Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Majlis Jalinan Kasih Dan Ambang Tahun Baru 2018

1. Doa Pembuka Kata.

2. Yang Berusaha :

A. Penasihat Persatuan Penduduk s5kp/ merangkap tim.Pengerusi

surau Arraudhah s5kp.: Dr.Hasbullah Bin Ahdar

3. Yang Berbahagia

B. Pengerusi Surau Arraudhah s5kp :Ust.Nur iman Bin ismail.

C. Pengerusi KRT S5KP ; Prof Dr Zulkhairi b Hj Anom

C. Ahli2 Jawatankuasa kerja persatuan penduduk sek 5kp, ketua-ketua Fasa serta
Ahli-ahli Persatuan berdaftar. Tuan2, puan2 ,hadirin hadirat yang di Hormati dan
dikasihi sekalian.

4. Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera. Salam ukhuwah kepada semua Ahli-
ahli Persatuan Penduduk Sek5 kota puteri yang turut hadir bersama-sama keluarga
masing-masing sempena Majlis Jalinan Kasih dan Ambang Tahun Baharu 2018 yang
julung-julung kali dianjurkan oleh PPS5KP pada malam yang sungguh bertuah ini.

*Teks ucapan :*Bersyukurnya kita pada malam ini dapatlah kita bersua atau
membuat perjumpaan Dimajlis Jalinan Kasih mesra Dan Sambutan Ambang tahun
Baru 2018 yang pasti dalam beberapa jam sahaja lagi berakhirlah bagi tahun 2017
meninggalkan kita dengan pelbagai coretan dan seribu kenangan suka duka, pahit
manis buat kita semua.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

5. Mengimbau kembali kepada usaha dan peranan yang telah kita sempurnakan
sepanjang tahun 2017 saya percaya ia telah banyak menambah pengalaman dan
kematangan kita di samping memberikan pengajaran yang amat berguna kepada
kita. Yang baik jadikan penandaaras dan yang sebaliknya jadikanlah sempadan untuk
kita tidak mengulanginya lagi yang baik dipuji yang dijelek diperbaiki.

ORANG DAIK MEMACU KUDA,


KUDA DIPACU DERAS SEKALI;
BUAT BAIK BERPADA-PADA,
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI.
6. PPs5KP ini sendiri, baharu mencecah usia 1 tahun 6 bulan. Sepanjang
penubuhan PPS5KP ini, pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah kami rancang dan
usahakan bertujuan memupuk amalan kejiranan yang sihat sesama Penduduk S5KP
tidak kira umur, bangsa, agama sama ada pembeli atau penyewa, agar kita semua
dapat menjalinkan hubungan mesra, saling menghormati dan membentuk komuniti
yang disegani oleh masyarakat sekitarnya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

7. Saya mewakili PPS5KP mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan


semua di dalam semua aktiviti dan program yang telah kami rancang sepanjang
Tahun 2017 ini. Antaranya Majlis Sambutan Aidilfitri 2017, Program Gotong-Royong
Mengikut Fasa dan sokongan yang ditunjukkan seperti yang hadir pada hari ini
sempena malam Jalinan Kasih dan Ambang Tahun Baru 2018. Tanpa sokongan tuan-
tuan, puan-puan sekalian, maka tidak bermaknalah sesuatu aktiviti yang diatur.
Terima kasih sekali lagi. Saya mengharapkan akan lebih ramai lagi penduduk S5KP
yang sedar kelebihan sebagai ahli persatuan penduduk dan pada Tahun 2018 ini
lebih ramai lagi yang akan menjadi ahli berdaftar PPS5KP.

PENUTUP

8. Dengan rasa penuh syukur juga saya mewakili Persatuan Penduduk S5KP
mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2018 dan juga
tahun baru hijrah 1439 yang baru sahaja berlalu kepada semua penduduk S5KP.
Semoga pada tahun ini kita semua dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang
baik serta dipermudahkan dalam segala urusan. Insyaallah dengan niat yang ikhlas
dan hati yang bersih mudah-mudahan kita semua mendapat ilham dan petunjuk
yang baik daripada Allah SWT dalam setiap usaha kita meneruskan tanggungjawab
sebagai khalifah di bumi allah yang fana ini. Saya mengharapkan 2018 membuahkan
azam yang berbeza dari tahun sebelumnya. Kuatkan tekad, mantapkan ukhwah
semoga komuniti kita dirahmati Allah sentiasa. Kepada semua ahli, teruskan
sokongan anda kepada Persatuan dan jadikan ia sebagai inspirasi untuk
mewujudkan MASYARAKAT PENYAYANG, KOMUNITI BERWAWASAN.

Anda mungkin juga menyukai