Anda di halaman 1dari 3

ISU/ MASALAH (BENCHMARKING INTERAKSI DENGAN GURU CEMERLANG)

Kami 7 PISMP Sains Ambilan Jun 2014 telah melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Kangkar Pulai untuk menjalankan aktiviti benchmarking interaksi dengan guru cemerlang bagi
Bina Insan Guru Fasa 6..

5.0 Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Belajar cara kepimpinan yang betul dan sesuai dalam konteks sebagai bakal pendidik
pada alaf baru,
2. Didedahkan dengan cara mengajar murid menggunakan pendekatan, strategi dan
kaedah yang berkesan dan boleh membuahkan hasil yang optimum.
3. Guru pelatih mempelajari gaya kepimpinan yang berkaliber dan berkarisma pada masa
akan datang untuk diaplikasi di dalam kelasnya berbantukan model guru cemerlang.
4. Guru pelatih menjadi lebih yakin terhadap diri mereka sendiri dan dapat mencungkil
bakat kepimpinan yang sudah sedia ada dalam diri masing-masing ketika membuat
menjalani aktiviti di bawah program “PLC” dan bersoal jawab dengan guru cemerlang.
5. Setiap orang menonjolkan sikap ingin tahu dalam mengetahui rahsiah kejayaan guru
cemerlang dan berusaha mencontohinya.
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi pada diri sendiri dalam menganalisis segala
permasalahan yang timbul ketika situasi sukar.

(ii) KELEMAHAN

1. Sedari bahawa ia memerlukan usaha yang kuat dan berterusan bagi mendapatkan
gelaran guru cemerlang.
2. Mengetahui cabaran dalam menguruskan masa dengan jimat dan cermat serta
mengasikannya bagi keluarga dan bidang pekerjaan.
3. Kita tidak boleh sentiasa mengharapkan yang terbaik atau lebih sempurna semasa
menyertai mana-mana aktiviti Bina Insan Guru kerana ia tertakhluk kepada
penyesuaian masa dan keselesaan pihak yang hendak dilawati.

(iii) PELUANG
1. AJK tatatertib harus diwujudkan agar setiap guru pelatih akan sentiasa dipantau dan
tidak melakukan sebarang kesilapan secara kurang sopan ketika bercakap atau
berkelakuan tanpa disedari.
2. Kami perlulah sentiasa bersama-sama dengan rakan sekelas agar tidak mudah sesat
ataupun tertinggal daripada membuat tugasan yang telah diberikan.
3. Semua guru pelatih juga harus sentiasa peka dengan ramalan cuaca atau keadaan
cuaca yang mungkin tidak menentu agar program yang dirancang dapat berjalan
dnegan lancar dan baik tanpa sebarang malapetaka atau bencana buruk.
4. Guru pelatih menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan
pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa di masa hadapan.

(iv) ANCAMAN

1. Guru pelatih tidak mengalami ancaman yang besar sepanjang program ini.
2. Setiausaha program BIG telah mengalami kesusahan dalam proses menyediakan
kertas kerja.

7.0 REFLEKSI KENDIRI

NAMA : THANESYWARI A/P ELLVARAJ

NO K/P : 940107-08-5972
(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. Saya dapat membina keyakinan diri dengan lebih mendalam dan kukuh dalam
meneruskan bidang perguruan agar saya boleh memperolehi gelaran guru cemerlang
pada masa hadapan.
2. Saya dapat berpeluang untuk melihat kelas dan pendidikan abad ke-21.
3. Saya mempelajari cara bagi mengajar murid-murid pada abad ke-21 ini menggunakan
pelbagai kaedah, pendekatan dan strategi dalam menarik minat mereka dan
memastikan mereka melibatkan diri secara sepenuhnya dalam proses pembelajaran di
dalam kelas.
4. Saya dapat merasakan bahan-bahan yang digunakan di bilik darjah oleh murid-murid
kelas yang kami lawati.
5. Saya juga dapat bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya.
6. Saya dapat memahami sifat-sfat yang perlu ada pada setiap guru yang ingin menjadi
guru cemerlang.

(i) PENAMBAHBAIKAN

1. Guru pelatih harus menyediakan lebih banyak soalan bagi guru cemerlang agar beliau
boleh menjawab dan memberikan input yang lebih banyak kelak.
2. Merancang aktiviti bersama guru cemerlang menggunakan lebih masa agar kita boleh
berkongsi pelbagai ilmu pengetahuan dan tidak sekadar beberapa jam sahaja.

Anda mungkin juga menyukai