Anda di halaman 1dari 6

Bahasa-Bahasa Figuratif Dalam Pengacaraan

1. Dilihat pokok dari buahnya


Dilihat manusia dari bahasanya.

2. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

3. Semakin meruntun selera

4. Menyemai semangat kecintaan terhadap tanah air

5. Satu budaya warisan mekar menghias taman tamadun bangsa.

6. Kumpulan DEWASARA baru saja melancarkan album mereka yang


pertama.

7. Sekarang saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba.

8. Aktiviti bagi memenuhi hasrat dan agenda tersirat.

9. Sampai kita ke pokok acara.

10. Sebagai rakaman rasa kasih mengabdikan kenangan

11. Sebagai pembuka tirai acara.

12. Doa dipanjat semoga majlis bertambah berkat

13. melupakan segala yang pahit dan mengaut yang manis-manis untuk dibawa pulang.

14. Tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir mewarnakan perayaan kita pada tahun
ini.

15. Sebagai menutup sampul perayaan kita pagi ini.

16. Sekarang tiba kita acara yang ditunggu-tunggukan

17. Hadiah pertama disandang oleh

18. menjamu selera

19. Nyanyian yang begitu mendayu dan syahdu

20. Pelajar contoh 1996 jatuh kepada


21. Tiba masanya kita ke arena kemuncak.

22. Sebagai penutup tirai kita pada pagi ini.

23. Semoga seri budaya kita tak luput ditelan arus kemodenan

24. ...dipersilakan untuk menyempurnakan majlis

25. Kita akan hanyut dan alpa dibawa arus kemodenan

26. Kita sama-sama menyingkap kembali tirai sejarah lama...

27. ...agar ianya meniupkan semangat anak-anak.

28. Saat dinanti saat ditunggu


Tuan bestari istimewanya tamu

29. Sampai juga hajat di hati


menjemput tuan datang ke mari

30. Terurai rasa yang resah


Terlerai rasa yang gelisah
Bijak sungguh tuan bermadah
Madah indah penuh amanah

31. Disulam puisi kata-kata


Disulam majlis dengan amanat

32. Berucap sudah bermadah sudah


Eloklah pula ditambahkan seri

33. Untaian madah kata aluan


Untaian ingatan sepanjang zaman

34. Titis hujan di bumi tercinta


Pelangi pagi menyeri wajah
Setaman cempaka
Wangi sempurna
Bersusun kasih
Berjunjung sayang
Menenun bakti
Menyulam budi
Sesantun susila
Sehalus sutera hati.
35. Selesai sudah upacara seri
Upacara indah penuh bererti

36. Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan.

37. Yang ditunggu sudah tiba


Yang dinanti sudah tersedia

38. Dilafaz salam diucapkan selamat


Bersama-sama mendapat berkat
Majlis mulia majlis bererti
Mendaulat bahasa negara ini.

39. Penyeri majlis pembuka acara


Persembahan syair dan persembahan koir

40. Menurut adat dan tradisi pelancaran


Dilafaz ikrar bahasa kebangsaan
Disusli oleh upacara penyerahan
Kepada Ketua Menteri ikrar diserahkan.

41. Berjabat tangan tanda mesra


palu-paluan pelbagai bunyi
Jemputan diterima penuh budi bahasa
hadirmu tuan menambah seri.

42. Terukir salam nan ikhlas


Terungkap kata nan sopan

43. Tersimpan di dalam hati


Termeterai di dalam ingatan
Pesanmu tuan tetap berharga
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

44. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan

45. Masakan kami lupa tujuan mengundang


Bicara pemimpin yang tidak pernah gersang
Menyemarak semangat terangsang
Untuk dibilas, diperah..pun tidak
Hampasnya untuk dibuang
Amanat Dato sebagai pesanan
Kepada anak didik yang tersayang.
46. Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa.

47. Hebat juga lakonan itu tadi


buat orang tak kering gusi.

48. Bismillah awal bicara


Dibuka majlis indah serinya
Masjlis bersama anugerah sastera
Menempa sejarah ulung kalinya.

49. Sungguh bernas ucapan tuan


Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan.

50. Ucapan disampaikan penuh bermakna


Semoga menjadi dorongan untuk semua

51. Melati Sarawak nama penanya


Menulis cerpen puisi juga rencana
Karya tersiar di pelbagai media
Warta Malaya dan Warta Jenaka antaranya.

52. Orang berbudi kita berbahasa


Budi suci perlu dipelihara.

53. Terhulur salam nan ikhlas


Terungkap kata nan sopan
Dimulakan majlis ini
Majlis bernama Perasmian Bangunan DBP Sarawak.

54. Bismillah mula asal yang baku


Demikian kata orang tua
Demikian jugalah dimulakan majlis ini.

55. Disulam puisi dengan kata


Disulam majlis dengan amanah

56. Untaia madah kata aluan


Untaian ingatan sepanjang zaman

57. Sampai juga hajat di hati


Menjemput tuan datang ke mari
58. Saat dinanti saat ditunggu
Tuan bestari istimewanya tamu

59. Berucap sudah bermadah sudah


Eloklah pula ditambah seri

60. Terurai rasa yang resah


Terlerai rasa yang gelisah
Bijak sungguh tuan bermadah
Madah indah penuh amanah.

61. Selesai sudah upacara seri


Upacara indah penuh bestari

62. Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

63. Yang ditunggu sudahlah tiba


Yang dinanti sudah tersedia
Acara kemuncak majlis ini
Ucapan dan amanat Ketua Menteri
Tokoh unggul yang kita cintai.

64. Dilafaz salam diucapkan selamat


Bersama-sama mendapat berkat
Majlis mulia majlis bererti
Mendaulat bahasa negara ini.

65. Ampun maaf kami pohonkan


Andai terdapat kesilapan
Terima kasih juga kami ucapkan
Jumpa lagi tahun hadapan

66. Sudah menjadi tradisi sesebuah institusi


Yang berjaya penghormatan diberi
Yang cemerlang pasti dijulang
Yang akan pergi dirai

67. Kalau tidak dipecahkan ruyung


Mana kan dapat sagunya

68. Tiada lagu tanpa irama


Tiada irama pincanglah ia...
69. Setiap yang baik pasti dibalas baik,
Yang rajin pasti mendapat ganjarannya
Bak kata pepatah
Menabur biji tentu ada hasilnya.

70. Setiap bermula pasti berakhir

71. Yang baik kita jadikan teladan


Yang kurang manis dijadikan sempadan

72. Sebagai memulakan sekapur siirih seulas pinang majlis kita petang ini...

73. Tiada seri malam tanpa bulan dan bintang. Begitulah dengan majlis kita pada petang
ini tanpa mendengar ucapan daripada YB Menteri.

Anda mungkin juga menyukai