVT ini dengan
jayanya. Saya berkeyakinan penuh semua pensyarah KVT telah cukup bersedia menggalas pelbagai
jawatan yang perlu dilaksanakan dengan cemerlang sepanjang tahun 2018 ini. Sudah pasti setiap
peranan dan tugasan yang diamanahkan itu adalah mampu dilaksanakan oleh para pensyarah,
sentiasa bersedia meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkau
sempadan kecemerlangan. Kita sama-sama telah berikrar untuk terus komited dalam memperjuang
dan mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional ini khususnya bagi kemenjadian serta
kebolehpasaran pelajar dan bakal graduan KVT.

Kohort pertama KVT telah pun berjaya kita tampilkan dengan cemerlang, usai berkonvokesyen dan
mendapat pekerjaan serta memenuhi kehendak industri masa kini. Namun peranan kita masih belum
bernoktah lagi, apa yang kita mahu ialah graduan KVT kelak adalah yang mempunyai barisan atau saf
modal insan yang berkemahiran tinggi, memperlengkapkan ilmu lebih mantap dan menjadikan
kelompok intelektual berkemahiran tinggi selari dengan impian Malaysia sebagai sebuah negara maju
berpendapatan tinggi. Kita sedia maklum pelajar yang berada dalam sistem TVET ini adalah pelajar
yang cenderung ke arah pendidikan berasaskan kemahiran yang memerlukan kepakaran serta
kemahiran yang mantap daripada pensyarah KVT. Inilah yang telah kita sama-sama usahakan bagi
tahun 2017, bergelumang dengan pelbagai komitmen, MQA, aset, KSKV, Kokurikulum, insaniah,
latihan serta peningkatan kemahiran ke tahap maksimum.

Tahun 2018 menanti dengan penuh cabaran dan kesediaan untuk kita semua memantapkan apa yang
telah sama-sama kita bangunkan. Saya tidak mungkin dapat menyahut semua ini seorang diri apatah
lagi dengan pelbagai ekspektasi dari pelbagai pihak khususnya ibu bapa dan penjaga. Tuan puan
adalah kekuatan saya, untuk itu marilah bersama-sama kita meningkatkan dan mengadakan
perubahan secara dinamik, mengukuhkan tahap intelektual, , menyuburkan budaya ilmu, menjalin
persefahaman, mengembeleng tenaga, melontarkan idea-idea inovatif dan kreatif dan senantiasa
mengadakan perbincangan secara telus. Inilah resepi untuk keterbilangan KVT pada tahun 2018 dan
seterusnya. AKhirnya saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
warga KVT yang telah menunjukkan prestasi terbaik bagi tahun 2017. Semoga kita mencapai pelbagai
kejayaan yang lebih besar dan bermakna lagi.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai