Anda di halaman 1dari 2

FOKUS PENGURUSAN PENDIDIKAN

8. PENTADBIRAN
8.1. Pejabat Sekolah/Penggunaan Telefon/ Kemudahan.
8.1.1 Hanya untuk urusan rasmi.
8.1.2 Sila catat di dalam buku telefon setiap panggilan yang dibuat dan segala
bayaran panggilan hendaklah dibayar kepada pembantu tadbir.
8.2. Bilik Rehat Guru.
8.2.1 Bilik rehat Guru merupakan cermin guru, staf dan pentadbiran sekolah. Ianya
harus memperlihatkan budaya kemas, ceria, menampilkan keilmuan, senyap,
efisien serta berfungsi dengan cekap, tepat, telus dan tegar.
8.2.2 Kebersihan dan keceriaan Bilik Guru hendaklah sentiasa dijaga. Setiap guru
hendaklah sentiasa mempastikan susunan, kekemasan, keceriaan dan
mengelakkan keadaan tidak terurus, timbunan buku-buku latihan/kerja di atas
meja.

8.3. Keselamatan/Pelawat.
8.3.1 Sekiranya guru-guru melihat/bersua seseorang yang tidak dikenali, beri salam,
sila tanya nama dan pengenalan pelawat tersebut dengan sopan santun dan
hulurkan bantuan dengan mesra. Iringi/tunjukkan mereka ke pejabat.
8.3.2 Semua pelawat diminta berurusan di pejabat terlebih dahulu untuk apa jua
tujuan serta melaporkan dan memperkenalkan diri. Semua pelawat akan diminta
memakai tag ‘Pas Pelawat’ dan mengisi Buku Pelawat Am. Satu borang
kebenaran masuk perlu diisi dan ditandatangani oleh pihak pengurusan sekolah.
8.3.3 Murid-murid dilarang membawa keluarga/kawan-kawan dan orang luar masuk ke
kelas tanpa kebenaran pejabat/Guru Besar/GPK.
8.3.4 ‘Jurujual’ adalah dilarang sama sekali masuk ke Bilik Guru., lain-lain bilik di
bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar/GPK.

8.4. Kenyataan Media.


8.4.1 Guru-guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang
kenyataan kepada media mengenai apa jua perkara. Sila rujuk kepada Guru
Besar.
8.4.2 Segala urusan surat mesyuarat perhubungan ke PPD/JPNJ/Kementerian
Pelajaran mestilah dibuat melalui dan salinan kepada Guru Besar atau
mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai