Anda di halaman 1dari 20

KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN OLAHRAGA.

Sebelum mengendalikan kejohanan jawatan kuasa teknikal dan induk perlu menyediakan satu set
peraturan am kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya. Walaupun
peraturan am adalah hak mutlak penganjur namun sebagai penganjur yang beretika kita perlu memastikan
peraturan am yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Sebaliknya peraturan am
yang kita rangka dan bina bertujuan mengawal perjalanan kejohanan.

Peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Peraturan am


kejohanan juga seharusnya tidak membelakangi undang-undang teknikal yang telah termaktub dalam
undang-undang persatuan sukan dan badan teknikal sukan dunia. Sebagai contohnya dalam menganjurkan
kejohanan olahraga undang bagi setiap acara perlulah mengikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Contoh Peraturan Am
Berikut adalah contoh peraturan am yang di ambil dari peraturan Majlis sekolah-sekolah Malaysia:
1.0 Peraturan Am

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut
Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti
berikut:

1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah
Malaysia.

1.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang Kesatuan
Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

2.0 Tarikh Pertandingan


09 Sept hingga 12 Sept, 2006

3.0 Tempat Pertandingan


Kompleks Sukan Bandar Batu Pahat, Johor.

4.0 Penyertaan

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah dalam daerah Batu Pahat Johor yang berdaftar
dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Batu Pahat.

4.2 Pegawai
Satu (1) orang Pengurus
Dua (2) orang Jurulatih Lelaki
Dua (2) Jurulatih Wanita
4.3 Peserta
4.3.1 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk menyertai tiga (3) acara perseorangan dan
dua (2) acara berpasukan.
4.3.2 Setiap peserta hanya boleh didaftarkan untuk satu kategori sahaja.

5.0 Kelayakan Peserta

5.1 Peserta hendaklah terdiri daripada pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah-sekolah yang
berdaftar dan menjadi ahli Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat.

5.2 Pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM/STPM tidak layak menyertai
pertandingan ini.

5.3 Mereka yang berdaftar di sekolah swasta selepas mendapat keputusan SPM/STPM layak menyertai
pertandingan ini dengan syarat mempunyai kedatangan tidak kurang daripada 75% kehadiran
(kiraan bermula sebulan selepas pengumuman keputusan peperiksaan).

5.4 Peserta di bahagikan kepada enam kategori seperti Jadual 8.10:

Kategori dan Syarat-syaratnya


Kategori Syarat
Lelaki 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006
Perempuan 12 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 13 tahun pada 1.1.2006
Lelaki 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006
Perempuan 15 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2006
Lelaki 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006
Perempuan 20 tahun ke bawah Mesti belum mencapai umur 21 tahun pada 1.1.2006

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan diri, dan tiga (3) keping
gambar berukuran Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama Borang Pendaftaran peserta.
Semua peserta yang menggunakan dokumen pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 mestilah disahkan oleh
Pengerusi pertandingan.

5.4 Peserta-peserta gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran/ semasa taklimat
Pengurus Pasukan akan dikenakan Yuran Pendaftaran RM 20.00 seorang. Gantian peserta hanya
boleh dilakukan kepada peserta yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua
Yuran Pendaftaran peserta tidak akan dikembalikan.

5.5 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 20.11.

6.0 Mesyuarat Pengurus Pasukan

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta beserta dengan Kad
Pengenalan atau Dokumen Pendaftaran JPN 1/9atau JPN 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan
kepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
7.0 Acara-acara

7.1 Pertandingan ini terbahagi kepada acara-acara seperti berikut:-


7.1.1 Balapan dan Padang Lelaki 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 13) 20,000M Jalan Kaki
2) 200M 14) 4 x 100M Lari Berganti
3) 400M 15) 4 x 400M Lari Berganti
4) 800M 16) Lompat Tinggi
5) 1,500M 17) Lompat Jauh
6) 5,000M 18) Lompat Kijang
7) 10,000M 19) Lompat Bergalah
8) Dekathlon 20) Lontar Peluru
9) 110M Lari Berpagar 21) Lontar Cakera
10) 400M Lari Berpagar 22) Merejam Lembing
11) 3,000M Lari Berhalang 23) Baling Tukul Besi
12) 10,000M Jalan Kaki

7.1.2 Balapan dan Padang Wanita 20 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 12) 10,000M Jalan Kaki
2) 200M 13) 4 x 100M Lari Berganti
3) 400M 14) 4 x 400M Lari Berganti
4) 800M 15) Lompat Tinggi
5) 1,500M 16) Lompat Jauh
6) 10,000M 17) Lompat Kijang
7) Hepthathlon 18) Lompat Bergalah
8) 100M Lari Berpagar 19) Lontar Peluru
9) 400M Lari Berpagar 20) Lontar Cakera
10) 5,000M Lari Berhalangan 21) Merejam Lembing
11) 15,000M Jalan Kaki 22) Baling Tukul Besi

7.1.3 Balapan dan Padang Lelaki 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 10) Lompat Tinggi
2) 200M 11) Lompat Jauh
3) 400M 12) Lompat Kijang
4) 800M 13) Lompat Bergalah
5) 1,500M 14) Lontar Peluru
6) 110M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera
7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing
8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi
9) 4 x 400M Lari Berganti
7.1.4 Balapan dan Padang Wanita 15 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 10) Lompat Tinggi
2) 200M 11) Lompat Jauh
3) 400M 12) Lompat Kijang
4) 800M 13) Lompat Bergalah
5) 1,500M 14) Lontar Peluru
6) 100M Lari Berpagar 15) Lontar Cakera
7) 400M Lari Berpagar 16) Merejam Lembing
8) 4 x 100M Lari Berganti 17) Baling Tukul Besi
9) 4 x 400M Lari Berganti

7.1.5 Balapan dan Padang Lelaki 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 6) Lompat Tinggi
2) 200M 7) Lompat Jauh
3) 400M 8) Lompat Kijang
4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru
5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing

7.1.6 Balapan dan Padang Wanita 12 tahun ke bawah.

BIL ACARA BIL ACARA


1) 100M 6) Lompat Tinggi
2) 200M 7) Lompat Jauh
3) 400M 8) Lompat Kijang
4) 4 x 100M Lari Berganti 9) Lontar Peluru
5) 4 x 400M Lari Berganti 10) Merejam Lembing
8.0 Sistem Pertandingan

8.1 Bagi ketinggian pagar dalam acara berpagar Lelaki/Wanita akan menggunakan had ketinggian
seperti yang digunakan dalam mana-mana acara olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
yang telah ditetapkan.

8.2 Bagi berat alat-alatan sukan seperti Peluru, Cakera dan Lembing Lelaki/Wanita dan acara Baling
Tukul Besi juga akan menggunakan kategori berat yang digunakan dalam mana-mana acara
olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia yang telah ditetapkan.

9.0 Masa Melaporkan Diri

9.1 Acara Balapan


Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 30 minit sebelum acara-acara
mereka bermula.

9.2 Acara Padang


Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Penyelia Peserta 45 minit sebelum acara-acara
mereka bermula.

9.3 Sebarang perubahan atau pindaan mengenai perkara 9.1 dan 9.2 akan dimaklumkan kelak.

10.0 Penggantian

10.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan peserta yang telah
didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah
diserahkan kepada Pegawai bertugas bersama dengan Borang Penyertaan.

10.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-
acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan.

10.3 Bagi acara (perseorangan) dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan sahaja yang layak
mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.

11.0 Pembatalan

11.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak
dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.

11.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya
kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau Doktor (jika kecederaan).

12.0 Abjad/Nombor Peserta

12.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai Abjad/Nombor yang ditentukan di
hadapan dan di belakang badan dan di pin atau dilekatkan dalam keadaan sempurna iaitu empat pin
pada pepenjuru. Hanya peserta-peserta Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah sahaja dibenarkan
memakai satu nombor.

13.0 Peralatan

13.1 Dalam acara Lompat Bergalah, seseorang peserta itu dibenarkan menggunakan galah sendiri.
Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block) akan disediakan oleh Jawatan
kuasa Teknikal dan Pertandingan.

13.2 Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan galah peserta yang lain kecuali mendapat kebenaran
daripada peserta berkenaan.

14.0 Saringan

14.1 Lima (5) Saringan Hanya dua (2) peserta dari setiap saringan dan enam (6) lagi peserta yang
mencatat masa terbaik dari kelima-lima adalah layak memasuki peringkat Separuh Akhir.

14.2 Empat (4) Saringan Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang
mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat Separuh Akhir.
14.3 Tiga (3) Peringkat Separuh Akhir Hanya dua (2) peserta dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi
peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari ketiga-tiga Separuh Akhir adalah layak memasuki
peringkat Akhir.

14.4 Dua (2) Peringkat Separuh Akhir Hanya tiga (3) peserta dari tiap-tiap Separuh Akhir dan dua (2)
lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik dari kedua-dua Separuh Akhir adalah layak memasuki
peringkat Akhir.

15.0 Pembahagian Lorong

15.1 Semua pembahagian lorong akan dijalankan oleh Jawatan kuasa Teknikal dan Pertandingan
Olahraga.
15.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong masing-masing.

15.3 Bagi pusingan berikutnya, maka dua (2) undian akan dibuat seperti berikut:-
15.3.1 Undian pertama adalah untuk empat peserta atau pasukan yang telah mencatat masa
terpantas bagi memutuskan tempat-tempat mereka di lorong 3, 4, 5 dan 6.
15.3.2 Undian kedua adalah untuk empat peserta atau pasukan lain yang telah melayakkan diri
bagi memutuskan tempat mereka di lorong 1, 2, 7 dan 8.

15.4 Peraturan 15 adalah menjadi tanggungjawab Jawatan kuasa Teknikal dan Pertandingan.

16.0 Pengadil/Pegawai Pertandingan

16.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
(KOAM) untuk bertugas di sepanjang berlangsung.

16.2 Keputusan Pegawai Teknikal Dalam Setiap Pertandingan Adalah Muktamad.

17.0 Bantahan/Tatatertib

17.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat
bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM 200.00.

17.2 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

17.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah/Pegawai Pertandingan dalam masa tiga puluh
(30) minit selepas pertandingan itu tamat. Walau bagaimanapun semua prosedur atur cara bantahan
hendaklah mengikut amalan yang digunakan oleh KOAM.

18.0 Jawatan Kuasa Bantahan/Tatatertib

18.1 Pelantikan Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib dan prosedur atur cara mesyuarat adalah mengikut
yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

18.2 Jawatan kuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana
pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.
18.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

19.0 Kawasan Pertandingan

19.1 Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding
sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan.

20.0 Hadiah-hadiah

20.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti Jadual 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 dan 8.7.

Pingkat untuk Lelaki Bawah 20 Tahun


LELAKI 20 Tahun EMAS PERAK GANGSA
100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
5,000M 1 1 1
10,000M 1 1 1
Dekathlon 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
3,000M Lari Berhalangan 1 1 1
10,000M Jalan Kaki 1 1 1
20,000M Jalan Kaki 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 23 23 23

Pingkat untuk Wanita Bawah 20 Tahun

WANITA 20 tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
10,000M 1 1 1
Hepthathlon 1 1 1
100M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
3,000M Lari Berhalangan 1 1 1
15,000M Jalan Kaki 1 1 1
10,000M Jalan Kaki 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
JUMLAH 22 22 22
Pingkat untuk Lelaki Bawah 16 Tahun

LELAKI 16 Tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
JUMLAH 17 17 17

Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

WANITA 16 tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
800M 1 1 1
1,500M 1 1 1
110M Lari Berpagar 1 1 1
400M Lari Berpagar 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lompat Bergalah 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Lontar Cakera 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
Baling Tukul Besi 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
JUMLAH 17 17 17

Pingkat untuk Lelaki Bawah 14 Tahun

LELAKI 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
JUMLAH 10 10 10

Pingkat untuk Wanita Bawah 16 Tahun

WANITA 14 Tahun EMAS PERAK GANGSA


100M 1 1 1
200M 1 1 1
400M 1 1 1
4 x 100M Lari Berganti 1 1 1
4 x 400M Lari Berganti 1 1 1
Lompat Tinggi 1 1 1
Lompat Jauh 1 1 1
Lompat Kijang 1 1 1
Lontar Peluru 1 1 1
Merejam Lembing 1 1 1
JUMLAH 10 10 10

PEGAWAI TEKNIKAL KEJOHANAN OLAHRAGA


SEMAK KENDIRI 8.1
Ketika anda menjadi pelajar sekolah satu ketika dulu sudah pasti anda pernah menyertai dan melihat
kejohanan olahraga tidak kira sama ada di peringkat sekolah, Majlis Sukan Sekolah Daerah, Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Negeri atau Majlis Sukan Sekolah Malaysia. Dalam kejohanan ini anda pasti akan dapat
melihat pegawai-pegawai yang bertugas ada antaranya duduk di tangga kayu untuk mencatat nama
pemenang lumba lari, mengukur dan mencatat balingan dan lain-lain lagi. Apakah tugas mereka?
Sebenarnya mereka bertugas sebagai pegawai teknikal kejohanan olahraga. Tahukah anda kebanyakan
pegawai-pegawai ini ialah guru-guru yang telah didedahkan dalam tugas kepegawaian semenjak di
Institusi Perguruan lagi iaitu dalam aktiviti Gerak Kerja Ko Kurikulum Olahraga atau Kejohanan
Olahraga di peringkat Institusi perguruan.

Sebagai seorang guru satu ketika nanti, sudah pasti anda akan di beri tugas sebagai pegawai teknikal.
Keringat semua guru di peringkat sekolah ditagih dalam membantu urusan mengelola dan mengendalikan
kejohanan olahraga peringkat sekolah. Dalam kejohanan peringkat sekolah-sekolah daerah, negeri dan
negara kebanyakan guru-guru terlibat sebagai pegawai teknikal. Selain daripada itu terdapat juga guru-
guru tertentu dilantik sebagai pengelola dan pengurus kejohanan. Dari pengalaman yang luas ini tidak
hairanlah sekiranya dalam kejohanan olahraga peringkat kebangsaan seperti SUKMA, Kejohanan
Olahraga Kebangsaan dan lain-lain lagi, kebanyakan guru-guru di beri penghormatan sebagai pegawainya
teknik.

Pegawai-pegawai teknikal kejohanan seharusnya dilantik daripada mereka yang mempunyai tauliah
daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Pegawai-pegawai teknikal merupakan mereka
yang berperanan penting ketika acara olahraga berlangsung. Pegawai teknikal bertanggungjawab
memastikan peserta dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan dan melicinkan lagi perjalanan
sesuatu acara olahraga.

Tugas sebagai pegawai teknikal bukan satu tugas yang mudah, mereka yang bertugas dalam bidang ini
perlulah berpengalaman dan berpengetahuan luas. Untuk mendapat pengiktirafan KOAM pegawai yang
terbabit perlu melepasi ujian amali dan praktikal yang agak ketat. Merujuk kepada Teng (1994), secara
amnya pegawai teknikal boleh di bahagikan kepada empat kumpulan umum iaitu:

(a) Kumpulan Pengurusan


(a) Pengurus Kejohanan
(b) Pengurus Teknik
(c) Setiausaha Kejohanan
(b) Kumpulan Juri Rayuan
Dianggotai oleh tiga hingga lima orang ahli juri rayuan. Kalau di peringkat sekolah juri rayuan di
pengerusikan oleh pengetua sekolah dan setiausaha juri rayuan biasanya merupakan setiausaha
sukan sekolah. Ahli juri rayuan biasanya orang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam
kejohanan olahraga. Juri rayuan juga perlu bebas atau tidak mempunyai kepentingan dengan mana-
mana pasukan yang bertanding.

(c) Kumpulan Pertandingan


(i) Seorang pengadil bagi acara balapan
(ii) Seorang pengadil bagi acara padang
(iii) Seorang pengadil bagi acara jalan kaki
(iv) Hakim-hakim bagi acara balapan
(v) Hakim-hakim bagi acara padang
(vi) Hakim-hakim bagi acara jalan kaki
(vii) Pengadil-pengadil balapan
(viii) Seorang ketua penjaga masa
(ix) Penjaga-penjaga masa
(x) Pelepas
(xi) Penolong pelepas
(xii) Pencatat pusingan
(xiii) Perakam
(xiv) Pengawas-pengawas balapan
(xv) Penyelia peserta

(d) Kumpulan Pegawai-pegawai Tambahan


(i) Juru acara
(ii) Seorang juru ukur rasmi
(iii) Juru teknik alat penyukat angin
(iv) Pasukan pembantu padang

Tanggungjawab pegawai teknik secara amnya semasa kejohanan olahraga ialah:


• Semua pegawai yang bertugas hendaklah hadir 20 minit sebelum kejohanan dimulakan bagi sesi
taklimat.
• Ketua pegawai teknikal perlu memberi taklimat kepada pegawai tentang masalah dan etika.
• Ketua pegawai teknikal perlu memastikan dan mencatat kehadiran pegawai. Sekiranya ada pegawai
yang tidak dapat hadir ketua pegawai teknikal boleh merujuk kepada urus setia untuk penggantian
pegawai.
• Ketua pegawai teknikal perlu memastikan bahawa pegawai bertugas di setiap tempat pertandingan
adalah mencukupi bagi melancarkan lagi kejohanan.
Bidang Tugas Pegawai Teknikal

Pegawai teknik biasanya di lantik daripada individu yang bertauliah, berpengetahuan dan mempunyai
pengalaman luas dalam satu temasya olahraga. Sekiranya perlu pegawai yang dilantik hendaklah
menjalani kursus sebelum kejohanan bagi melicinkan lagi pengelolaan kejohanan. Berikut di antara
bidang tugas pegawai teknik:

1. Pengurus Kejohanan
• Bertanggungjawab terhadap kelicinan dan kelancaran perjalanan kejohanan olahraga.
• Berkuasa dalam menentukan dan mengendali keseluruhan perjalanan majlis.
• Memastikan kehadiran pegawai teknikal yang bertugas serta mendapat pengganti sekiranya ada
di antara pegawai teknikal tidak dapat hadir.
• Memastikan keselamatan perjalanan kejohanan.
• Mengaturkan perjumpaan dan taklimat dengan pegawai-pegawai pengurusan dan teknikal
kejohanan olahraga.
• Menentukan hanya mereka yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.

2. Penolong Pengurus Kejohanan


• Membantu tugas- tugas Pengurus Kejohanan.
• Mencatatkan kedatangan pegawai pada setiap sesi.
• Mencatat masa mula dan berakhirnya setiap sesi.
• Menilai tugas pegawai, kekuatan dan kelemahan-kelemahannya.
• Membantu pengelolaan Majlis Penyampaian Hadiah.
• Membantu pengagihan cenderamata jika ada.
• Mengagihkan kain lengan pegawai.

3. Pengurus teknik
• Memastikan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
• Memastikan ukuran gelanggang balapan dan padang menepati piawaian.
• Memastikan alatan gelanggang balapan dan padang dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
• Memastikan borang-borang teknikal untuk kegunaan pegawai-pegawai teknikal tersedia.

4. Setiausaha Kejohanan
• Bertanggungjawab menguruskan urusan mesyuarat-mesyuarat jawatan kuasa induk dan
mesyuarat yang berkaitan dengan pengelolaan kejohanan.
• Membuat catatan dan penyediaan minit mesyuarat.
• Menguruskan perjalanan surat-menyurat.
• Menyediakan laporan perjalanan mesyuarat.
5. Juri Rayuan
• Menerima masalah, bantahan dan rayuan daripada peserta dan pasukan yang bertanding.
• Menyelesaikan masalah bantahan dan rayuan yang dikemukakan daripada peserta dan pasukan
yang bertanding.
• Keputusan juri rayuan adalah muktamad.

6. Pengadil
• Memastikan dan menentukan peraturan pertandingan dipatuhi di dalam kejohanan olahraga.
• Membuat keputusan dari aspek teknikal yang berbangkit terutama sekiranya masalah ini tiada
terdapat dalam peraturan-peraturan pertandingan.
• Merupakan orang yang di rujukan dan seterusnya membuat keputusan dalam satu
pertelingkahan teknikal sekiranya hakim tidak dapat membuat keputusan.
• Pengadil perlu memastikan terdapat hakim yang bertugas bagi acara-acara tertentu, sekiranya
belum terdapat lantikan hakim bagi acara-acara tertentu pengadil perlu membuat pelantikan.
• Membuat taklimat kepada hakim-hakim dan pegawai teknikal tentang aspek teknikal sebelum
memulakan kejohanan.
• Mengawasi pengukuran yang dilakukan dalam acara padang dan memeriksa keputusan-
keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
• Mengawasi cara mengambil masa dalam acara balapan dan seterusnya memeriksa keputusan-
keputusan akhir serta menyelesaikan pertelingkahan.
• Mengesahkan semua catatan rekod dan menandatanganinya.
• Memastikan semua keputusan dicatat dengan betul sebelum diserahkan kepada pencatat. (Ketua
Hakim perlu membantu).
• Pengadil berkuasa memberi amaran kad kuning dan kad merah dengan itu pengadil berkuasa
untuk menyingkirkan peserta dari kejohanan atas sebab-sebab tertentu.
• Pengadil berkuasa membatalkan acara dan mengatur semula pertandingan pada masa yang
sama mengikut budi bicara.
• Pengadil berkuasa menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika pada pendapatnya
keadaan memerlukan dengan syarat sesuatu pusingan itu ditamatkan dahulu.
• Berkuasa menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak bersopan dan memutuskan semua
bantahan mengenai seseorang peserta pada ketika itu juga.

7. Ketua Hakim
Bagi membantu pengadil menjalankan tugas yang agak berat dari segi teknikal ketua hakim
biasanya dilantik bagi membantu pengadil. Ketua hakim akan membantu pengadil dari segi
memantau dan memastikan perjalanan kejohanan olahraga di laksanakan dengan licin serta
mengurangkan masalah teknikal. Di balapan ketua hakim akan mengumpulkan keputusan sebelum
diserahkan kepada pengadil untuk ditandatangani.

8. Hakim Balapan
Hakim balapan bertanggungjawab menghakimi semua acara balapan. Antara tugasnya ialah:
• Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara.
• Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan
ketua hakim.
• Memerhati kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh dengan
bantuan pencatat.
• Mencatatkan nombor dan kedudukan peserta serat-merta sebaik sampai di garisan penamat.
• Hakim balapan tidak digalakkan berbincang kedudukan peserta dengan hakim lain.

9. Hakim Padang
Hakim padang akan bertugas di bawah seorang ketua hakim, di antara tugasnya hakim padang
ialah:
• Menghakimi acara padang mengikut peraturan.
• Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh peserta
• Menyemak catatan pada akhir setiap pusingan
• Mengesahkan balingan atau lompatan

10. Pengadil Lorong


Sentiasa berada di sesuatu tempat seperti yang telah ditetapkan oleh Pengadil atau Ketua pengadil
Lorong. Mereka bertugas dibawah seorang ketua pengadil dan membantu pengadil dalam membuat
membuat sebarang keputusan dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kejohanan. Namun
pengadil lorong tiada mempunyai kuasa dalam pembatalan dan membuat keputusan. Sebaliknya
tugasnya adalah melapurkan kesalahan kepada pengadil untuk diambil tindakan. Di antara tugasnya
ialah:

• Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan ketika
mengambil bahagian dalam perlumbaan
• Pengadil lorong perlu memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing dari mula
sampai penamat
• Mengawasi kawasan pertukaran baton semasa acara lari berganti-ganti di patuhi mengikut
peraturan pertandingan
• Mengangkat bendera merah sebagai isyarat adabila berlaku pelanggaran peraturan ketika
bertugas
• Melapor kepada pengadil semua peristiwa atau kejadian yang berlaku untuk membolehkan
pengadil membuat keputusan

11. Penjaga Masa


Tugas utama penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang di lakukan oleh pelumba lari dan
pelumba jalan kaki dari permulaan hingga ke penamat. Masa akan mula diambil daripada daripada
kilat atau cahaya tembakan pistol (cahaya bergerak lebih cepat dari bunyi) sehingga detik badan
(torso) peserta itu sampai ke garis penamat seperti yang di syarat dalam buku peraturan.

Memandangkan tugasnya yang memerlukan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan permulaan


sehingga tamat seorang atlit bisanya penjaga-penjaga masa ditempatkan di luar balapan iaitu
bertentangan dengan garisan penamat. Mereka duduk di atas pentas yang bertingkat dan mengadap
barisan hakim balapan. Seorang ketua penjaga masa akan mengawasi para penjaga masa yang
bertugas. Di antara tugasan penjaga masa ialah:
• Sebelum bertugas penjaga masa perlu memeriksa dan memastikan jam yang digunakan dalam
keadaan baik.
• Setiap jam mempunyai butang arahan yang berlainan oleh itu penjaga masa perlu membuat
latihan serta memahami fungsi butang yang terdapat pada jam.
• Mengambil dan mencatat masa perlumbaan peserta yang di tetapkan oleh ketua penjaga masa
dalam acara balapan
• Mencatat maklumat ke dalam ‘borang penjaga masa’ untuk di serahkan kepada ketua penjaga
masa
• Untuk mengelakkan bias ketika menjalankan tugas penjaga masa hendaklah bertugas sendirian,
mereka tidak di galakan berbincang, membanding atau menujukan masa yang dicatatkan
kepada penjaga masa yang lain.
• Penjaga masa perlu menunjukkan jamnya kepada ketua penjaga masa yang akan memeriksa
jam untuk menentukan masa yang di laporkan sama dengan masa di jam. Oleh itu penjaga masa
tidak di benarkan untuk balikkan jarum jam (reset) sehingga diperiksa atau diarah oleh Ketua
Penjaga Masa.

12. Ketua Penjaga Masa


Ketua penjaga masa bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa rasmi yang di
catat oleh setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam borang laporan
ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil masa seorang
peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga
mencatatkan masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang di tunjukkan oleh dua jam yang
sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan maka jam yang menunjukkan masa di
tengah-tengah di ambil sebagai masa rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih
lambat di terima sebagai masa rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan
mengambil sendiri masa perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa
boleh mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

13. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik


Pelepas dan pelepas panggil balik biasanya terdiri daripada individu yang mempunyai lesen khas
dalam mengendali pistol. Di antara tugas pelepas ialah:
• Pelepas bertanggung jawab membuat pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan
mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.
• Pelepas bersama-sama dengan pembantu perlu mengawal semua peserta yang bertanding dari
sebelum masa ke garisan sehingga peserta berlepas.
• Pelepas atau pelepas panggil balik boleh bertindak sekiranya terdapat pelanggaran peraturan
ketika proses pelepasan.
• Pelepas panggil semula bertugas membantu pelepas mengawasi peraturan pelepasan di patuhi
oleh peserta.
• Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol pelepas atau pelepas panggil semula perlu
melepaskan tembakan sebagai syarat memanggil semula peserta-peserta yang berlepas
• Amaran dan penyingkiran hanya boleh di berikan oleh pelepas
• Pelepas perlu memastikan para hakim dan penjaga masa bersedia sebelum memulakan
pelepasan.
• Pelepas juga perlu memastikan arahan yang di berikan dapat di dengari oleh kesemua peserta.
• Pelepas perlu mengambil masa yang bersesuaian ketika memberi arahan dalam keadaan ‘ke
garisan’, dan’ "Sedia”.

14. Penolong Pelepas


Penolong pelepas bertugas membantu pelepas, antara tugas ini ialah:
• Memeriksa dan memastikan hanya peserta-peserta yang sah dan didaftarkan sahaja bertanding
atau mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan atau acara tertentu.
• Menentukan peserta-peserta memakai nombor mengikut peraturan yang telah di tetapkan di
bahagian hadapan dan belakang bajunya seseorang peserta.
• Memastikan dan mengawas peserta-peserta sentiasa berada di lorong dan tempat permulaan
yang betul seperti yang di tetapkan dalam borang pelepas (Borang laporan penyeliaan peserta).
• Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah pelepas memberi
isyarat ke garisan. Jika ada, penolong pelepas hendaklah memberi isyarat kepada pelepas.
• Memastikan baton-baton telah tersedia bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti.
• Sekiranya segala peraturan pelepas sudah di patuhi penolong pelepas perlu memberi isyarat
kepada pelepas bahawa semua peserta sudah sedia.

15. Pencatat Pusingan


Dalam acara yang melibatkan pusingan yang banyak contohnya acara jarak jauh seperti acara
5000m atau 10000m pencatat pusingan di perlukan bagi mengelak kekeliruan. Tugas utama
pencatat ialah mencatat bilangan pusingan yang di buat oleh tiap-tiap peserta dan pencatat pusingan
juga bertanggungjawab untuk memberitahu peserta bilangan pusingan yang perlu di sempurnakan.
Catatan ini akan di buat dalam borang pencatat pusingan. Loceng akan di bunyikan sebagai tanda
kepada peserta yang beliau perlu menghabis satu pusingan sahaja lagi. Biasanya seorang pencatat
pusingan akan di tugaskan untuk mengawasi seorang peserta.

16. Perakam
Perakam bertugas untuk membuat catatan terhadap keputusan dalam kejohanan olahraga. Antara
tugas perakam ialah:
• Mendapatkan keputusan semua pertandingan daripada Ketua Hakim yang telah disahkan oleh
Pengadil.
• Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi yang akan
menunjukkan masa, jarak atau ketinggian setelah menerima maklumat daripada pengadil atau
ketua hakim dan maklumat dari juru teknik dan penyukat angin.
• Menyediakan carta pungutan mata dan pingat bagi setiap pasukan yang bertanding.
• Menyediakan carta pungutan mata mengikut tiap-tiap peringkat umur dan jantina bagi acara
yang di pertandingkan.
• Mencatat rekod baru kejohanan yang telah di pecahkan mengikut peringkat umur dan jantina.
• Menyediakan senarai nama peserta yang layak ke peringkat seterusnya dan di edarkan kepada
pengurus pasukan.
• Menyediakan semua keputusan dari peringkat saringan ke peringkat akhir dan kedudukan
peserta tersebut.
• Menyediakan Buku Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan dan edarkan kepada semua
pengurus pasukan.
• Menyediakan rekod pencapaian individu bagi setiap bahagian untuk memudahkan pemilihan
olahragawan dan olahragawati kejohanan.
• Setelah membuat catatan perakam hendaklah menyampai keputusan rasmi itu kepada juru
acara.

17. Marsyal
Marsyal merupakan orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan gelanggang. Dengan kata
lain marsyal berkuasa penuh mengawasi arena pertandingan dan tidak membenarkan sesiapa yang
tidak berkenaan berkumpul atau berada dalam kawasan pertandingan. Ini termasuk pegawai-
pegawai teknik yang tidak bertugas dan sepatutnya berada di tempat yang dikhaskan kepada
mereka. Antara tugas marsyal ialah:
• Berkuasa penuh mengarahkan penonton dan pegawai yang tidak berkenaan supaya
meninggalkan gelanggang.
• Mengagihkan pembantu-pembantu padang dan memaklumkan tugas mereka.
• Mengawas supaya tiada gangguan berlaku di tempat pertandingan.
• Menyediakan prosedur keluar dan masuk peserta dan pegawai serta majlis penyampaian
hadiah.

18. Pembantu Marsyal


Pembantu marsyal biasanya terdiri daripada pelajar atau ahli-ahli badan-badan uniform antara tugas
pembantu marsyal:
• Membantu marsyal menjalankan tugas-tugas mengawal keselamatan gelangang permainan.
• Membantu pengelola peserta membawa dan mengiringi peserta-peserta ke tempat pertandingan
dan balik.
• Membantu pengelola jawatan kuasa hadiah membawa pemenang ke tempat penyampaian
hadiah dan balik.

19. Penyelia Peserta


Di antara tugas penyelia peserta ialah:
• Mendapatkan semua borang penyertaan daripada Pengerusi Teknik Pertandingan.
• Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang akan bertanding dalam sesuatu acara.
• Membuat panggilan dan mengumpulkan peserta untuk ke gelanggang.
• Mendapat bantuan pembantu marsyal untuk menghantar peserta ke gelanggang.
• Menyusun peserta masuk ke padang mengikut lorong bagi memudahkan tugasan pelepas atau
hakim.
• Menulis di papan markah bertujuan mengingatkan pengurus pasukan menyediakan peserta
untuk pertandingan.
• Mencatat maklumat jika terdapat dalam borang penyelia peserta (misalnya peserta yang
menarik diri) untuk makluman dan perhatian penolong pelepas.
• Menjalankan tugas mengumpul pemenang-pemenang hadiah untuk upacara penyampaian
hadiah.
• Menyusun pemenang hadiah mengikut kedudukan tempat bagi memudahkan acara
penyampaian hadiah.

20. Juru acara


Antara tugas juruacara ialah:
• Juru acara akan membuat pengumuman kepada orang ramai maklumat yang berkaitan dengan
peserta yang mengambil bahagian dalam satu acara.
• Juru acara biasanya membuat pengumuman dalam bentuk nama peserta, nombor, pasukan,
lorong dan saringan.
• Juruacara juga akan menghebahkan keputusan sesuatu acara yang di pertandingkan sebaik saja
menerima maklumat yang sah daripada perakam atau pencatat.
• Juru acara juga perlu mengumumkan upacara penyampaian hadiah berdasarkan kenyataan pada
borang penyampaian hadiah.
• Juru acara akan membacakan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang, pasukan dan
pencapaian yang dibuat
• Semasa membuat pengumuman- perhatikan di tempat-tempat pertandingan juru acara perlu
mengelakkan dari membuat ulasan selari semasa peserta sedang bertanding.
• Juru acara kejohanan juga tidak di galakan menggunakan bahasa yang berbunga- bunga dan
berbelit-belit.
• Umumkan sebarang kesilapan sebaik sahaja disedari.
• Selain daripada maklumat berkaitan dengan pertandingan juru acara juga diarahkan untuk
membuat pengumuman yang tertentu berkaitan dengan kejohanan atau perkara-perkara lain
yang perlu di hebahkan.

21. Juru Ukur Rasmi


Juru ukur bertugas sebelum kejohanan olahraga bermula:
• Beliau bertanggungjawab mengukur dan memastikan ukuran balapan dan semua bulatan
lontaran termasuk sektornya memenuhi spesifikasi rasmi.
• Beliau akan menyerahkan sijil pengesahan yang menyatakan semua ukuran kawasan
pertandingan adalah betul kepada pengurus kejohanan, pengurus teknik dan pengadil setelah
berpuas hati terhadap semua ukuran gelanggang pertandingan.

22. Pegawai Perubatan


Pegawai perubatan yang di bantu oleh pasukan sukarela amat perlu untuk memberi bantu mula dan
merawat kecederaan kecil. Pegawai perubatan bertugas memberi rawatan kepada peserta-peserta
yang tercedera atau memerlukan perhatian perubatan ketika kejohanan berlangsung.
23. Juru teknik Alat Penyukat Angin
• Juru teknik perlu menempatkan alat penyukat angin di tempat yang sesuai seperti yang
disyaratkan oleh pihak pengelola dan mengikut undang-undang KOAM.
• Tugas rasmi beliau ialah memerhati dan mencatat kelajuan angin dan arah larian ketika sesuatu
acara berlangsung.
• Catatan ini akan di serahkan kepada ketua hakim balapan dan padang yang berkenaan bagi
menentukan dan mengesahkan apakah terdapat bantuan angin dalam sesuatu acara. Ini penting
dalam mengesahkan rekod kejohanan.

(Di antara acara olahraga yang memerlukan kelajuan di sukat ialah 100 meter, 200 meter, 100, 110
meter lompat pagar, lompat jauh dan lompat kijang).

24. Pengawas Wartawan


• Dalam kejohanan besar seorang pegawai akan di lantik oleh pengelola sebagai pegawai
perhubungan antara pihak pengelola kejohanan dengan pihak wartawan.
• Maklumat untuk sebaran akan di hantar kepada pihak akhbar melalui pengawas wartawan.

25. Pengawas Pembantu Padang


• Pengawas pembantu padang bertanggungjawab mengagihkan tugas kepada pembantu padang
yang biasanya terdiri daripada pelajar sekolah atau pertubuhan sukarela.
• Pembantu padang ini akan membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyediaan
perkakasan dan alatan untuk pertandingan dan menyimpannya selepas pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai