Anda di halaman 1dari 1

Gajah Savana Afrika

Gajah Savana Afrika atau nama saintifiknya Loxodonta africana ialah antara
dua spesies Gajah Afrika. Dahulunya Gajah hutan dan Gajah savana Afrika
diklasifikasikan sebagai satu spesies tetapi mengikut kajian terbaru Gajah
hutan dengan Gajah savana adalah dua spesies yang berbeza yang terpisah
antara 5 hingga 3 juta tahun dahulu. Gajah savana ialah spesies Gajah
terbesar di dunia yang masih hidup dengan ketinggian maksimum 4 meter
(14 kaki) dan beratnya boleh mencecah sehingga 11 tan atau 11,000 kg.
Mereka didapati hampir di seluruh benua Afrika, dari padang pasir
di Mali sehingga ke Afrika Selatan. Gajah savana Afrika diklasifikasikan
sebagai "vulnerable" oleh IUCN. Akan tetapi sub-spesies Gajah Savana Afrika
iaitu Gajah Afrika Utara (Loxodonta africana pharaoensis) telah pupus
sekurang-kurangnya 2 sebelum masihi.

Anda mungkin juga menyukai