Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI ATAU STRATEGI PENJANAAN KEWANGAN BERPANDUKAN ANALISIS

SWOT

Kaedah analisi SWOT merupakan alat yang tepat untuk membincangkan


tentang empat perkara yang berbeza, dimana aplikasi bagaimana kekuatan (strengths)
mampu mengambil keuntungan dari sebuah peluang (opportunities) yang ada,
kemudian bagaimana cara mengatasi kelemahan (weakness) yang mencegah sesuatu
ruang dan kelebihan dalam menjadikan sesuatu organisasi unggul. Kemudian
bagaimana kekuatan mampu menghadapi ancaman (threats) yang ada, dan secara
kesimpulannya bagaimana analisis ini memberikan gambaran cara mengatasi
kelemahan yang mampu membuat segala ancaman menjadi nyata atau menciptakan
peluang yang baru. Analisis SWOT akan digunakan dalam kajian kes bagi persatuan
Sains dan Matematik dari segi bagaimana penjanaan kewangan agar dapat
melengkapkan warga siswa pendidik dengan ilmu mengenai pengurusan ini.

Dalam petak analisis kekuatan, ia memerihalkan apakah kelebihan yang dimilik


oleh sesuatu badan anggota atau organisasi tersebut dan menjadikan ia lebih baik dari
persatuan yang lain. Kekuatan penting untuk di analisis bagi mengetahui keupayaan
dan kelebihan yang dimilik agar dapat dimaksimumkan ke dalam satu strategi untuk
mencari pemangkin nadi sesuatu persatuan. Tanpa bahagian ini kemungkinan hanya
kelemahan dan juga ancaman sahaja yang diberi penekanan untuk ditambah baik dan
di berikan peluang untuk sesuatu persatuan bertindak. Maka bagi kajian kes kami di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan mengenai penjanaan kewangan adalah dari
segi bilangan murid yang banyak dapat melakukan aktiviti yang menjana wang seperti
melakukan sedikit keusahawanan seperti menjual makanan. Bilangan ahli yang banyak
juga memberikan kelebihan dari segi tenaga pekerja untuk melakukan sesuatu aktiviti
untuk penjanaan wang seperti yang telah diperkatakan tadi. Selain itu, terdapat banyak
bakat – bakat yang boleh diasah dari kalangan para pelajar untuk melibatkan diri dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh kementerian pendidikan atau dari pihak luar. Secara
tidak langsung dari kekuatan bilangan pelajar ini peruntukan ataupun sumbangan dari
pihak luar dapat memberikan sedikit sebanyak dalam penjanaan kewangan persatuan.

Selain itu kekuatan juga dapat dikenalpasti dari sumbangan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru yang tidak penat memberikan semangat dan juga dalam bentuk
kewangan untuk melihat anak – anak mereka berjaya. Persatuan Sains dan Matematik
di sekolah mengengah Kinabutan ini lebih berasaskan akademik dan guru – guru dalam
persatuan ini juga pandai berinteraksi dan beramah mesra dengan komuniti sekeliling
bagi mendapatkan apa – apa sahaja jenis sumbangan bagi menjayakan aspirasi
persatuan ini.

Seterusnya adalah dalam bahagian kelemahan pula. Kelemahan menceritakan


tentang bagaimana sesuatu organisasi mempunyai satu faktor untuk runtuh dan punca
pesaing bagi badan anggota yang lain menarik minat ahli – ahli dari satu komuniti yang
terlibat. Maka dengan menggunakan analisis SWOT ini kelemahan dan kekuatan dapat
dibincangkan dalam satu fasa yang sama dan ringkas. Satu soalan telah di ajukan
kepada salah satu guru persatuan ini tentang bagaimanankah kewangan sedia ada
persatuan dapat menjayakan rancangan aktiviti yang telah digubal oleh pihak – pihak
persatuan Sains dan Matematik ini.

Maka disini, terdapt beberapa kekurangan yang disenaraikan oleh pihak


sekolah dalam menjawab soalan ini. pertama, sumber kewangan tidak datang dengan
banyak dan secukupnya untuk melaksanakan aktiviti persatuan sepanjang tahun, maka
perlu dihindarkan pembaziran kewangan dalam aktiviti yang boleh menggunakan
hampir sifar kewangan kelab agar dapat modal tersebut dapat digunakan bagi
penambahbaikan struktur aktiviti yang lebih utama seperti bengkel menjawab soalan
Sains bagi PT3 dan SPM.Selain itu juga persatuan yang berteraskan kemajuan
akademik murid – murid ini juga sering di salah anggap kerana kesukaran menjawab
soalan yang menghiasi 2 subjek ini terutamanya subjek sains. Maka, ramai juga pelajar
yang memilih persatuan yang lain untuk menjadikan masa kokurikulum mereka pada
hujung minggu lebih menyeronokkan berbanding mengerah keringat untuk memahami
konsep sains dan matematik dalam kehidupan seharin.
Bagi bahagian peluang, ia sedikit berbeza dengan kekuatan dimana ia
merupakan satu aspek yang memberikan kesan kepada kekuatan tetapi masih perlu
dilaksanakan untuk menunjukkan hasilnya. Persoalan dalam aspek ini adalah seperti
kesempatan apa yang dapat kita lihat dalam penubuhan persatuan ini? dan bagaimana
dengan masyarakat yang sedia ada dapat membantu kewangan persatuan. Pertama,
pihak guru dari sekolah ini dapat meminta sumbangan dari Syarikat bisnes yang telah
lama menunggu peluang untuk memajukan perniagaan mereka melalui pendidikan di
kawasan tersebut, sepertina dinyatakan oleh Guru Besar SMK Kinabutan tersebut.
Selain itu alumni dan juga Yang Berhormat juga perlu dikategorikan sebagai peluang
yang terbuka untuk para guru dan juga ahli persatuan sains dan matematik untuk
memohon beberapa sumbangan dalam menjalankan satu aktiviti atau acara besar –
besaran.

Terakhir sekali dalam kajian kes kami di SMK Kinabutan, adlah mengenai salah
satu aspek SWOT iaitu ancaman. Ancaman adalah aspek yang perlu dioleh oleh piha
pentadbir persatuan ini malah murid juga boleh melakukannya, adalah apakah yang
bakal berlaku dan rintangan yang akan dilakukan dalam melaksanakan sebarang
aktiviti. Dalam dunia teknologi berpaksikan informasi di hujung jari, ancaman yang cerah
lagi bersuluh adalah isu viral. Jika guru dulu mendapatkan keistimewaan dari segenap
pihak, sekarang adalah era dimana setiap tindak tanduk guru dilihat dan dipertikai dari
kelemahan hingga juga perlaksaannya. Maka, soalan diajukan sekali lagi kepada Guru
Besar dari kami, apakah ancaman utama dalam penjanaan wang yang melibatkan
sejumlah wang amanah dari ahli kelap. Jawapan guru besar tersebut, segala perkara
yang melibatkan wang perlu dijalankan dengan tulus dan segala perjalanan penajaan
perlu mengikut prosedur yang kadang kala sangat leceh untuk dipatuhi.

Anda mungkin juga menyukai