Anda di halaman 1dari 13

M8

Tamadun India
Pandangan Semesta

1
Dr. Normala Othman
Prof. Madya Dr. Adlina Ab. Halim

Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan


Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

https://www.openlearning.com/courses/upm-tamadun-islam-dan-tamadun-asia-titas-
HASIL PEMBELAJARAN (LO)
i. Menjelaskan pandangan semesta Tamadun India
ii. Menerangkan kepercayaan dan agama dalam
Tamadun India

https://www.openlearning.com/courses/upm-tamadun-islam-dan-tamadun-asia-titas-
3
Pandangan Semesta Tamadun India
• Pandangan semesta Tamadun India pada amnya bergantung
kepada falsafah dan pegangan agama masyarakat di India.
• Terdapat pelbagai agama dalam Tamadun India, seperti;
• Hindu
• Buddha
• Islam
• Sikh
• Jaina
• Perbincangan akan meneliti agama-agama yang utama dalam
Tamadun India.

4
HINDU
•Sejarah awal sukar ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat
semulajadi.
•Bukti terawal agama Hindu ditemui di Lembah Sungai Indus.
•Bukti – patung-patung (menandakan konsep Dewi Ibu), mohor
(menandakan penyembahan Dewa Shiva), kolam permandian (untuk
tujuan kerohanian).
•Membuktikan agama Hindu merupakan agama tertua di dunia.

Mohor

5
HINDU
Tahap perkembangan kerohanian berdasarkan pemikiran orang-orang Indo-Arya iaitu;
i. Politeisme – memuja unsur-unsur alam semulajadi seperti api, angin, pokok dan
sebagainya yang dianggap sebagai dewa atau dewi.
ii. Henoteisme – percaya kepada kewujudan kuasa tunggal iaitu dewa Visvakarman
(dewa pencipta) dan Prajapati (dewa ketua semua makhluk di dunia).
iii. Monoteisme – pada peringkatt ini masyarakat Indo-Arya percaya terdapat satu
kuasa agung yang bertanggungjawab menggerakkan dunia dan diberi sifat-sifat
penciptaan, pemeliharaan, serta pemusnah dan dianggap sebagai Tuhan. Mereka
mencipta dewa Brahma (Dewa Pencipta), dewa Vishnu (Dewa
Pelindung/Pemelihara) dan dewa Shiva (Dewa Pemusnah) dikenali sebagai Trimurti
(tiga sifat).
iv. Monisme – percaya segala sesuatu di dunia ini berasal dari satu sumber yang
kewujudannya boleh dirasai di mana-mana sahaja.

6
HINDU

Kuil Hindu Akshardham , New Delhi

Dikenali juga sbg


Sanatana Dharma
= agama kekal abadi

Penganut Hindu berpegang kepada 4


Setiap kitab Veda
kitab veda; mengandungi 4
5 Konsep yang • Rig – Mazmur & pujian kepada bahagian iaitu;
saling berkaitan: Dewa Dewi 1.Mantra/Samhita
• Yajur - Mazmur upacara 2.Brahmana
• Brahman 3.Aranyaka
• Atman • Sama – Antologi mazmur Rig Veda 4.Upanishad
• Karma bersama muzik
• Samsara • Atharva – koleksi mazmur untuk
• Mokhsa jauhkan dari penyakit, sihir dll

7
BUDDHA

Buddha Statue – City of Bodh Gaya


•Diasaskan oleh
(The Birth Place of Buddhism) Siddharta Gautama
•Memberi tumpuan kepada aspek
etika dan moral

Doktrin ajaran Buddha tentang Dhamma dirangkumkan


dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu;
Ajaran Buddha dihimpunkan oleh para pengikutnya 1. Dukka (penderitaan) – lahirnya seseorang ke dunia
dan dikenali sebagai Pitaka. Terdapat tiga buah Pitaka adalah satu penderitaan
2. Samudaya (punca atau penyebab penderitaan) –
(Tripitaka) : Sutta-Pitaka , Vinaya-Pitaka , keinginan hawa nafsu
Abhidhamma-Pitaka. 3. Nirodha (penghapusan penderitaan) – perlu
hapuskan hawa nafsu
4. Marga (cara untuk memadamkan api keinginan)
Konsep terpenting - Ahimsa iaitu menolak dengan mengamalkan prinsip “Jalan Lapan Lapis
penyeksaan (himsa) serta pembunuhan sesama Mulia”
makhluk

8
ISLAM

Penyebaran Islam menerusi 2 cara;


1. Hubungan pedagang Arab dengan penduduk di
India Selatan.
2. Penaklukan kumpulan Muslim keturunan Turki,
Afghan dan Mongol.

Jama Masjid, Delhi

Sumbangan Islam dalam Tamadun India:


• Menyatukan pemerintahan berpusat di Delhi
• Melahirkan Bahasa Baru - Urdu
• Memakmurkan seni bina -Taj mahal
• Wujud pusat pengajian
• Sistem kemasyarakatan tanpa kasta
• Hapus dowri dan amalan sati - memartabat kedudukan wanita

9
SIKH
Diasaskan oleh
Guru Nanak
dan diteruskan oleh
9 guru Sikh

• Percaya kewujudan tuhan yang satu


• Tuhan disebut “Waheguru”
• Identiti Sikh diperkasa melalui 5 simbol
- kesh (rambut panjang),
- kangha (sikat),
- kara (gelang besi),
- kirpan (pedang kecil)
- kachera (seluar jerut).
• simbol 5K dihormati demi kesejahteraan hidup
dan penerimaan agama Sikh.

Golden Temple, Amritsar

10
JAINA

 Diperkenalkan oleh Mahavira.


 Mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang
dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu.
 Mahavira-penghidupan manusia adalah penderitaan yang
disebabkan adanya kehendak
 Sembilan prinsip atau nava-tattva

Jain Temple, Ranakpur

11
KESIMPULAN

• Aspek ketamadunan seperti peninggalan bandar-bandar


dan kota bersejarah serta kuil-kuil merupakan
manifestasi daripada pandangan semesta masyarakatnya
yang mempengaruhi pembentukan tamadun India.
• Penerimaan unsur perbezaan dalam aspek agama yang
pelbagai membawa kesan positif bagi masyarakat dalam
Tamadun India

12
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai